Sunday, August 12, 2012

Chocolate Chips Cookies


Biskut ke 2 yg lieza buat Chocolate chips Cookies resepi dari Kak Fida MyResepi...asalnya lieza terpandang dan ternampak N3 MasDuniaku buat biskut ni... tertarik lah utk mencuba respi yg ni...yg mana mas kata senang jer nak buatnya godek2 jer tp menghasilkan biskut yg sedap rangup...
Akhirnya jadi juga lieza buat.. mmg senag dan yg penting sedappppppp... terima kasih kak fida Myresepi dan juga MasDuniaku yg memperkenalkan resepi yg mudah ni.

Chocolate Chips Cookies

Bahan :
lebih kurang 100 keping
190 g mentega - lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor @ icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko ( lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap )
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar - di panggang
1 biji telur - yg sedang

Cara :
Tepung, baking soda, serbuk koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata dan sebati.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung yang diayak tadi, gaul, diikuti dengan choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
Mas bakar 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dulu baru disimpan dlm balang.

@@@@@ selepas diadun.. adunan ini agak melekit tau... jgn panik dan tambah tepung okeyyy sbb memula mmg kena guna sudu utk atur ke loyang tp lelama bila dah kena angin segala doh ni akan bole digentel dan tidak membezakan rasanya.. hasilnya mmg tetap sedap @@@@@@

No comments: