Tuesday, May 31, 2011

Ayam Masak Kicap

Semalam lieza masak menu nih jer...Ayam masak kicap..biasa ayam masak kicap ni lieza campak2 cili api bawang jer...tp kali nih cuba resepi dari K.Yatie Sinar kehidupanku...alhamdulillah sedap anak2 pun suka...almaklum ler tak pedas kan..pas tu ada rasa2 daun sup bawang...hmmm sedap2...masakan yg simple dan sedap..nak cuba jom tgk resepi yer yg lieza copy pes dari dapur Sinar Kehidupanku yg ada pelbagai menu Ayam yg sedap2.

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam -potong 12,cuci,toskan
  • 4 biji kentang -potong baji dan goreng sehingga masak

  • 1 pokok daun bawang
  • 2 btng daun sup/saderi [potong kecil]
  • 4 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tiram
  • 1/2 cawn air
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • 1 s/b kunyit dan garam utk goreng ayam
  • minyak masak utk menggoreng ayam dan menumis
  • 2 btng cili merah-di belah 2
  • 2 btng cili hijau- di belah 2
Bahan2 yg di mayang dan di tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang,2 biji buah pelaga
Cara-Cara
  1. Bersihkan ayam, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit...gorengkan hingga separuh masak.
  2. Setelah siap, gorengkan pula kentang yg dipotong baji sehingga masak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di mayang sehingga wangi.
  4. Masukkan air, kicap dan sos tiram. Masukkan pula serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan bila mendidih masukkan ayam dan kentang yg di goreng tadi.
  6. Masukkan pula cili merah dan cili hijau yg di belah 2 tadi...gaul lagi .
  7. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Taburkan dngn daun sup dan daun bawang yg di hiris kecil.

Kuih Peneram

Kuih peneram ni mmg ler jd peberet lieza sekeluarga..entah macam mana rasa mcam nak cuba buat lak...pernah ternampak resepi ni dari Rosmazamri MyR dan ada ler yg mencubanya juga..termasuk lieza nihaaa...dulu pun pernah juga buat tp guna resepi org lain..tp tak tau mana silap..tak jadi langsung...terus buang...kalau diikutkan kuih ni mmg kena ada skill nak buat bukan salah resepi tp kena 2 3 kali buat..tp memandangkan nak goreng tu pun kena take time maka lieza tak pernah terpk lg nak buat..
tetiba kali ni cam rajin ler sikit..tp tu pun jenuh makcik woooo nak terap peh tu nak gorengnya..sambil melayan si muaz yg dok menyibuk kat dapur...aduhhh berpoloh poloh...tapi alhamdulillah hasilnya agak memberangsangkan...menjadi ler juga dari yg terdahulu tu...sesapa nak cuba bole ler tgk resepi ni yer...yg lieza dah copy dari MyR ni...tetimakasih pada Rosmazamri..(lieza buat suku adunan dari resepi asal)

Bahan-bahan

  • 1kg tepung beras + 2 1/2 cwn tepung gandum - Lieza buat 200 gm + 1/2 cawan tepung gandum
  • 900g gula merah- lieza guna gula apong dan agak2 jer
  • 2 1/2 cwn air- lieza guna 1/2 cawan

Cara-cara

  1. masak gula merah dengan air hingga larut
  2. tapis air gula dan masukkan kedlm tepung yg telah diayak. ( air gula yg masih panas )
  3. kacau dengan senduk hingga sebati ( boleh cek adunan kalau angkat senduk, adunan jatuh bertali tu kira ok la, pastu adunan tu ada gelembong2 udara di permukaan ) boleh tambah sedikit air panas just bilas bekas gula td, then masukkan dalam adunan...paih tu gelembung udara panas akan muncul kan...
  4. perap 3-4 jam pastu boleh terap dan goreng
  5. minyak biar panas betul-betul...bila msukkan kuih dia terus timbul ( boleh slowkan apinyer) alih2kan dan boleh angkat..
Lieza akan cuba lagi buat kuih nih tp kena tunggu Muaz besar sikit..sbb agak lama kena dok kat dapur...ambil masa sikit..ooo..insyaallah..

Friday, May 27, 2011

Cucur Ikan Bilis Kembung

Punya ler banyak resepi yg menggoda kat dapur si Izah ni...tp Cucur ikan bilis ni juga yg lieza sempat buat...pastu terpk cucur gini ler yg anak2 paling gemar makan...takder sayur laju jerrrr makan...kalau ada sayur sah sah ler ibu nya yg kena korek korekkan buang segala sayur...jom ler try buat..bahan2 yg mudah senang nak buat dan yg penting sedapppp dan kenyang...

CUCUR IKAN BILIS KEMBUNG
Copy dari : Izah Mapin Lover

300 gm tepung gandum - 2 1/2 cawan lebih kurang
1 sudu kecil mauripan
1 biji telur
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit
2 pokok daun bawang
daun kucai
taugeh- jika suka
garam
serbuk kunyit

Caranya:

blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Monday, May 23, 2011

Goreng Pisang Rangup

Nak goreng pisang??? uishhhh habis dahhhh..beberapa hari lepas tgk MasDuniaku itewww goreng pisang dgn menggunakan rsepi HaSue nih...hasilnya mmg rangup tau...tak rugi kalau cuba...terima kasih kat Mas dan Sue share resepi goreng pisang rangup ni..ok lah Mas akak nak juga tepek sini yer...pssttt jom ler gi jejalan dapur dorang nih...mcm2 ada tau...tak rugi...

Pisang Goreng Rangup
Ubahsuai : MasDuniaku


Bahan :
  • seikat pisang awak - lieza guna pisang abu jer
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula ( gula bukan nak bagi perasa tapi nak bagi kuih sedikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara memasak :
  1. Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air(guna whisk lagi senang) warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Buang kulit pisang awak dan belah dua.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
  4. Celupkan pisang tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan dengan api sederhana. Saya suka sedikit hangus,lagi rangup!

Wednesday, May 18, 2011

Nasi Kuning + Sambal Nenas HSH + Gulai ikan tongkol + Acar

Buat lagi Nasi Kuning nih semalam...sempena cuti hari wesak semalam...heheheh...byk kali dah buat nih...mesti korang tau dah resepi gerangan siapakah ini....yg telah menjadi kegemaran kami sekeluarga....jom pegi SINI kalu nak tgk resepi yer...tp kali ni lieza gandingkan bersama Gulai Ikan Tongkol dari K.Nor juga..

GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang - yang ni lieza tak der..lieza guna kari biasa.
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

Dan juga lieza gandingkan bersama Acar seperti yg dibawah ni...klik SINI utk resepi yer..sbb dah byk kali juga lieza buat nih...

Utk Menambah kepowerannya lagi lieza buat Sambal Nenas dari Kak Ummi Home Sweet Home ...lieza nak share juga resepi sambal ni yer Kak Ummi...fuhh sedappp..

SAMBAL NANAS HSH
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 tangkai cili merah - buang biji dan potong kasar
  • 1/4 biji nenas madu - ambil empulur lembut sekali, potong kecil2
  • 2 inci belacan yang dibakar
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam kasar secukup rasa
  • sedikit air untuk kisar
Cara-Cara:-
  1. Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap.
  2. Kemudian masukkan nenas yang dipotong2 tadi dan kisar lagi...jangan terlalu halus.
  3. Seimbangkan rasa, dah hidang dengan nasi Mandhi, nasi minyak or nasi tomato pun sedap.

Sayur Pedas Batang Keladi

Lama sungguh tak makan batang keladi nih...biasanya lieza masak asam pedas ker atau masak lemak..tp kali nih lieza cuba resepi dari K.Nor lagi...jgn mare yer K.Nor...mesti K.Nor tersedak lieza asik2 dok taip nama K.Nor jer kan...tp nak buat camner kan...hehehe...
Masakan ni..fuhhh mmg segar bila makan...lieza suka..bole diterima anak tekak kami semua..almaklumler kan lieza pun anak dan cucu org ganu...huahuahua...jadi mmg suka juga try2 masakan dari sana...kalau dulu, kalau mak masak lemak sayur taugeh atau kobis mesti letak keropok ikan....nyumnyum sedappp jer rasa..
Alahhh...panjang pulak bebel ni..jom ler kita tgk resepi K.Nor ni Sayur Pedas Batang Keladi

SAYUR PEDAS BATANG KELADI
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 batang @ 300gm batang keladi
1 kpg asam keping
air secukupnya

Didihkan air bersama asam keping.
Siang/potong dan bersihkan batang keladi dan masukkan kedalam periuk.
Celur sekejap tp jangan sampai lembik.
Angkat dan toskan.

Bahan kuah:
3 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 ekor ikan selayang saiz sederhana ~ amik isi
1 sudu besar budu
1/2 sudu kecil kerisik
daum kesum/kemangi
1/2 liter air
garam

Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan isi ikan hingga lumat.
Bancuhkan bahan tumbuk dgn sedikit air supaya bila kita masukkan ke dalam kuah, isi ikan tidak berketul2.
Panaskan air dlm periuk dan masukkan bahan tumbuk dan budu.
Masak hingga mendidih dan masukkan batang keladi bersama dgn asam keping td.
Masukkan juga kerisik, daun kesum/kemangi dan garam.
Boleh dimasukkan sedikit gula jika suka.
Masak hingga mendidih dan padamkan api.
Boleh lah dihidangkan dgn nasi panas, ikan panggang, ikan kering goreng dan sambal belacan.
Insyaallah terangkat! :)


Ayam Serai Pedas

Baru jer ada mood nak bersiaran semula sejak blogger.com ni demam kura kura hari tu...yelahkan memula die telan 3 n3 terbaru...pastu die muntah kan semula....tp abih komen2 nya terselit mana2 agaknya sampai hilang semua...tp takpelah janji n3nya dah kluar..kalau tidak sia2 jer upload dan karang ayat...
oklah bebalik pada menu ayam ni kan..sebenarnya ini ler N3 yg tak sempat nak masuk hari tu masak blogger.com ni sakit....maka itu menu ni dah abih...kat perut pun takdak lagi dah...tp jom ler lieza share resepinya nih yer...resepi yg lieza ambik dari Dapur K.Nor Secubitgaram ni...

AYAM SERAI PEDAS
Resepi asal : irose@myresepi.com
sumber : Mas & K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
3 keping dada ayam - ambil isi sahaja (k.nor guna 1/2 ekor ayam yg dipotong kecil2)
1 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar

1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar

1 camca sos ikan @sos nampla
1 camca sos tiram
Secubit gula
Sedikit ajinomoto Mas letak kiub ayam (sama dgn Mas) - lieza pun letak pati ayam
sedikit perahan limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

* ayam tu K.Nor gaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tp tak terlalu garing. - lieza pun goreng terlebih dahulu.


Thursday, May 12, 2011

Blended Orang Cake


Hari ni membaking Blended Orange Cake yg cukup dikenali ramai ni...dah ramai teman2 blogger mencubanya...tp lieza baru terhegeh hegeh nak buat...pestime lieza tgk post ni kat MyR dari Kak Fida tgk cam menarik jer tau..sbb cara2 dan bahan2nya amat mudah sekali tapi tangguh ler dulu...selepas tu lieza tgk sekelip mata kau berubah laporan masakannya mencecah 80 org yg telah mencubanya...tu tak termasuk bloggers lagi...rata2 mengatakan kek ni mmg sedap...tak caya??? klik SINI
Tak caya juga??? haaaa buat sendiri.....tak dinafikan bila lieza buat hasilnya mmg sedapppp...


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
# Pada sesiapa yg tak suka manis tu boleh lah kurangkan sukatan gula yer..sbb kek ni agak manis juga.

Sambal Leeks Dengan Telur SkyBlue's


Semalam masa buat BW...sempat ler lieza terjah dapur seorang yg cantik manis gituuu tau..Diana@MellyMey..kiranya pestime ler ngendap dapur Diana nih...itupun selepas terbaca N3 K.Nor pasal Blog Diana ni klik SINI...sekali pegi..uishhh mmg byk menu2 yg menarik juga tau..dan salah satunya yg lieza masak hari ni ialah Sambal Leeks Dengan Telur..mmg Idea yg bagus utk masak sayur leeks nih...sedap dan menyelerakan kami laki bini...apa kata jom kita tgk resepi Diana ni yer..

Sambal Leeks Dengan Telur
Sumber dan copy dari : Diana@MellyMey

Bhn²
600 gm leeks _ d hiris
50 gm udang kering _ d rendam dan d tumbuk
3 biji telur
2 tbsp cili boh / cili kering kisar ( guna cili kering yang lebar kalau tak nak pedas yer )
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk pati ayam sekiranya nak bubuh yer( i sentiasa guna perencah pati ayam TUMIX )
Sedikit belacan
2 ulas bawang merah _ d cincang
2 biji bawang putih _ d cincang


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili boh sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  2. Pecahkan telur satu per satu.. Cara memasak seperti membuat Telur Udang Kering yer. Setelah telur masak dan sebati dengan bhn² yang d tumis tadi bolehlah d angkat separuh dan ketepikan.
  3. Masukkan leeks dan gaul sebati dengan separuh lagi telur dan udang kering tadi tu.
  4. Masukkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
  5. Masukkan pula separuh telur dan udang kering tadi. Gaul dan angkat.
  6. Hidang.

Sotong Masak Kunyit Cili Api

Hari ni kan...kan kan kan..lieza masak sutun...sutun apa...Sutun masak kunyit cili api...Idea ni dapat dari hasil intipan demi intipan kat dapur K.Nor Secubitgaram...syiokkkkk woooo..makan dgn nasi panas panas..peh tu pedasssss...sapa2 nak try jom tgk bahan2 yg mudah ni yer...


SOTONG MASAK KUNYIT CILI API
resipi dan copy dari : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm sotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
perahan limau kasturi/nipis
garam & sedikit gula
minyak

Gaulkan sotong dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng sotong 1/2 masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan 3 sudu besar minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukan cili api dan daun kunyit.
Goreng hingga wangi dan masukkan sotong, garam dan sedikit gula (jika suka)
Masak hingga sotong masak (kalau terlalu kering boleh lah dimasukkan sedikit air)
Masukkan perahan limau kasturi/nipis dan padamkan api.
Kacau2 hingga sebati.
Angkat dan hidangkan.

Wednesday, May 11, 2011

Ikan Kembong Masak Taucu

Hari ni tercapai ler hasrat nak masak taucu...lama sungguh tak makan..dan sejak kawin pun ini ler pestime liza masak taucu...samaada terlupa atau apa pun tak tau ler....teruk benor jer bunyinya kan...tp takpelah janji lieza dah dah buat kan...resepi ni amik kat Ros Jintanmanis..resepi Ros guna ikan bawal bersama terung..tp kat lieza jadi ikan kembong bertimun..hehehehe..sbb itu yg ajer yg ada...kaut jer apa ada dlm esbok tu...
Ok ler tak mau panjang2 cite...jom jenguk resepi dari Ros ni yer..(akak cnp jer yer Ros)
Resepi Asal : Ikan Bawal Masak Taucu Bersama Terung Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
2 ekor ikan bawal saiz sederhana ( potong dua bahagian)
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar taucu
sedikit air asam jawa
1 biji terung panjang ( dibelah dua dan dipotong beberapa bahagian)
1 biji lada merah@lada hijau ( dihiris halus)
1/2 biji bawang besar ( dihiris nipis)
2 biji bawang merah

5 ulas cili padi ( jika mahu lebih pedas boleh tambahkan kuantitinya)

Cara-caranya

1. Goreng ikan bawal hingga garing dan ketepikan, kemudian goreng pula terung separuh masak, Hiris atau cincang halus, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan.

2. Selepas itu masukkan taucu dan kacau sebati, jika terlalu kering boleh masukkan setengah cawan air, kemudian masukkan pula ikan bawal dan terung yang telah digoreng tadi.

3. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa hirisan bawang besar dan hirisan lada merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau lagi, setelah lada merah dan bawang besar agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Tuesday, May 10, 2011

Ayam Masak Paprik Special

Menu utk hari ni Ayam Masak Paprik Special resepi asal dari Love To Cook tapi resepi ni lieza ceduk ceduk dari dapur siapa lagi kalau bukan K.Nor Secubitgaram yg rajin benor cuba berbagai jenis masakan...cu cu cuba masuk dapur K.Nor tu kalau tak caya....
Sebenarnya ni dah kali kedua lieza buat menu nih...ikut resepi ni sebijik sebijik...mmg sedapppp..sebelum sebelum ni main campak2 jer..ikut suka hati jer..mmg berbaloi cuba resepi Love ni...


AYAM MASAK PAPRIK SPECIAL by Love's Hubby :)

Bahan-bahannya :-
300gm ayam (Hubby guna bahagian keel ayam) ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji tomato ~ dipotong
1 biji carrot ~ dihiris
30gm bunga kubis ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya :-
Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
Sedia dihidang bersama nasi putih panas2! ;)

Telur Mata Kerbau Berkicap - N3 Tertunda

Alamak tertinggal satu lagi menu yg tertunda..Telur Mata Kerbau Berkicap..masakan yg sempoi yg tak terpk pun nak buat gini...tapi sedapppppp dan menyelerakan..lieza masak gini sbb masa tu Mr. Hubby takder..masak sempoi jer...resepi ni amik kat MyResepi by cutevirus8.

Bahan-bahan ( utk 2 org makan )

  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 biji cili merah- tambah cili api
  • 1 biji bawang merah- guna sebiji bawang besar
  • kicap. tak kisah ape² brand pun
  • lieza tambah Ikan bilis goreng

Cara-cara

  1. hiris bawang merah dan cili merah dan ketepikan
  2. goreng telur dan ketepikan
  3. tumis cili merah dan bawang merah menggunakan lebihan minyak menggoreng telur tadi sehingga layu.
  4. angkat bawang merah dan cili merah yang telah layu dan letakkan di atas telur goreng tadi..
  5. percikkan kicap diatas telur goreng tadik... sedia untuk di hadap... ehehehe...

Ikan Goreng Sambal Tempoyak - N3 Tertunda

Gambo kat atas ni lieza guna ikan keli


Sebenarnya Ikan Goreng Tempoyak ni dah 2 kali lieza buat memula guna ikan kembong pas tu bila Mr.Hubby balik dari KL hari tu lieza buat lagi tp guna ikan keli pulak...resepi ni lieza skodeng kat umah Kak Ummi HomeSweetHome..hasilnya perghhhh mmg memberansangkan tekak lieza ni weiii...masih terngiang ngiang..terbau bau kat idung ni..thank Che Mat penyumbang resepi dan juga Kak Ummi yg share kan resepinih...pssttt Kak Ummi lieza copypes yer...


IKAN GORENG SAMBAL TEMPOYAK
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)


3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.


Yang ni ikan kembong

SEKIAN SAHAJA UTK N3 YANG TERTUNDA..lepas ni nanti adalah menu siaran langsung

Maggie Goreng Hijau Pedas Berapi - N3 Tertunda

Buat lagi hari tu...sedapppppp...mmg sedappppp...thanks kak Ummi Home Sweet Home...nak resepi klik SINI juga yer...lieza dah pernah buat nih...cuba la try yer kengkawan....tak rugi tauuu..

Nasi Kuning K.Nor Style - N3 Tertunda


Aduhaiiiiiii....hari tu lieza buat lagi nasi kuning resepi K.Nor Secubit Garam nih...dah kali ke 3 dah nih...lieza buat ni atas permintaan Enas...asyik2 tanya "Ibu Enas nak nasi yg warna kuning tu"..aduh..nasib ler bahan2 nak buatnya senang banget..simple dan sedap..menu ni dah jadi kegemaran kami sekeluarga...
Kali ni lieza gandingkan dengan Kurma Ayam...arca timun mentah...uishhhh...terasa nak buat lagi nih.....tunggguuuuuu..


Oleh kerana dah byk kali lieza buat sesapa nak tgk resepi klik jer SINI yer..takpun pegi ler jejalan kat dapur tuan empunya resepi ni...Nasi Kuning K.Nor Secubitgaram

Mee Kuah Tomato - N3 Tertunda

Perghhhh Mee Kuah Tomato ni sedapppp...masih teringat ingat lagi nih...kemasaman, kemanisan, kepedasannya...uishhhh...terima kasih kak Sofea After 6 am utk resepi yg marbeles ni...lieza nak copy resepinya juga yer...

MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.

Apple Crumble - N3 Tertunda

Masih lagi dgn N3 yg tertunda...maaf la yer..semua ni dah abih dah...dlm perut pun takder..hmmm kalau nak rasa acu cuba buat sendiri yer..
Apple Crumble ni sedap betul dimakan lebih lebih lg ada eskrim..dgn sos kastardnya..uishhhh...mmg sesuai kalau nak hidang kat tetamu2 sebagai dessert...
Terima Kasih kat K.Nor yg share resepi yg dicuba dari resepi Along Roz itewww..seperti biasa lieza nak share juga kat sini...

Apple Crumble
By: Roz@HomeKreation
Sumber : K.Nor Secubit Garam

Size: 6"x9" casserole
BAHAN2:
3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris
3 sb Gula Perang*
1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur)
75g Tepung
40g Mentega
1 sb Gula

SOS KASTAD:
250ml Susu Segar
1 sb Gula
1 sb Tepung Kastad
1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.
Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.
2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.
3. Bakar 180C selama 30 minit.
4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit. (k.nor masak cara double boiler)
5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.


Monday, May 9, 2011

Biskut Coklat Chip

Assalammualaikum semua.....aduhhhhh lama betul tak bersiaran yer...bukan apa sejak dua menjak ni byk perkara yg perlu di selesaikan dan alhamdulillah segalanya telah pun dapat diselesaikan dgn baiknya....
Oklah sebelum lieza letak N3 N3 yg tertunggak masa ketiadaan broadband hari tu...nihaaaa lieza nak letak N3 Biskut coklat chip yg lieza buat ptg tadi...wahhhh sedap betul biskut nih mcm kat famos amos tuh...tak caya cuba try..hehehe rasanya ramai yg dah try kan cuma lieza ni yg agak ketinggalan kapal torbang...
Resepi ni lieza amik kat umah K.Nor Secubit Garam..pernah nampak K.Nor tepek N3 sekut nih...tu yg ptg tadi dok korek2 dapur k.nor...bila dah jumpa..buat ler kan apa lagi...
alhamdulillah hasilnya sedap bebenor..anak2 lieza pun sukerrrr...terima kasih K.Norrrrr....muahhhh muahhhhh...lieza nak share resepinya pulak kat sini yer k.nor....copy yerrrrr...
psssssttttt K.Nor...lieza ada sikit derhaka tang tepung tu..lieza letak semua tepung gandum dan letak satu sudu teh bakingpowder.


BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips - lebihkan sikit
120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang - tak letak
##lieza letak 36ogm tepung gandum dan 1 tsp baking powder

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...