Tuesday, May 10, 2011

Ikan Goreng Sambal Tempoyak - N3 Tertunda

Gambo kat atas ni lieza guna ikan keli


Sebenarnya Ikan Goreng Tempoyak ni dah 2 kali lieza buat memula guna ikan kembong pas tu bila Mr.Hubby balik dari KL hari tu lieza buat lagi tp guna ikan keli pulak...resepi ni lieza skodeng kat umah Kak Ummi HomeSweetHome..hasilnya perghhhh mmg memberansangkan tekak lieza ni weiii...masih terngiang ngiang..terbau bau kat idung ni..thank Che Mat penyumbang resepi dan juga Kak Ummi yg share kan resepinih...pssttt Kak Ummi lieza copypes yer...


IKAN GORENG SAMBAL TEMPOYAK
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)


3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.


Yang ni ikan kembong

SEKIAN SAHAJA UTK N3 YANG TERTUNDA..lepas ni nanti adalah menu siaran langsung

2 comments:

tun_telani said...

satgi kene kira brp byk n3 arini..hihi..
sedapnyer ikan nih.. tp susah nk cari daun kunyit. sedih sedih..

Ezadlieza said...

Tun...abih dah kira tu....hehehe tak byk mana pun tun sikit jer yg tertunggaknya..huahuahua...Tun susah ke kat sana daun kunyit?..tanam ler tun...takpun beli byk2 letak dlm peti sejuk beku..tahan lama..