Monday, May 23, 2011

Goreng Pisang Rangup

Nak goreng pisang??? uishhhh habis dahhhh..beberapa hari lepas tgk MasDuniaku itewww goreng pisang dgn menggunakan rsepi HaSue nih...hasilnya mmg rangup tau...tak rugi kalau cuba...terima kasih kat Mas dan Sue share resepi goreng pisang rangup ni..ok lah Mas akak nak juga tepek sini yer...pssttt jom ler gi jejalan dapur dorang nih...mcm2 ada tau...tak rugi...

Pisang Goreng Rangup
Ubahsuai : MasDuniaku


Bahan :
  • seikat pisang awak - lieza guna pisang abu jer
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula ( gula bukan nak bagi perasa tapi nak bagi kuih sedikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara memasak :
  1. Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air(guna whisk lagi senang) warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Buang kulit pisang awak dan belah dua.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
  4. Celupkan pisang tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan dengan api sederhana. Saya suka sedikit hangus,lagi rangup!

4 comments:

Nieza said...

assalammualaikum kak lieza...wahhh sedap ni kalau dapat layan pisang goreng tu...lama dah tak mkn ni..

tun_telani said...

pisang goreng 2inggit!!! kasi yg xtra rangup ye.. hihi...
tun pun guna resepi kak sue wat pisang goreng =)

tun_telani said...

ps: akak tau tak.. 5kali try post comment br berjaya nih.. dia wat hal suruh isi verification words byk2 kali.. huhu

Ayu said...

Asslam Lieza,
lama akak tak kemari..uish ada goreng pisang
lah kat sini..dah lama tak beli pisang untuk digorengg..makan panas2 dengan kopi o..lieza jalan belakang pun akak tak nampak..hahah