Wednesday, April 13, 2011

Nasi Kuning K.Nor Lagi dan Lagi..

Buat lagi Nasi Kuning K.Nor Style ni...senang dan sedap...maka berlakulah ulangannya....nasi kuning ni lieza gandingkan pulak dgn lauk kurma ayam dan pajeri nenas td....heheheh bole jer kan K.Nor..tp mmg sedap ler Nasi Kuning nih...very2 lite jer kata incik asben...die pun suka benor k.nor...tu yg lieza lagi semangat nak buat tu..apapun lieza copy lagi ler resepi nih yer...mmg pernah lieza dah buat DULU..tapi tu la kan tgh rajin nak copykan lg...jommmm..

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

3 comments:

Nieza said...

sedapnya nasi ni kak...kalau mkn maunya bertambah nasi ni...hehe

bobhandburry said...

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)


http://www.zuwairiaiman.com

K.Nor said...

wahh buat lagi ya.. mekasih.. seronok kan bila cik abg suka makan.. :)

betul tu, nasi ni tak berat cam nasi minyak.. :)