Tuesday, July 8, 2014

Mee Kari



Menu berbuka puasa Lieza bebaru ni...Mee Kari...resepi ni dah pernah Lieza guna sebelum ni(SINI)...tidak lah sekerap kali Lieza masak Mee Kari tp bagi Lieza resepi ni  mmg sedap dan En Hubby pun berpendapat begitu...so apa lagi jom ler cuba try uji dan test...mana la tau kan kot kot kena dgn taste...cumanya kali ni Lieza tak letak kerang tu jer...yg lain semua sama maintain.

Resepi Sumber Dari : Kak Azlita Masam Manis

MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - ita guna batang pinang
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng

Bahan dimakan bersama
Mee kuning
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus 
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai.
Masukkan air dan biar ia didih.
Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali).
Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih.
Masukkan udang, kerang dan fish ball.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tauhu sponge.
Biarkan kuah mendidih
Sedia dihidangkan

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.

 

Thursday, July 3, 2014

Ayam Percik Kelantan

 Ayam Percik ni bukan lah menu berbuka puasa mahupun menu bersahur tp Ayam Percik ni menu sebelum bulan Ramadhan lagi baru lieza teringat nak share sini. Resepi ni Lieza ambil dari dapur yg sama dgn resepi Nasi Goreng Ikan Masin tu..iaitu Dari Dapur 
Sebelum ni Lieza pernah juga buat ayam percik tp menggunakan resepi lain klik SINI yer..bagi Lieza kedua2 resepi ni ada keistimewaannya tersendiri yg tak dpt Lieza nyatakan bezanya...cumanya bagi Lieza kedua duanya mempunyai rasa yg sedappppp dan memenuhi citarasa Lieza sekeluarga...terpulang pada kawan2 yer..nak cuba yg mana satu...
Sebelum terlupa..Lieza panggang ayam ni dgn menggunakan Pemanggang ajaib jer...cepat jer masa memanggangnya. 


Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 4
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Wednesday, July 2, 2014

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai


Kali ni Lieza nak share menu bersahur pulak yer.... Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai
resepi yg di kongsi dari Dapur Azie Kitchen
 Tibalah giliran lieza pulak memanjangkan resepi ni kat sini, terima kasih kepada penyumbang resepi ini. Bagi lieza resepi ni memenuhi citarasa kami juga walaupun pepagi bersahur tp tetap selera....sedapppp..

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Bahan-bahan 

Nasi secukupnya
1/2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih  -di ketuk
8 biji cili padi - diketuk
3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2 helai kailan - lieza gantikan sawi jer stok kailan takder
1 btg kacang panjang - dipotong kecil
Karot - hiris panjang
2 biji telur
Sedikit garam - rasakan dahulu

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.

Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.

Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.

Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan. 

Siap utuk dimakan....

Tuesday, July 1, 2014

Telur Bungkus


Menu berbuka seterusnya iaitu Telur Bungkus resepi yg dikongsi 
Jom tgk resepinya....lieza cnp sahaja ye

Bahan2
3 biji telur
1 ketul dada ayam - didadu isinya saja - lieza gantikan 3sb daging hancur
1/2 batang carrot - potong dadu
1/2 biji cili capsicum - potong dadu 
3 helai daun kobis - racik halus - tak letak
(sayuran boleh digantikan dgn apa2 jenis sayur yg anda suka.. spt kubis bunga, brokoli, buncis atau apa2 sj. kali ni MaDiHaA hanya ada stok carrot & kacang peas dlm tin.. so guna 1 btg carrot & 1 tin kcg peas kecil)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
sos cili
sos tiram
garam sket
perasa
air sikit
minyak
utk sayuran lieza cuma letak carrot dan tomato sahaja...stok yg ada sahaja 
Cara2
-Panaskan minyak, tumiskan bwg putih, bwg besar & cili kisar hingga wangi.
-Masukkan isi ayam, kacau2.. tambah air sikit jer.. kacau kejap biar ayam masak.
-Masukkan sayuran semua kacau lagi.
-Masukkan sos tiram, sos cili.. agak2 yer.. ikut byk mana suka.
-Masukkan serbuk perasa. Masukkan garam jika perlu. Biar kering sket.
-Bila sayuran dah masak.. bolehlah di tutup apinya.

Cara Menyediakan Telur Bungkus
-Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam.. kacau2 bagi rata.
-Sediakan kuali.. lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa.. bubuh minyak sikit sapu dengan daun pandan.. jangan byk nanti tak boleh nak dadar nipis.
-Bila kuali dah panas.. tuangkan telur dlm kuali.. kemudian angkat kuali dan pusing/lenggang kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yerrrr puan2.. panas telinga kuali tu )
-Bila dah masak.. guna sudip terbalikkan telur.. hati2 nanti telur pecah..
-Bila dua2 belah telur dah masak.. tutupkan api.
-Ambil sayuran yg dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dlm kuali yer puan2)
-Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
-Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pd telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur/dlm kuali.
-Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat2 yer nanti jatuh tak tauuuu ) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.. tapi kena pegang kuat2 telinga kuali tu.. dan hati2 jangan terkena tangan anda... kuali tu masih panas.
-Dengan kadar cepat.. terbalikkan kuali tersebut.. maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.. angkat kuali pelan2.. and.. taraaaaaaaaa... jadilah telur bungkus...