Wednesday, April 25, 2012

Ketam Bercili


Sekarang musim ketam laaaa... punya laaa lama tak pergi pasar basah...biasanya evry weekend kalu MR. Hubby ada mesti akan ke Pasar Minggu Satok.. skrg ni dah jarang2 pegi.. kalu pergi pun bila Mr.Hubby balik dari KL...
Tak mau story byk2 ni dia ketam bercili yg lieza masak yg mana resepi ni lieza dpt hasil dari menggoogle dan jumpa ler kat Dapur Periuktanah oleh K.Ann... wahhhh hasilnya suker sgt sgt sgt.... sampai 2 kali ler lieza masak camgini...kalau masak bersantan2 ni agak kurang laju ler kami lakibini nih.. llebih kepada style masakan camni...pun dah ok..
Jom ler kita tgk resepinya...yg lieza copy jer.. terima kasih yer K.ann



Bahan-bahan:

1/2 kg ketam- dibersihkan dan potong ikut suka (k.An belah dua dan potong sepitnya)
Gaul dengan garam dan kunyit dan goreng - sekejap je ye puan-puan sebab ketam ni walaupun bercengkerang tapi bila warnanya bertukar merah, masak le tu isi dalamnya.

Bahan dikisar halus:

3 ulas bawang merah-belah 4
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah -saiz besar

Bahan lain:

2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan (namphla)
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula
membuatnya:

1. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam mangkuk. K.An pecahkan (ketuk) sepit ketam agar mudah bila nak makan nanti.

2. Panskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi (3 minit) Kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Didihkan. Masukkan gula dan kacau kuah hingga pekat. Tutup api dan tuang sos ke atas ketam. Ketam bercili sedia untuk di'kerjakan'....



2 comments:

Chik Mimi said...

Assalam dik lieza,ciannya susah ye nak tinggalkan komen kat umah akak ,akak pun pening kenapa ye,uiks sedapnya ketam ,kat penang mahal ler dah jadi barangan mewah gitu

Nieza said...

sedapnya tgk ketam tu akak..baru 2-3hari lepas nk beli ketam kat sini tapi dah abis stok yg ada cuma ketam batu yg keras tu tak jadi ler beli.tetiba tgk ketam akak lagi ler terliur ni...hehe