Friday, March 4, 2011

Maggie Goreng Hijau Pedas @ Berapi


Menu tgh hari ni...Mee Maggie..hehehe..jemulah makcik bile makan nasi jer nih...sesekali mkn mee mcm ni sedap woooo....lebih2 lg kalau pedas2...fuhhh mmg terangkat beb...makan pulak dgn kepok goreng uishhh...sedap sedap...
Pertama kali tgk Kak Ummi Kuantan dok post n3 maggi goreng hijau pedas berapi ni mmg dah pk nak buat dah tp tunggu jumaat baru nak buat...sbb hari jumaat mmg suka masak sempoi2 jer..tup tup tgk K.Ayu S'pore dah buat...aishhh lg teruja ...resepi ni mmg lain dari yg biasa lieza buat, tu lg bersemangat nak try tu..alhamdulillah sedap kak ummi oiiiiiii.....mmg berapi...(ooooohhh kak ummi lieza nak copy resepi kat sini pulak yer...)


Bahan:- (untuk 4 - 5 orang)
  • 4 bungkus mee Maggie - patah-patahkan (x perlu ambil perencahnya) - lieza guna maggie yg mmg takder perencah tu
  • 2 pokok daun bawang *
  • 1 pokok daun sup *
  • 5 tangkai cili padi *
  • 1 cawan air * (bahan * dikisar bersama)
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 200 gm isi ayam - dipotong kecil
  • 1 ikat sawi - dipotong
  • 1 sudu kecil lada hitam biji yang telah dikisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 keping tauhu - digoreng dahulu dan dipotong nipis
  • 2 biji telor - digoreng scramble
  • 1 biji lada benggala - dipotong dadu
  • 2 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit daun bawang - untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, lada hitam dan serbuk lada sulah, kacau.
  3. Masukkan daun bawang dan daun sup yang telah diblend tadi.
  4. Tambah juga 2 1/2 cawan air lagi dan kicap cair,
  5. Bila telah mendidih, masukkan maggie dan garam secukup rasa, kacau gaul maggie hingga lembut dan airnya kering.
  6. Masukkan tauhu dan lada benggala, kacau rata.
  7. Bila telah hampir masak, masukkan pula sayur sawi dan telor scramble dan kacau lagi biar semuanya rata dan maggie betul2 masak elok.
  8. Tutup api dan hidangkan dengan taburan daun bawang... selamat mencubaaa...!

6 comments:

Ummi said...

Salam lieza...waaaah masak maggie ijo dah dia...hehee...boleh masuk tekak ke tak tu? Hehehe..thanks for trying eh...adjust la kat mana patut ikut tekak eh...

Lieza said...

salam kembali kak....bole sgt masuk tekak nih..sedapppp...lieza tak pernah buat camni...tak adjust sgt..letak cili byk2 jer...hehehe

Ayu said...

Assalam lieza, itu dia maggi 'hulk' dah sampai dapur lieza pula ya..hehe..memang sedap maggi goreng gini kan..akak pakkal lah hari tu budak2 nak makan kalau akak sorang ada yang akak masukkan segegenggam cili padi kedalam..hahah..

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
berapi yang tak tahan tu. Nanti nak try le. Hubby mesti suka punya.

Unknown said...

Assalam kak liza cyg....sedapnya nengok mee maggie akak ni....baru jer mkn tadi tapi tgk mee ni lagi mengancam..btw tq yer kak...nieza alhamdulillah dh sihat tapi belum ada mood rajin nak n3 lagi...hehe

Lieza said...

K.Ayu....w'salam tu ler kan k.ayu..sbb anak2 tak makan pedas kena kurangkan cili yer...lieza ni kak nak makan pedas sampai berasap..pas tu terpaksa merajin diri masak yg lain utk anak2 hehehhe...

K.Sam...cuba ler mmg berbaloi...

Nieza...dah sihat yer..alhamdulillah..dah ler dok jauh kan...takpelah janji asben ada disisi..