Monday, April 9, 2012

Apam Polkadot Lagi


Bebaru ni lieza buat Apam polkadot lagi utk di buat sebagai buah tgn utk menghadiri satu majlis...
Rupanya tak ler secantik mana sbb paper cup nya terbesar ckit...tp alhamdulillah jadi...
Kali ni lieza buat lebih dari satu adunan.. dulu lieza buat setengah adunan jer.. klik SINI


resepi : write2fatin
olahan : nuwairani

Bahan :
3 biji telur gred A (dari peti sejuk) - lieza guna 6 biji telur gred c
2 1/4 cawan tepung gandum - lieza letak 3 cawan
1 1/2 cawan gula halus - lieza 1 cawan
3/4 cawan susu segar - lieza guna 1 cawan
1 sk esen vanila - liea letak 11/2 sk
3 sk baking powder - lieza letak 31/2sk
1 sk ovalette - liza letak 2 sk
filling secukupnya -nani guna jem blueberry - lieza letak filling kaya
pewarna
paper cups medium -nani guna saiz kecil
acuan lompang

Cara :
  1. Masukkan telur, gula, ovalette, esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. -nani mula dengan level 1 kemudian tambah kelajuan sikit2 sehingga no 5.
  2. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima. -nani perlahankan dulu mixer, baru masuk susu dan tepung + baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lebih kurang 7-8 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing2.
  4. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. -masa ni boleh panaskan kukusan.
  5. Sediakan paper cups yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang supaya apam tak melepek nanti.
  6. Picit adunan ke dalam 1/2 paper cup.
  7. Letak filling di tengah2 (guna piping bag supaya kerja lebih mudah).
  8. Picit adunan sehingga 3/4 penuh menutupi filling tu.
  9. Buat dot dot sesuka hati ye.
  10. Kukus selama 15 minit untuk acuan medium. *nani guna acuan paling kecil tu jadi masa mengukus lebih kurang 7 minit dengan api perlahan supaya apam kita tidak mekar ye.

3 comments:

Nieza said...

Assalam kak lieza, apa khabar? lama tak dgr ceter akak. rajin akak buat apam polkadot ni...cantik jer warnanya hijau biru tu.

izahdaut said...

akak.. apa ni tunjuk2 jek. meh bagi sikit... akak kan cam biskut kejap ada kejap tak de. kikiki..

tun_telani said...

rajinnyer menge-dot. apam comel2 gini mmg sesuai wat jd buah tangan.