Saturday, April 21, 2012

Paprik Makyong

Dek tergoda dgn menu ni kat dapur Kak Ummi hari tu... fuhhh mmg sedap dan simple...biasanya kalu simple2 pun sedap tau...dan kerna simple tu la terus rajin nak buat...yelahkan bila sesorang nih maleh nak masak yoyo ooo.. buat simple2 jer dah ok.anak2 pun suka sbb lieza cuma letak cili sebiji sebiji gitu tak potong pun... takut anak2 kepedasan
Terima kasih buat penyumbang resepi MakYong MyR dan pengedar2 nya Mas Duniaku..
Kak Ummi Home Sweet Home....ok lah jom lieza memanjang manjangkan resepi ni tepek pulak kat sini yer... lieza salin dari dapur k. ummi yer...


AYAM PAPRIK MAKYUNG
Resepi :
makyong@Myresepi

Sumber: Mas @ Duniaku/


Bahan :

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2 - Mas guna daging (akak guna ayam)

  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk

  • 1 labu bawang besar - dimayang

  • 2 batang serai - dititik

  • 2 biji buah tomato - dipotong 4

  • 5 biji cili padi - ditumbuk

  • bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda

  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

  • bahan2 perasa - Mas letak kiub ikan bilis

Cara memasak :

Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.

Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan Mas letak 1/2 kiub ikan bilis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.

Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.

Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.


2 comments:

tun_telani said...

paprik2 ni mmg sedap. tun biasa kalau keluar mkn kat kedai, ni laa salah satu lauk yg paling kerap tun order, sbb fikir senang nk buat, kalau org kedai tu msk jd x sedap mmg xtau nk cakap apa lah. hehe

dZana said...

akk pun suke masak paprik.. mudah n cepat jer..