Tuesday, May 31, 2011

Kuih Peneram

Kuih peneram ni mmg ler jd peberet lieza sekeluarga..entah macam mana rasa mcam nak cuba buat lak...pernah ternampak resepi ni dari Rosmazamri MyR dan ada ler yg mencubanya juga..termasuk lieza nihaaa...dulu pun pernah juga buat tp guna resepi org lain..tp tak tau mana silap..tak jadi langsung...terus buang...kalau diikutkan kuih ni mmg kena ada skill nak buat bukan salah resepi tp kena 2 3 kali buat..tp memandangkan nak goreng tu pun kena take time maka lieza tak pernah terpk lg nak buat..
tetiba kali ni cam rajin ler sikit..tp tu pun jenuh makcik woooo nak terap peh tu nak gorengnya..sambil melayan si muaz yg dok menyibuk kat dapur...aduhhh berpoloh poloh...tapi alhamdulillah hasilnya agak memberangsangkan...menjadi ler juga dari yg terdahulu tu...sesapa nak cuba bole ler tgk resepi ni yer...yg lieza dah copy dari MyR ni...tetimakasih pada Rosmazamri..(lieza buat suku adunan dari resepi asal)

Bahan-bahan

  • 1kg tepung beras + 2 1/2 cwn tepung gandum - Lieza buat 200 gm + 1/2 cawan tepung gandum
  • 900g gula merah- lieza guna gula apong dan agak2 jer
  • 2 1/2 cwn air- lieza guna 1/2 cawan

Cara-cara

  1. masak gula merah dengan air hingga larut
  2. tapis air gula dan masukkan kedlm tepung yg telah diayak. ( air gula yg masih panas )
  3. kacau dengan senduk hingga sebati ( boleh cek adunan kalau angkat senduk, adunan jatuh bertali tu kira ok la, pastu adunan tu ada gelembong2 udara di permukaan ) boleh tambah sedikit air panas just bilas bekas gula td, then masukkan dalam adunan...paih tu gelembung udara panas akan muncul kan...
  4. perap 3-4 jam pastu boleh terap dan goreng
  5. minyak biar panas betul-betul...bila msukkan kuih dia terus timbul ( boleh slowkan apinyer) alih2kan dan boleh angkat..
Lieza akan cuba lagi buat kuih nih tp kena tunggu Muaz besar sikit..sbb agak lama kena dok kat dapur...ambil masa sikit..ooo..insyaallah..

4 comments:

izahdaut said...

tak pernah buat kuih ni. hubby suke makan. kat pasar mlm kat sini ada jual. mmg laku.

Chik Mimi said...

wahhhhhh tersangatlah ghajenya akak nak makan beli je sbb M maha besaq,kakak akak pernah buat tp tak tahu ler jadik ke idak

Ezadlieza said...

Izah..kat sini takder org jual tgh2 goreng panas2 tu...akak kalau balik kg mesti pergi pasar malam beli kuih nih...uishhh sedapp..suker benor

Chik mimi....kak..ni tetiba rase ghajenjer nih..tp masa nak goreng jd kalut giler..hahahah

Nieza said...

assalam kak lieza! kuih peneram ni arwah tok memang pandai buat...betul ckp akak kalau tak kena gayanya tak menjadi juga..mak sedara ada sorang yg pandai buat yg lain buat semua tak jadi...nieza dulu suka beli jer...sejak dok sini lama dah tak mkn nk buat malas la pulak...hehe