Saturday, February 16, 2013

Kek Coklat Kukus dan topping meleleh leleh..



Kek Coklat ni mmg sentiasa menjadi pujaan anak2...dah beberapa kali Eryan keep remind suruh buat kek coklat kek coklat..tapiiiii aduhaiiii ada kemalasan ckit...dan juga masa tu tak mengizinkan...alasannnnnnn kankankan...
Tiba tiba lieza terlihat tertengok dan terliur dgn kek coklat kukus yg dipamerkan oleh K.Nor semalam yg katanya super duper moist disebbkan topping yg meleleh2 dan disiram sampai 2 kali....wahh apalagi laju jer ler mokcik ni kedapur dok godek2...oooh sebelum tu...cari ler kat google resepi Kek coklat kukus kak Hanieliza...jumpa laaa.....dgn segeranya terus buat bak kata k.nor lah kan resepi ni mudah tak perlu mixer2 bagai A+B+C. terus siappppp....
Resepi Kek Coklat Kukus Kak Hanilieza ni ada 2 version salah satunya yg lieza copy ni dan yg satu lagi tu yg K.Nor buat tu...takder beza pun cuma sukatan yg ni..guna cawan...

Jom ler kita gi intai dapur K.Nor tu...mesti korang terliur tau...jommmmmm 

Jom tgk resepi ni yg lieza guna...
 
KEK COKLAT KUKUS

Bahan A [Kacau rata]

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair - lieza guna minyak
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine - lieza guna tepung gandum jer
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla

Cara1. Panaskan kukusan
2 Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat


Ni pulak resepi yg lieza ambik dari K.Nor bersama dgn topping yg meleleh tu...baca betul2 cara nak curah topping tu yer...camtu ler lieza buat...btw terima kasih K.nor kerna berjaya membuat lieza terliur...sampai baca komen2 kat FB tu satu2 sbb nak tau camner buatnya...maklum ler masa tu K.nor tak post lg kat blog. 
Yang pasti...rasa kek cekelat ni mmg moistttt betul..sedap sgt...betul kata k.nor tu...

KEK COKLAT KUKUS resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


* Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.
CHOCOLATE GANACHE resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

Kuey Tiaw Ladna

  

Semalam lieza makan malam dgn Kuey Tiaw Ladna jer...resepi yg best dari Sunkist MyR...sila sila sila...sila buat yer..bukan sila makan sbb dah abih dah...cuba la yer..resepi dah di sediakan kat bawah nih...lieza suka dgn resepi nih...pas ni akan dibuat lagi...

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sb taucu (yellow bean sauce)
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara

  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.

Thursday, February 14, 2013

Roti Gulung Sosej Bercheese





Wahhhh...masih bermotifkan Roti dan Serbuk Roti juga...sebahagian roti yg ada tu lieza buat sosej roll bercheese pulak...rela buat apa sahaja demi anak2 yg nak makan...takpelah kan...bila dah jadi Ibu ni...tak sudah2 dok kat dapur....kankankan...
Lieza dah pernah buat...klik SINI jer lah yer...lagipun mesti semua dah tahu dan terror buat menu nih.

Roti Poket Crispy





Bebaharu(bukan baru lg skrg "Baharu")hehehee...payah kan...panjang gitu..BAHARU..hmmm..takpelah sukahati ler kan..tp amat penting utk pelajar2 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia...
Berbalik pada tajuk kita diatas Roti Poket yer puan puan, cik cik, adik adik, bapak2, ibuk2 semua lah yg lalu sini...Roti Poket ni mmg mudah nak buat cuma menggunakan Roti Sandwich atau Roti Potong yg digelek nipis...disalut serbuk roti berintikan apa2 sahaja mengikut selera masing...
Utk yg lieza buat ni hanya menggunakan inti dari daging burger, mayonis, Jalapeno Cheese dan sayur kobis jer...tak payah cite panjang ler jom kita tgk jer resepi ni kat SINI dari K.Nor Secubitgaram.
Kalau malas nak selak...jom tgk yg lieza salin nih....

Psttttttttttttt.....Roti Poket ni si Muaz kata Nugget...heheheh sbb serbuk rotinya warna cam nugget..



CRISPY ROTI POKET resipi : K.Nor@SecubitGaram idea resipi : MamaZieza
Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti).  Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..

Tip2 K.Nor
* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun) ** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack).  Api biar sedang2 jer.. *** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.

Monday, February 11, 2013

Kuah Dal



Kuah Dal yg simple tapi sedap dimakan dgn Roti Canai atau pun Nasi Minyak yg lieza buat tu...Biasa buat kuah Dalca yg bersantan bagai tu, tp kali ni sajer lieza nak cuba resepi yg lain...kuah dal jer namanya..lieza buat byk2 supaya bila anak2 nak mkn roti canai, kauhnya dah ada...roti canai??? beli yg segera jer yer..takder masa pepagi buta mokcik nak menebarrr roti canai...silap2 tebar kang sampei ke siling pulaknya nanti..
Resepi ni lieza cuba dari Shamen MyR...dan lieza share kat sini juga ye sbb senang nanti2 nak refer dan manaler tau kot2 ada yg nak cuba kan...resepi ni mmg menepati tekak lieza lah yer..org lain den tak tau...Kuah Dal yg ada ala2 mamak ni...nak cuber? jom tgk resepi...

Bahan-bahan ( 6 orang )


  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)- yg ni lieza guna cili kering yg dipotong2 jer
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

Cara-cara


  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Nasi Minyak



Buat nasi minyak, bukan kepingin tapi buat utk Enas yg tak suka mkn masi putih... so sebagai Ibu aka tukang masak kena dok fikir dan cari idea tak pun cari resepi2 yg berasas nasi yg berasa...(pas ni bertambah perisa la Ibu dia)....agak2 boleh ke kalau masak begitu begini tp Ibu tak yah mkn, tgk jer takpun suapkan anak2 jer????huuhhh boleh kee lieza....??? hehehehe
Resepi ni lieza amik dari resepi Kak Hanieliza, bila google kuar yg resepi ni. Jadi just followw je lah...dan sini lieza salin semula resepi dari dapur K.Liza.



Nasi Minyak

NASI MINYAK

Bahan A
1 kg beras bathmati
3 sudu besar minyak sapi
1 liter air
1/2 cawan susu cair ] bancuh
1/2 cawan air ]
50 gm daun ketumbar ] potong pendek
50 gm daun pudina ]
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam secukupnya

Bahan B
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 cm halia ]
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga


Cara
1. Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
2. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
4. Biarkan nasi masak saperti biasa.
5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair.
6. Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
8. Gemburkan nasi perlahan dan hidangkan.

Friday, February 8, 2013

Kerabu Sotong Bersuhun




Assalamualaikum w.b.t semua.... 

Arrghhhhhhh...geliat2 jap...betul2kan jari ni...yg dah kekok nak menaip...ngehngehngeh.....lama kan tak update..menyepi danterus menyepi pas tu lemau semakin lemau...malas semakin malasssssss...biasa lah kan alasan yg bole pakai adalah masa masa masa masa mcm tak cukup jer rasa.....tak payah ler cite bebanyak kan, siapa yg tahu tu tahu ler kenapa kan...
Meh kita cite pasal makan dan N3 kali ni Kerabu Sotong Bersuhun yg resepi yg di petik dari(hehehehe petik lah sgtttt) Blog masakan yg sudah di kenali semua dikalangan teman2 blogger lain..lain tak bukan resepi dari K.Nor Secubitgaram 
Menu ni bukan ler baru tapi dah lama lieza buat dah, jd baja jer semuanya...cuma photonya masih elok jer dan tak basi..masih elok lg ni haaaa...kan...
Dipendekkan cite jom tgk resepi...dan terima kasih K.nor..sbb share resepi dari K.Liza nih...Terbaikkkkk.

KERABU SOTONG & SUHUN

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb lupa nak beli la.. ish.. K.Nor ganti dgn carrot dan tomato
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.