Bergedil daging burger yg senang nak dibuat ni tanpa disalut dgn telur dan digoreng dgn minyak yg sedikit dgn mengunakan nonstick pan sajer..bagi yg gemor mkn bergedil cuba la try buat...bahan2 pun senang...terima kasih buat Hasue kerna memanjangkan dan kongsi resepi yg enak... nyamannnnn ini...
Sedap dimkan begitu sajaaaaa....tak caya???? ramai yg dah cuba wooooo google jer... berderet2 org dahbuat...jom kita tgk resepinya wokeyyyy...
BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR
Resepi: HaSue@sue-hasue
2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)
Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu).
Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas.
Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.
Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.
Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper.
Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).
No comments:
Post a Comment