Thursday, May 12, 2011

Sambal Leeks Dengan Telur SkyBlue's


Semalam masa buat BW...sempat ler lieza terjah dapur seorang yg cantik manis gituuu tau..Diana@MellyMey..kiranya pestime ler ngendap dapur Diana nih...itupun selepas terbaca N3 K.Nor pasal Blog Diana ni klik SINI...sekali pegi..uishhh mmg byk menu2 yg menarik juga tau..dan salah satunya yg lieza masak hari ni ialah Sambal Leeks Dengan Telur..mmg Idea yg bagus utk masak sayur leeks nih...sedap dan menyelerakan kami laki bini...apa kata jom kita tgk resepi Diana ni yer..

Sambal Leeks Dengan Telur
Sumber dan copy dari : Diana@MellyMey

Bhn²
600 gm leeks _ d hiris
50 gm udang kering _ d rendam dan d tumbuk
3 biji telur
2 tbsp cili boh / cili kering kisar ( guna cili kering yang lebar kalau tak nak pedas yer )
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk pati ayam sekiranya nak bubuh yer( i sentiasa guna perencah pati ayam TUMIX )
Sedikit belacan
2 ulas bawang merah _ d cincang
2 biji bawang putih _ d cincang


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili boh sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  2. Pecahkan telur satu per satu.. Cara memasak seperti membuat Telur Udang Kering yer. Setelah telur masak dan sebati dengan bhn² yang d tumis tadi bolehlah d angkat separuh dan ketepikan.
  3. Masukkan leeks dan gaul sebati dengan separuh lagi telur dan udang kering tadi tu.
  4. Masukkan garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
  5. Masukkan pula separuh telur dan udang kering tadi. Gaul dan angkat.
  6. Hidang.

3 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak liza...
terima kasih kerana sudi mencuba resipi nie... gembira dgr akak suka,.... Alhamdulillah... :)

K.Nor said...

betul kan, rumah diana macam2 adaaaaaaaa......... :)

Ezadlieza said...

Diana...waalaikumslam...menjelma dah komen ni...ari tu ilang...tak sempat nak reply...sama2 diana..akak mmg suka ler masakan ni...lain dari yg pernah akak masak...

K.Nor...mmg betulllll...mcmcm adaaaaa....tak puas juga tgk..