Sunday, May 20, 2012

Portugese Egg Tart


Buat lagi egg tart berpastri kawan ni aka portugese egg tart juga la...kali ni resepi nya lieza amik kat dapur Norma Cendana kasih... ada letak whipping cream bezanya dgn terdahulu...senang jer kan nak buatnya kasi blender jer semua bahan, tu yg rajin tu...
ok lah norma akak nak juga tepek resepi nya yer...

Bahan-bahan
kulit pastri secukupnya- dipotong bulat &masukkan dalam acuan
3 biji telur *
1 cawan susu cair*
1/2 cawan whipping cream*
gula secukupnya*
1 sudu makan tepung kastat*
esen vanilla*
-bahan-bahan bertanda * dimasukkan dalam blender dan putar sampai sebati

Cara-cara
Kulit pastri yang telah dipotong dimasukkan dalam acuan
tekan2 sedikit agar sebati dengan loyang
tuang bahan kastat ke dalam kulit pastri tadi
bakar sampai masak/garing


Saturday, May 19, 2012

Udang Goreng Daun Kunyit Cili Api


Udang goreng daun kunyit cili api.... haaa panjangkan tajuk resepi ni tp panjang bukan sebarang panjang... kepanjangan tajuknya tu bermakna begitu ler kesedapan menu udang kali ni yg sentiasa sedappppppp dan sedapppp...
Resepi yg di kongsi oleh K.Nor Secubitgaram ni mmg dah berkali lieza buat tp baru la ni nak letak n3...agak terlupa save kat mana gambonya hari tu..
Udang masak camni dah jd kegemaran anak2 lieza... tak pernah si Enas mkn byk sebelum ni tp bila mkn dgn udang camni byk pula mknnya... tp kalau si Muaz nasi terus taknak... ratah udangnya jer...berebut2 dgn Eryna..jd si Ibu ni mkn 3 ekor dah ler...
Haaa.. begitulah penangan Udang goreng daun kunyit ciliapi nih mmg beri kesan dgn selera anak2 walau pun pedas semua tak peduli..mkn juga...
ok la jom lieza share resepinya yer... terima kasih k.nor yg sudi share resepi ni yer..lieza nak copy juga...

UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
350 gm udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 - 7 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 biji limau kasturi ~ diambil air
sedikit garam
sedikit gula
minyak secukupnya


Cara membuatnya:
Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan hampir masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau.
Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati.
Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/05/udang-goreng-daun-kunyit-cili-api.html#ixzz1vJMvuqMn

Thursday, May 17, 2012

Kerabu Bendi Tun Telani


Pestime bendi ni di kerabukan oleh lieza... biasa lieza buat ulam mentah2 gitu takpun celur mkn gitu takpun buat asam pedas takpun goreng2 ... haaa byk tu tak pun nya...
Kerabu bendi Pn Tun Telani ni ni mmg buat berselera bila mkn nasi ...besttt wooo krup krapnya masih terasa2 di gigitan ku ini...terima kasih Tun... resepi yg mudah dan sedap..mkn camtu pun sedap.., fuhhhh...
Akak nak juga tepek sini yer Tun... buat rujukan di kemudian hari...dan di kongsi utk teman2 yg lain....


Kerabu Bendi
Resepi: Tun Telani
Bahan2:
  • 15 bj bendi
  • 2-3 bj cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye - hiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai- hiris halus
  • 1 bj limau nipis/ 2 bj limau kasturi- amik jus dia
  • 1 sudu kecil gula
  • Akak letak bawang merah yg dhiris

Cara2:
  • didihkan air dan celur bendi sebentar. jgn lama sgt, nnti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jgn kerat sblm celur, nnti dia jd terlalu berlendir.
  • Gaulkan dgn semua bahan.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau ratah saja bg yg ingin berdiet.. hihi..
  • sedap nih! selamat mencuba ^^

Thursday, May 10, 2012

Kek Batik Coklat


Dah begitu lama lieza tak buat kek yg berasaskan biskut marie ni tau..entah mcm mana terasa tingin pulak bila beberapa minggu sebelum ni ada nampak kat Dapur Ha Sue ada n3 pasal Kek Batik Coklat ni dan bahan2nya mmg dah ada dlm simpanan gobok tu....
Pada asalnya lieza nak buat ikut resepi yg hasue olah dgn meletakkan sebiji telur tu, dimana katanya kalau letak telur tu biskut tu agak lembut la.. mcm kebiasaan tu...tapi hasue kata yg tak letak telur nih iaitu mengikut resepi asal dari Milla MyR hasil kejadiannya mmglain sikit dimana biskutnya masih rangup dan coklatnya rasa ala2 Cloud9 gitu...
Pastukan.. pk punya pk why not lieza cuba resepi asal tu... ni pun dok teracun dgn promosi si Hasue nilah....yg dah berkali kali kali ke berapa die buat Kek Batik Coklat ni...


Dan hasilnya....tadaaaa.....mmg betul kata Hasue sedappp... dgn kerangupan biskut tu yg masih menyerlah dan coklatnya tu dah mcm Coklat Cloud9 gitewwwww... best mmg best ....
Kalu nak tgk kat Dapur Hasue korang klik SINI
siap ada tunjuk cara nak lapis biskut marie tu...wokeyyyy... jom pulak kita layan resepi nya pulak yg lieza copy pes dari Hasue

Resepi Asal dari Milla MyR

Kek Batik Coklat

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
.