Tuesday, October 14, 2014

Main Masak2 Dengan Lobster(udang kara)



Lobster atau udang kara ni jarang2 Lieza jumpa di pasar, entah macam mana hari tu terjumpa pulak ada terjual di pasar Satok, memandang kami ni tak pernah beli dan tak pernah sekali pun masak udang kara ni maka terjebak juga la dgn kata kata manis si penjual ni...tak byk pun kami beli cukup ler 2 ekor ajer...org kata nak try uji test ...2 ekor tu pun sekilo la juga..dgn harganya yg agak2 terkujat juga la kan tapi mmg mcm tu lah harganya pun...mungkin bukan musim.....

 
Udang kara 2 ekor ni Lieza masak 2 jenis masakan yg pertama Udang Kara Masak Mentega/Butter dan yg kedua Lieza masak 3 rasa sahaja ..Resepi masak mentega/butter ni lieza rujuk seperti di bawah..terima kasih pada empunya resepi yg sedap ni...

Resepi Sumber
 
 Lobster Masak Butter

Bahan-bahan :

Lobster
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu) - terlupa nak letak
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya

Caranya :

1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.




Resepi yg kedua ni pula Lieza masak 3 rasa jer...resepi 3 rasa ni dah byk kali lieza buat cuma tukarkan bahan mentahnya sahaja.





Sunday, October 12, 2014

Congo Bars

Baru kali pertama lieza buat Congo Bars ni, alhamdulillah rasanya mmg sedap...teksturnya nak kata biskut bukan nak kata kek pun bukan tp mcm ada rasa ala2 brownies...ditambah pula ada campuran coklat2 bar didalmnya...perghh makan mmg tak hengat youuu...
Congo Bar ni agak manis sedikit yer...tp mengikut kata Anna jika kita kurangkan gula, congo bar ini akan berderai bila di potong, maka lieza follow jer resepi yg diberi...

Congo Bar
Sumber Resepi : Annaqawina 
Lieza guna loyang 10 x 14
Bahan-bahannya:

  • 2  3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
  • 1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm -
    Komen Anna di Fb - Alhamdulillah kak..sama2...tp kan..saya buat jual letak brown sugar tu 240g je kak..just nice x manis sgt & boleh potong x hancur. Lupa nk update..
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang
  • 1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang badam
  • segenggam kismis hitam- saya tambah - lieza tak letak


Caranya:


Menggunakan mixer:


  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  • Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  • Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  • Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan. 
  • Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.



Menggunakan tangan:


  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Satukan butter  dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  • Akhirnya masukkan adunan tepung. 
  • Griskan loyang 13x9 (saya guna loyang 11 x 11inc) dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.

 (rujukan diri sendiri  170 c bakar selama 20 minit dgn ketebalan yg begini dan mengikut kesesuaian Oven saya)