Wednesday, April 25, 2012

Ketam Bercili


Sekarang musim ketam laaaa... punya laaa lama tak pergi pasar basah...biasanya evry weekend kalu MR. Hubby ada mesti akan ke Pasar Minggu Satok.. skrg ni dah jarang2 pegi.. kalu pergi pun bila Mr.Hubby balik dari KL...
Tak mau story byk2 ni dia ketam bercili yg lieza masak yg mana resepi ni lieza dpt hasil dari menggoogle dan jumpa ler kat Dapur Periuktanah oleh K.Ann... wahhhh hasilnya suker sgt sgt sgt.... sampai 2 kali ler lieza masak camgini...kalau masak bersantan2 ni agak kurang laju ler kami lakibini nih.. llebih kepada style masakan camni...pun dah ok..
Jom ler kita tgk resepinya...yg lieza copy jer.. terima kasih yer K.ann



Bahan-bahan:

1/2 kg ketam- dibersihkan dan potong ikut suka (k.An belah dua dan potong sepitnya)
Gaul dengan garam dan kunyit dan goreng - sekejap je ye puan-puan sebab ketam ni walaupun bercengkerang tapi bila warnanya bertukar merah, masak le tu isi dalamnya.

Bahan dikisar halus:

3 ulas bawang merah-belah 4
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah -saiz besar

Bahan lain:

2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan (namphla)
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula
membuatnya:

1. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam mangkuk. K.An pecahkan (ketuk) sepit ketam agar mudah bila nak makan nanti.

2. Panskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi (3 minit) Kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Didihkan. Masukkan gula dan kacau kuah hingga pekat. Tutup api dan tuang sos ke atas ketam. Ketam bercili sedia untuk di'kerjakan'....



Tuesday, April 24, 2012

Kerabu Kacang Botol

Sayur sayuran utk hari ni Kerabu kacang botol...kerabu ni mmg sedap di makn begitu sajer laaaa...patut ler K.Nor suka...mengikut kata K.Nor reesepi asal kerabu ni dari Kak Liza... terima kasih utk kedua duanya dan lieza nak panjangkan resepi ni juga lahhh... izinkan lieza nak copy resepi ni yer K.Nor...

.

KERABU KACANG BOTOL
resipi : K.Liza
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan

20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.



Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/02/kerabu-kacang-botol.html#ixzz1sxEPrVoR



Monday, April 23, 2012

Paprik Makyong Lagiiiiii



Haaaaa amikkk...dlm jangka masa terdekat lieza buat lagi paprik makyong nih...
tapi kali nih lieza buat udang pulak... hmmmm sedap sedap sedap..
Klik SINI utk resepinya sbb ni menu ulangan...terima kasih Makyong MyR.


Saturday, April 21, 2012

Paprik Makyong

Dek tergoda dgn menu ni kat dapur Kak Ummi hari tu... fuhhh mmg sedap dan simple...biasanya kalu simple2 pun sedap tau...dan kerna simple tu la terus rajin nak buat...yelahkan bila sesorang nih maleh nak masak yoyo ooo.. buat simple2 jer dah ok.anak2 pun suka sbb lieza cuma letak cili sebiji sebiji gitu tak potong pun... takut anak2 kepedasan
Terima kasih buat penyumbang resepi MakYong MyR dan pengedar2 nya Mas Duniaku..
Kak Ummi Home Sweet Home....ok lah jom lieza memanjang manjangkan resepi ni tepek pulak kat sini yer... lieza salin dari dapur k. ummi yer...


AYAM PAPRIK MAKYUNG
Resepi :
makyong@Myresepi

Sumber: Mas @ Duniaku/


Bahan :

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2 - Mas guna daging (akak guna ayam)

  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk

  • 1 labu bawang besar - dimayang

  • 2 batang serai - dititik

  • 2 biji buah tomato - dipotong 4

  • 5 biji cili padi - ditumbuk

  • bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda

  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

  • bahan2 perasa - Mas letak kiub ikan bilis

Cara memasak :

Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.

Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan Mas letak 1/2 kiub ikan bilis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.

Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.

Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


Friday, April 20, 2012

Simple Skirt Utk Si Gadisku


Sejak ada mesin jahit tepi ni rajin ler juga nak jahit...
dan lieza dpt siapkan 6 pasang simple skirt utk anak2 dara ni....
Oppppsss tapi lieza bukan tukang jahit yg professional tau...
menjahit sekadar hobi masih terkial2 lagi...
apapun lieza blaja melalui internet jer...gunapakai tutorial yg diberi...




Skirt yg atas dan bawah ni lieza buat ukuran pinggang x 2 jadi dpt lebarnya..
cth: pinggang Enas 21 x 2= 42 jd 42 in ni la kelebaran kainnya labuhnya ikut suka la nak labuh mana...utk enas labuhnya 15 bagi yg dlm dan belah luar tolak ler 3 in...liza sudahkan basi jahitan bawah dgn bias tape atau piping tu...
Kalau nak leb ih detail dan kalu rajin cer cuba tgk kat DANAMADEIT
kat dana niler lieza follow tutorial yg diberi..




Buat juga utk Eryna


Skirt hijau ni lieza guna recycle tshirt pregnant lieza hehehe...




Skirt polkadot ni lieza buat ukuran pinggang bebudak ni x 1.5 sbb lieza tak mau kembang benor..dan basi jahitan bawah lieza letak renda..senang jer lieza follow tutorial juga... dan utk getah pinggang lieza guna yg 1 in... ukurannya kalu pinggang Enas 21 liza tolak 2in jd bila pakai takder la longgar sgt kat pinggang kan.


Thursday, April 19, 2012

Ikan Masak Asam Daun Kari


Sebenarnya menu ni dah lama lieza nak buat tp asyik terlupa...tp yg lieza ingat resepi ni dari kakasma yg menggunakan ikan teggiri... so lieza cari kat google Ikan tenggiri kakasma...zassss kluar pun... senang jer nak cari... sekali keluar list tu dia ramai yg dah mencuba resepi ni...lieza yg ketinggalan train...hehehe terima kasih Selera Kakasma resepi yg sedap dan lain dari biasa...anak2 lieza pun suka...izinkan lieza nak salin resepi yer kakasma...
Utk resepi ni lieza guna ikan jenahak...

Source: dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 4 keping ikan tengiri - lieza guna ikan jenahak sekeping
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
  • 1 batang serai(ketuk)
  • sedikit daun kari
  • garam,perasa,air asam jawa
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

Wednesday, April 18, 2012

Salad Terung Grill


Buat lagi menu terung camni... yg sedap dan mantopppp utk penggemar tegar terung cam lieza ni... dah pernah lieza buat klik SINI dan resepi asalnya dari K.Nor Secubitgaram
meh lieza tepek lg la yer kot2 maleh nak selak2....terima kasih k.nor yer..share resepi2 yg sedap...


SALAD TERUNG GRIL

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2009/11/salad-terung-grill.html#ixzz1sNg2vTxm

Wednesday, April 11, 2012

My New Gadjet S



Tadaaaaas....ni ler Mr Singer gadjet terbaru yg dibeli oleh Mr. Hubby, model ni menggunakan 3 benang... utk jahit tepi biasa.....dan juga ada optional tapak yg dijual di kedai2 Singer.
Selain yg 3 benang ada juga model yg 4 benang yg mana model 4 benang boleh jahit tshirt
dan guna twin needle. Cuba tgk tshirt2 korang jahitan yg disambung cam jahit tepikan.. haaaa camtulah jdnya kalu guna model yg. 4 benang tu... ni mengikut keterangan oleh jurual singer yer..
Memandang masa bilanya lieza nak buat tshirtkan so beli jer la yg model 3 benang ....ni pun dah ok dan senang digunakan...harganya pun reasonable la...dlm RM 1252.00 cash ni harga model yg 3 benang 1 jarum dan kalau yg 4 benang 2 jarum tu lebih RM 100 dari harga yg 3 benang gitu...
Amat berbaloi kalau ada mesin jahit tepi ni...tak yah ler susah2 nak pergi kedai nak anto jahit tepi
kan...dan utk memudahkan lieza Mr. Hubby pun decided utk beli satu utk kegunaan lieza...
Happyyyyyyyy youuuu....selain memasak ni...menjahit pun satu terapi buat lieza...seronok bila tgk hasil dari tangan sendiri..bila masak boleh dimakan dan bila menjahit boleh diguna dan pakai..


Tuesday, April 10, 2012

Apam Tepung Gandum

Buat lg apam tepung gandum yg menjadi peberet lieza dari dulu2 lagi...dulu2 mak slalu buat dan dulu2 juga tau makan jer... dah kali yg ke 3 lieza buat guna resepi yg sama iaitu resepi yg diambil dari DTS CMG klik SINI utk n3 yg lepas dan resepinya yer...

Monday, April 9, 2012

Apam Polkadot Lagi


Bebaru ni lieza buat Apam polkadot lagi utk di buat sebagai buah tgn utk menghadiri satu majlis...
Rupanya tak ler secantik mana sbb paper cup nya terbesar ckit...tp alhamdulillah jadi...
Kali ni lieza buat lebih dari satu adunan.. dulu lieza buat setengah adunan jer.. klik SINI


resepi : write2fatin
olahan : nuwairani

Bahan :
3 biji telur gred A (dari peti sejuk) - lieza guna 6 biji telur gred c
2 1/4 cawan tepung gandum - lieza letak 3 cawan
1 1/2 cawan gula halus - lieza 1 cawan
3/4 cawan susu segar - lieza guna 1 cawan
1 sk esen vanila - liea letak 11/2 sk
3 sk baking powder - lieza letak 31/2sk
1 sk ovalette - liza letak 2 sk
filling secukupnya -nani guna jem blueberry - lieza letak filling kaya
pewarna
paper cups medium -nani guna saiz kecil
acuan lompang

Cara :
  1. Masukkan telur, gula, ovalette, esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. -nani mula dengan level 1 kemudian tambah kelajuan sikit2 sehingga no 5.
  2. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima. -nani perlahankan dulu mixer, baru masuk susu dan tepung + baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lebih kurang 7-8 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing2.
  4. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. -masa ni boleh panaskan kukusan.
  5. Sediakan paper cups yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang supaya apam tak melepek nanti.
  6. Picit adunan ke dalam 1/2 paper cup.
  7. Letak filling di tengah2 (guna piping bag supaya kerja lebih mudah).
  8. Picit adunan sehingga 3/4 penuh menutupi filling tu.
  9. Buat dot dot sesuka hati ye.
  10. Kukus selama 15 minit untuk acuan medium. *nani guna acuan paling kecil tu jadi masa mengukus lebih kurang 7 minit dengan api perlahan supaya apam kita tidak mekar ye.

Terlebih Koata 4GB Sudahhhhh...

Shooohhhhh shooooohhhhh.....wahhhhh byknya lelabah buat sawang sini....fuhhhh habuk pun tak kurangnya juga....
Sebenarnyakan mmg agak lama tak ber blog nih...bukan takat tu jer main masak2 pun agak kureng juga dua 3 menjak nih...masak pun main gitu gitu jer...yelahkan bila quantity mulut yg nak beria mkn tu tinggal sorang makanya...makanya apa2 jelah yg nak dimkn asal kenyang perut...
Dah ler lama tak ber blog tetiba timbul pulak Notification dari Pak Celcom yg mengatakan usage dah terlebih 4GB..asal nak buka website mesti kuar notification dari celcom(notification yg berbaur suruh kita tambah utk speed... nak duit ler kan) tp ignore jer lah.. so teruskan je lah dgn speed yg amat perlahan sbb dah terlebih koata tu kan..org kata letak siput pun.. siput lg laju tau...
Jadi terima jer lah seadanya sementar menunggu koata baru yg bermula 8hb... dan hari ni speed dah jd mcm biasa....normal...
Nak tahu kenapa??? oklah gini la kan... 2 3 menjak sebelum ni lieza dok rajin tgk youtube dok tgk cite Bella Calamidades.. sibuk dan excited nak tahu kisah seterusnya..dan juga rajin dan terlebih rajin download segala game kat Apps Store...At last amik koooo dgn mendownload dan tgk youtube bebanyak sampai terlebih sudah koata utk last month...biasanya kalu penggunaan yg normal tanpa byk mendownload dan beryoutube takkan terlebih koata pun... tp tu la kan mmg ngengada makcik nih kan...
Tapi takpelah walau pun terlebih koata tp masih bole buka wesite cumanya di reducekan kelajuan nya jer.. nak upload gambo pun berjanggut tunggu..
Hari ni dah mula koata baru so semuanya dah ok... yahoooooooooo
moral of the story... jgn mengada ngada tgk youtube dowload bagai.. tanpa sepadan yer.... hehehe padan muka kannnn..