Salah satu menu utk berbuka juga hari tu.... kerap kali dah lieza buat mmg best resepi ni termasuklah sambalnya yg juga sedappp... tp tekak org lain lieza tak pasti la yer... bagi lieza resepi ni mmg kena dgn selera...
klik SINI utk resepi di N3 terdahulu...
Sedap dimakan dgn bebagai jenis ulam ulamannnnnn...
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye
- Sedikit minyak masak
- 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
No comments:
Post a Comment