Monday, August 20, 2012

Anak tak Cium Syurga


Sebagai ingatan utk diri sendiri juga utk pembaca sekalian....

lieza nak share artikal dari akhbar Metro Online ni...


KUALA LUMPUR: “Ibu bapa tanggungjawab semua anak. Sudah diterangkan di dalam al-Quran, sesiapa yang melawan atau menderhaka kepada ibu bapa tidak akan mencium bau syurga.

Itu kalau menderhaka atau melawan perintah ibu bapa mereka. Namun kalau ada yang sanggup mengabaikan ibu atau bapa kandung dan membiarkan mereka bersedih, sudah pasti dosa dilakukan itu sangat besar,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Malah, beliau berkata, jika anak lelaki sudah berkahwin, tanggungjawab terhadap ibu tidak pernah terlucut.

“Tanggungjawab anak perempuan yang sudah berkahwin terhadap ibunya terlucut dengan sendirinya jika berkahwin. Namun bagi anak lelaki, tanggungjawab itu tidak pernah hilang. Tiada alasan untuk mereka mengabaikan ibu bapa.

Meskipun dinyatakan bahawa tanggungjawab anak perempuan terlucut dengan sendirinya bila berkahwin, ia bukan tiket untuk mereka tidak ambil peduli terhadap orang tua. Sebagai seorang insan, kita punya naluri dan sifat kasih sayang terhadap orang terdekat seperti keluarga.


“Apabila sifat dan naluri ini hilang, perkara sebegini akan terjadi,” katanya.

Menurut Hassan, sesetengah anak mengabaikan ibu bapa kerana kurang berkemampuan, selain tidak mahu menanggung beban menjaga orang tua yang uzur.

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Oat Crips


Biskut ke 3 yg lieza buat iaitu BIskut Oats CRips yg telah menjadi kegemaran Eryna dari tahun lepas lagi...jadi tahun ni lieza buat juga... utk resepi ni lieza buat 2 adunan terus... dah pernah lieza buat tahun lepas Klik SINI...utk resepinya yer..

Sunday, August 12, 2012

Chocolate Chips Cookies


Biskut ke 2 yg lieza buat Chocolate chips Cookies resepi dari Kak Fida MyResepi...asalnya lieza terpandang dan ternampak N3 MasDuniaku buat biskut ni... tertarik lah utk mencuba respi yg ni...yg mana mas kata senang jer nak buatnya godek2 jer tp menghasilkan biskut yg sedap rangup...
Akhirnya jadi juga lieza buat.. mmg senag dan yg penting sedappppppp... terima kasih kak fida Myresepi dan juga MasDuniaku yg memperkenalkan resepi yg mudah ni.

Chocolate Chips Cookies

Bahan :
lebih kurang 100 keping
190 g mentega - lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor @ icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko ( lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap )
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar - di panggang
1 biji telur - yg sedang

Cara :
Tepung, baking soda, serbuk koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata dan sebati.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung yang diayak tadi, gaul, diikuti dengan choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
Mas bakar 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dulu baru disimpan dlm balang.

@@@@@ selepas diadun.. adunan ini agak melekit tau... jgn panik dan tambah tepung okeyyy sbb memula mmg kena guna sudu utk atur ke loyang tp lelama bila dah kena angin segala doh ni akan bole digentel dan tidak membezakan rasanya.. hasilnya mmg tetap sedap @@@@@@

Wednesday, August 8, 2012

Biskut Semperit Chik Mimi



Biskut yg pertama lieza buat utk juadah hari raya nanti.... Biskut Semperit resepi dari Chik Mimi tp resepinya Chik Mimi adaletak kat FB jd takder la link utk biskut ni... tp kalau rasa nak jejalan cuci mata klik Disini Segalanya Bermula yer...
Apapun terima kasih kat Chik Mimi kerna sudi berkongsi tesepi biskut semperit ni... mmg sedap di tekak lieza sbb bila masuk mulut sgt la lembut dan cair dimulut... fuhhh..Resepinya pun tak byk jenis dan mudah didapati....jom kita tgk resepi..

Bahan2

1 tin tepung jagung( cap rama2) 400grm
6 oz gula castor
8 oz tepung gandum
12 oz mentega
1 biji Telur

Cara2

Pukul gula dan mentega hingga sebati jer.. masukkan telur sebatikan lg.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. dah jd doh boleh la guna acuan dan bakar mengikut kesesuaian suhu oven masing2 yer.

Monday, August 6, 2012

Bergedil Daging Burger Tanpa Telur


Bergedil daging burger yg senang nak dibuat ni tanpa disalut dgn telur dan digoreng dgn minyak yg sedikit dgn mengunakan nonstick pan sajer..bagi yg gemor mkn bergedil cuba la try buat...bahan2 pun senang...terima kasih buat Hasue kerna memanjangkan dan kongsi resepi yg enak... nyamannnnn ini...
Sedap dimkan begitu sajaaaaa....tak caya???? ramai yg dah cuba wooooo google jer... berderet2 org dahbuat...jom kita tgk resepinya wokeyyyy...


BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)


Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu).

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas.

Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.

Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).



Friday, August 3, 2012

Ayam Penyet dan Sambalnya




Salah satu menu utk berbuka juga hari tu.... kerap kali dah lieza buat mmg best resepi ni termasuklah sambalnya yg juga sedappp... tp tekak org lain lieza tak pasti la yer... bagi lieza resepi ni mmg kena dgn selera...
klik SINI utk resepi di N3 terdahulu...
Sedap dimakan dgn bebagai jenis ulam ulamannnnnn...


Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye :)
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.




Wednesday, August 1, 2012

Mee Kari Kerang



Mee Kari ni lieza buat utk berbuka hari tu... n3 tertangguh ni disebabkan kelembapan 3g yg dah penuh kuotanya....start kuota baru awal bulan ni baru dia jd laju semula...bila byk download segala bagai gitu ler jdnya...cpt jer penuh kuota utk sebulan...tak kisah lah...
Jom berbalik cite Mee Kari ni....Resepi Mee Kari ni lieza guna resepi dari Kak Ita dari Dapur MasamManis nya itu.... cari kat bro google yg tersenarai memula adalah mee kari dari dapur masammanis....
Wah....hasilnya mmg sedapppp kena dgn tekak kami...Incik Hubby mkn bertambah tambah...fuhhh mmmg puas hati la..tak rugi cuba resepi ni...terima kasih kak ita yg berkongsi resepi ni...

Sumber resepi : Kak Ita MasamManis

MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - ita guna batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng

Bahan dimakan bersama
Mee kuning
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka
s
Cara2
Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai.
Masukkan air dan biar ia didih.
Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali).
Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih.
Masukkan udang, kerang dan fish ball.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tauhu sponge.
Biarkan kuah mendidih
Sedia dihidangkan

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.