Tuesday, April 27, 2010

Cucur Jagung


Cucur Jagung ni aku buat utk bekpes....besh betul ler cucur jagung ni..ni ler pestime aku buat...n pestime juga buat cucur guna yis..sbb biasanya aku guna Sodabikarbonat jer..mmg ada kelainan sikit pada rasanya...seperti biasa ler aku amik resepi ni kat Dapur K.Nor Ganu tu...saya CnP resepinya yer K.Nor...muahhh

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba...


Wednesday, April 21, 2010

Buncis Bersotong

Ishhhh..ishhh...BUncis bersotong pun nak lepak juga kat blog??..kenapa namanya buncis bersotong?..sbb letak sotong..kalau letak udang..jd ler buncis berudang..kalau letak daging..jd ler buncis berdaging...tak gituuuu??? Bahan2? senang jer..basic tumisan..pas tu letak ler sotong bagai...sos tiram..tu jer...dah siappppp...apa lagi makan ler...

Tempe Goreng berkasih lak dgn sambal kicap...uishhh powerrrrrr...bole buat minum petang kata Mr. Hubby...

Award dari E-na Zarina @ Lovely Kitchen

Sungguh terharu dgn pemberian Award ni dari E-na Zarina kerana teramat ler bermaknanya..somoga persahabatan yg terjalin walaupun sekadar cuma di arena alam maya ini berkekalan...dan di kesempatan ini juga ingin mendoakan sempena ulangtahun pertunangan E-na moga2 menjanjikan kebahagian buat E-na sehingga ke akhirnya...
akhir sekali terima kasih buat E-na..

Tuesday, April 20, 2010

Terung Goreng Kicap

Uishhhh hari ni masak terung ler pulakkkk...sedap nihh...jom acu cuba try....resepi ni aku terpandang dan terpikat apabila aku geledah2 kat dapur K.Nor..tp sebelum tu resepi ni dikeluarkan atau dihasilkan oleh Hana...tp dgn muka tak malunya juga dan kesekian kalinya aku nak juga CnP dari dapur K.Nor yer...harap2 K.Nor tak mareeee..meh tgk bahannya..

TERUNG GORENG KICAP
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.


Masakan terung ni aku tak byk letak kicap sbb Mr. Hubby tak suka masakan yang gelap gelita...dan aku tak buat sampai kering sgt..biarkan die berkuah sikit2...btw mmg sedap..mkn gitu sajer pun sedap..

Monday, April 19, 2010

Jagung & Sosej Bakar




Petang tadi aku n Mr Hubby terlebih rajin dgn membakar jagung n sosej utk menghabiskan saki baki arang semalam tu..jadikan ia menu utk minum petang skip sampai mlm sesambil tgk So U Think U Can Dance...

Ber BBQ




Weekend bebaru ni aku n Mr. Hubby decide nak ber BBQ...mcm2 ada...Chicken Wings..Udang, Sotong, Ikan kembung..Sosej..utk salut Chicken Wing tu aku guna resepi dari Dapur Dayang Jack...bagi sesapa yg nak tgk pegi ler klik situ yer...mcm2 lagi resepi yg menarik kat dapur Dayang tu...utk itu aku nak minta ijin dari Dayang utk CnP jer resepinya utk memudahkan aku rujuk semula....

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak) - aku guna chicken wing
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
  • sedikit garam @ gula jika perlu
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalama atau sekurang2nya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul2kan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pd suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir)

Wednesday, April 14, 2010

Egg Paratha Roll



Roti Paratha ni selain buat Sardin Puff/Tuna Puff segera..bole juga di buat Egg Paratha Roll..Egg Paratha Roll ni resepi asalnya dari Gert....dan dah ramai yg mencubanya..mmg simple, Cepat n Mudah...sesuai dibuat bekpes atau minum petang..kekadang pepagi kalau nak cepat, bole ler buat gini...hari ni bekpes aku buat ler Egg Paratha ni utk bekalan Enas pegi sekolah..merangkap bekpes Mr. Hubby...kebetulan ada lebihan kari ayam..bole ler di cicah dgn kari yer....apapun jom tgk resepinya yg aku amik kat umah K.Nor Secubit Garam yg dah 2 3 hari dapurnya tak berasap..nak tau kenapa pegi ler jelajah dapurnya...so K.Nor lieza nak panjangkan resepi ni pulak kat Dapur lieza yer...

EGG PARATHA ROLL
Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus - tak letak nanti Enas dok belek2 dan tak mkn pulak.
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha - aku guna planta jer
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)
  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.

Tuesday, April 13, 2010

Murtabak Maggi

Murtabak maggi ni aku buat utk Enas bawa bekal dan sekali gus utk bekpes ler juga...dah byk kali buat tp tak tersempat nak letak gambo...aku punya pesen murtabak maggi ni amat ler mudah sgt..tak letak byk bahan pun..almaklum ler..letak byk2 bahan nanti mula ler Enas belek satu persatu apa yg ada kat dlm tu...tp kalau sesapa nak tgk Resepi Murtabak Maggi yg lebih variasi pegi ler kat Sini Dapur CMG atau pun kat Dapur Mamafami...aku punya cara ni mmg mudah ler utk bebudak makan..jom tgk betapa sempoinya murtabak maggi version aku nih..

Bahan2

  • 2 Bungkus Maggie Curry(Dicelur atau direbus dan di toskan)
  • 2 Biji Telur
  • 1 biji bawang Besar dipotong dadu kecil2.
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara2
  1. Memula sekali telur tu dipukul sekejap. - jika suka boleh dicampur hirisan daun sup/bawang atau cili besar.
  2. Tumis bawang. bila agak layu..masuk kedua2 perencah maggie.
  3. Kemudian masuk Mee Maggie yg telah di rebus td. kacau rata..
  4. Angkat Maggie masukkan kedalam telur yg telah dipukul..kacau rata.
  5. Akhir sekali masuk kedalam kuali di goreng dgn sedikit minyak dan balik2 kan.


Tauhu Goreng Campur



Makanan ni..masa aku dok KL tak pernah lak jumpa...tp bila dok sini rata2 kedai mesti ada jual Tauhu Goreng Campur nih...biasanya kalau nak supper2 ker kita org pegi ler Kuching makan Tauhu Goreng nih..mmg sedap ler...sbb pencicah nya yg memainkan peranan kesedapan Tauhu Goreng Campur ni.....pas tu segala campuran gorengan tu panas2 lg tu...kalau kita order baru digoreng...so mulut tu kena sabau ler sikit..sbb panas..silap2 melepuhhhh...oklah..meh jamu mata lagiiii...


Monday, April 12, 2010

Nasi Ayam Penyet & Pecal Lele

Kat atas ni nasi Ayam Penyet

Yang ni Pecal Lele Special

Arggghhhhh...sedapnya tidoooooo....td aku sempat upload gambo jer dulu...tetiba Muaz bangun...apalagi sambungkan die tido, dgn aku2 sekali dok tido sambil mengepam lemak kat badan...hukhukhuk...

Ni lak cite pasal makanan2 kat atas tu..last weekend g makan kat luar...Menunya Nasi Ayam Penyet dan Pecal Lele...kami order yg special punya..bila dah special.. ada ler tempe dan tauhu sekali...tu baru dinamkan Spesel..tempatnya kat Kuching peh tu nama warung tu Raja...raja apaaaaa...aku tak tau..tp mmg ada Raja nya lerrr.....menu ni kalau Set Pecal Lele ada Ikan Keli Sekoq yg lain serupa jer...ulam ulaman sambal belacan...tp sambal belcannya mmg powerrrr pedas tu bebbb....apapun masih memenuhi citarasa anak tekak aku laki bini.....jamu mata jer ler yerrr...

Tuesday, April 6, 2010

Kuih Bakar Jagung




Kuih Bakar Jagung ni ler yg masih sempat aku buat...sbb sgt mudah..tak remeh bahan dan tak remah nak membuatnya...memandangkan anak2 pun suka makanan yg berunsur jagung dan tak lupa aku pun suka...jd aku buat ler seadunan...resepi kali ni aku guna pakai dari Resepi Zana08 MyR ...sebelum makan jom ler tgk resepinya yg aku CnP yer...

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka

Cara-cara

  1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam
* Kejadian kuih ni agak lembik sikit bila di potong panas2..oleh itu tunggu sejuk baru potong yer...kena sabo...