Sunday, October 4, 2020
Siakap Stim Ala Thai
Monday, March 24, 2014
Ikan Kembung Masak Taucu
Ikan Bawal Masak Taucu Bersama Terung Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
2 ekor ikan bawal saiz sederhana ( potong dua bahagian) - ikan kembung
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar taucu
sedikit air asam jawa
1 biji terung panjang ( dibelah dua dan dipotong beberapa bahagian) - letak timun je
1 biji lada merah@lada hijau ( dihiris halus)
1/2 biji bawang besar ( dihiris nipis)
2 biji bawang merah
5 ulas cili padi ( jika mahu lebih pedas boleh tambahkan kuantitinya)
Cara-caranya
1. Goreng ikan bawal hingga garing dan ketepikan, kemudian goreng pula terung separuh masak, Hiris atau cincang halus, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan.
2. Selepas itu masukkan taucu dan kacau sebati, jika terlalu kering boleh masukkan setengah cawan air, kemudian masukkan pula ikan bawal dan terung yang telah digoreng tadi.
3. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa hirisan bawang besar dan hirisan lada merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau lagi, setelah lada merah dan bawang besar agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.
Saturday, March 1, 2014
Ikan Tilapia/Talapia Goreng Berlada
Wednesday, July 25, 2012
Kuih Lopes - Menu Iftar Ke 4
Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dikisar)
- 1 st air kapur
- 1/2 st garam
- beberapa titik pewarna hijau
- kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
- *** air gula ***
- 3 ketul gula melaka
- 5 sb gula
- 3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
600g nangka muda yang sudah dipotong2
1 tangkai cili merah*-boleh je kalau nak tambah cili padi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 sudu mkn belacan* -tumbuk bahan2 bertanda *
3 sudu mkn Kari ayam daging(hasue guna ayam brand)- bancuh dengan 1 cawan air
5-6 ketul sayap ayam-setiap satunya dipotong 4,bersihkan dan toskan.
3 sudu besar minyak masak
100ml susu cair @santan cair
Garam,gula/perasa(jika suka) secukup rasa
Cara2
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan kari yang sudah dicampur dengan air. Kacau sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak. Gunakan api perlahan..pastikan kari2 betul2 masak.
- Apabila kari sudah masak, masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan jus ayam keluar sepenuhnya. Kacau jika perlu.
- Masukkan nangka muda dan gaul sebati. Masak dengan api perlahan dan tutup periuk. Biarkan sehingga nangka kelihatan sedikit layu barulah tambahkan air sehingga menutupi paras nangka tadi.
- Masaklah sehingga nangka tadi benar2 lembut. 20-30 minit..Tambah air jika perlu.
- Apabila sudah masak,tambahkan susu cair atau santan, garam dan sedikit gula atau perasa secukup rasa.
Biarkan sebati seketika,sebatikan rasa dan padamkan api. - Sedap dihidangkan bersama ikan masin dan bersama lauk2 atau sayur kampung yang lain. Selamat mencuba!
Bahan-bahan ( 4 org )
- 4 ekor ikan kerisi
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 batang lada merah
- 1 batang lada hijau
- 1 batang serai
- 3 sb taucu kasar
- 3 sb minyak
- 700ml air
- lieza tambah sedikit air asam jawa
Cara-cara
- Ikan dibersihkan dan di lumur garam & kunyit. Goreng garing dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan, masukkan bawang besar & masak hingga agak layu. Masuk pula taucu dan lada, kacau biar sekata.
- Selepas 5 minit,masukkan serai dan kacau lagi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa kuah jika tawar blh masukkan sedikit garam.
- Akhir sekali masukkan ikan perlahan2 ke dalam kuali dan biarkan ikan terendam di dalam kuah selama 10 minit dengan api perlahan.
- Siap utk dihidang, blh dihias dgn daun bawang
Ikan Siakap 3 Rasa - Menu Iftar ke 3
- Seekor ikan kerapu- lieza guna ikan siakap
- 2 biji bawang putih - dicincang halus
- 5 biji bawang merah - dicincang halus - lieza guna bawang besar
- 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
- 2 biji tomato - dipotong dadu
- 2 kerat nenas - di potong dadu
- 2 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Sedikit daun ketumbar
- 1 sudu besar tepung jagung
- serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
- Minyak
- lieza tambah hirisan daun limau purut
Cara-cara
- Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
- Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
- Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
- Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
- Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Monday, July 2, 2012
Sambal Ikan Tongkol K.Nor Style
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/01/nasi-lemak.html#ixzz1zSDw0zUp
Thursday, April 19, 2012
Ikan Masak Asam Daun Kari
Bahan2:
- 4 keping ikan tengiri - lieza guna ikan jenahak sekeping
- 1 labu bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- sedikit halia*
- 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
- 1 batang serai(ketuk)
- sedikit daun kari
- garam,perasa,air asam jawa
- Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
- masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
- biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
- kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.
Saturday, February 4, 2012
Ikan Siakap Kukus
Resepi ni lieza amik dari Dapurku Sayang Dayang Jack..tapi ada yg lieza skip sbb tak der stok ...cthnya tomato..takpelah janji sedapppp....sesapa nak cuba silakan..sedapppp woooo..ada rasa masam manis...mkn dgn nasi panas2...sambil kunyah cili padi....fuhhhh sedappp sedappp...thanks dayang...
Ikan Kukus/Stim
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
- sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
- 2 biji tomato (dihiris dadu)
- sedikit garam dan gula
- 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
- sedikit air
- sedikit daun sup (dihiris)
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
- Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
- Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
- Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
- Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
- Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2010/10/ikan-kukusstim-ringkas.html#ixzz1lNcBaSeP
Under Creative Commons License: Attribution
Thursday, October 27, 2011
Ikan Merah Stim 3 Rasa
Alahaiii...lauk yg dihidang ni dah habis yer..baru boleh lieza letak N3 nya..asalnya Bb Celcom ni ada problem hampir 2 minggu..heran sungguh..tetiba hari ni terlintas nak call careline Celcom..saje ler nak tahu kenapa dan mengapa..kot2 pemancar rosak ker...kualinya jatuh ker kan..siapa yg tahu kan...byk juga ler soklan2 yg tak masuk dek akal yg ditanya pada lieza...penyudahnya tetiba line internet dah ok..alhamdulillah...Ok la resepi ni lieza dah pernah buat..tp yg sebelumnya lieza goreng kan ikan tu...tapi kali nih lieza cuba stimkan nya pula...sedappppp...resepi ni juga lieza amik kat dapur K.Nor Secubitgaram yg dah brapi kali buat menu nih...
SIAKAP STIM 3 RASA - lieza guna ikan merah
resipi : Norzailina Nordin
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah)
Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ k.nor guna sos ikan - lieza guna sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
Thursday, October 6, 2011
Sardin Masak kicap Pedas
Sebenarnya ni lauk semalam..amik gambo guna Hp letak kat FB malas nak upload copy jer ler gambo yg dari FB ni ha...lieza tak duli nak juga letak resepi yg mudah dan sedapni ...lain dari kebiasaan yg lieza buat...tgk k.nor dok post kat FB...zasssss lieza terus ke dapur masak juga sardin gini....terus makan....maklum ler Big bos takder makan pun lewat..masak pun ala kadar jer...ok ler jom tgk resepi dari K.Nor Secubitgaram..lieza copy juga lah...SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.
Tuesday, August 16, 2011
Ikan Kembung Sumbat Kelapa
2 ekor ikan cencaru yg dibelah bahagian belakang - lieza guna 2 ekor ikan kembung
50gm kelapa parut - lieza agak agak
Bahan mesin
30gm udang kering
2 ulas bawang merah
2 batang serai
3 biji cili merah - lieza guna cili kering
1 inci belacan
3 biji limau kasturi - lieza letak pati asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Masukkan udang cili merah,bawang dan udang kering, serai kedlm blander....kemudian masukkan belacan dan garam..dan perahan air limau dan blenderkan sehingga lumat.
2.Campurkan kelapa parut bersama bahan-bahan yg dikisar halus tadi. Gaul sehingga sebati.
3.Kemudian sumbatkan ke belakang ikan yang telah dibelah.
4.Kemudian panaskan oven dan setelah panas masukkan ikan dlm oven....kalau tak nak bakar nak goreng pun boleh..
Sunday, August 14, 2011
Ikan Kembung Masak 3 Rasa
Bahan-bahan ( 5 orang )
- Seekor ikan kerapu- lieza guna ikan kembung
- 2 biji bawang putih - dicincang halus
- 5 biji bawang merah - dicincang halus
- 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
- 2 biji tomato - dipotong dadu
- 2 kerat nenas - di potong dadu
- 2 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Sedikit daun ketumbar
- 1 sudu besar tepung jagung
- serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
- Minyak
Cara-cara
- Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
- Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
- Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
- Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
- Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Friday, August 12, 2011
Ikan Pari Masak Hijau
Bahan-Bahan
- 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan
- 2 ulas bwng putih*
- 3 biji bwng merah*
- 1/2 inci halia*
- 4 btng cili merah*
- 4 btng cili padi merah*
- sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
- 1 tangkai daun kari
- 3 batang cili hijau- di potong serong
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- garam & sedikit gula
- 1 cawan air atau lebih.
- 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
- Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
- Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
- Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
- Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
- Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
- Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.
Thursday, July 14, 2011
Ikan Kembung Bakar Berempah Harum
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan) ~ k.nor guna ikan pari
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air
Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.
Wednesday, May 18, 2011
Nasi Kuning + Sambal Nenas HSH + Gulai ikan tongkol + Acar
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang - yang ni lieza tak der..lieza guna kari biasa.
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)
- 5 tangkai cili merah - buang biji dan potong kasar
- 1/4 biji nenas madu - ambil empulur lembut sekali, potong kecil2
- 2 inci belacan yang dibakar
- 2 - 3 sudu besar gula
- garam kasar secukup rasa
- sedikit air untuk kisar
- Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap.
- Kemudian masukkan nenas yang dipotong2 tadi dan kisar lagi...jangan terlalu halus.
- Seimbangkan rasa, dah hidang dengan nasi Mandhi, nasi minyak or nasi tomato pun sedap.
Wednesday, May 11, 2011
Ikan Kembong Masak Taucu
Ok ler tak mau panjang2 cite...jom jenguk resepi dari Ros ni yer..(akak cnp jer yer Ros)
Bahan-bahanya
2 ekor ikan bawal saiz sederhana ( potong dua bahagian)
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar taucu
sedikit air asam jawa
1 biji terung panjang ( dibelah dua dan dipotong beberapa bahagian)
1 biji lada merah@lada hijau ( dihiris halus)
1/2 biji bawang besar ( dihiris nipis)
2 biji bawang merah
5 ulas cili padi ( jika mahu lebih pedas boleh tambahkan kuantitinya)
Cara-caranya
1. Goreng ikan bawal hingga garing dan ketepikan, kemudian goreng pula terung separuh masak, Hiris atau cincang halus, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan.
2. Selepas itu masukkan taucu dan kacau sebati, jika terlalu kering boleh masukkan setengah cawan air, kemudian masukkan pula ikan bawal dan terung yang telah digoreng tadi.
3. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa hirisan bawang besar dan hirisan lada merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau lagi, setelah lada merah dan bawang besar agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.
Tuesday, May 10, 2011
Ikan Goreng Sambal Tempoyak - N3 Tertunda
Sebenarnya Ikan Goreng Tempoyak ni dah 2 kali lieza buat memula guna ikan kembong pas tu bila Mr.Hubby balik dari KL hari tu lieza buat lagi tp guna ikan keli pulak...resepi ni lieza skodeng kat umah Kak Ummi HomeSweetHome..hasilnya perghhhh mmg memberansangkan tekak lieza ni weiii...masih terngiang ngiang..terbau bau kat idung ni..thank Che Mat penyumbang resepi dan juga Kak Ummi yg share kan resepinih...pssttt Kak Ummi lieza copypes yer...
IKAN GORENG SAMBAL TEMPOYAK
Resepi : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
- Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.
Tuesday, March 22, 2011
Ikan Bersos Thai
Aiseyyyy...kepala terasa berat ler pulak....selsema mula menguasai diri...jangkitan dari anak2 ler pulak....tp takpe masih gagah lagi ni...anak anak kul 8 mlm dah menghamba diri kat bantal dah..si ibu dan ayah buat ler apa yg patut kan....salah satunya berblog ler apa lagi kan...Hari ni lieza masak Ikan Bersos Thai....resepi dari CMG tp lieza ceduk dari umah kak Umie Kuantan..salah sorang lg blogger yg maintain kemudaannya...kak umie lieza copypes yer..betul ler kata kak umie mmg world laaaaahhh..
Bahan (resepi asal):-
- 1 ekor ikan bawal sederhana besar (*ummi guna 2 ekor ikan selar)- lieza guna ikan bawal gak
- 1 batang serai - dititik
- 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
- 1 cm lengkuas - dititik
- 1 cm halia - dititik
- 3 biji bawang merah - dihiris
- 2 helai daun limau purut - dihiris halus
- 2 camca besar sos ikan
- 1 1/2 camca besar cuka makan
- 3 biji merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 1/2 camca besar gula *
- (bahan bertanda * ditumbuk lumat)









