Sebagai ingatan utk diri sendiri juga utk pembaca sekalian....
lieza nak share artikal dari akhbar Metro Online ni...
KUALA LUMPUR: “Ibu bapa tanggungjawab semua anak. Sudah diterangkan di dalam al-Quran, sesiapa yang melawan atau menderhaka kepada ibu bapa tidak akan mencium bau syurga.
“Itu kalau menderhaka atau melawan perintah ibu bapa mereka. Namun kalau ada yang sanggup mengabaikan ibu atau bapa kandung dan membiarkan mereka bersedih, sudah pasti dosa dilakukan itu sangat besar,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Malah, beliau berkata, jika anak lelaki sudah berkahwin, tanggungjawab terhadap ibu tidak pernah terlucut.“Tanggungjawab anak perempuan yang sudah berkahwin terhadap ibunya terlucut dengan sendirinya jika berkahwin. Namun bagi anak lelaki, tanggungjawab itu tidak pernah hilang. Tiada alasan untuk mereka mengabaikan ibu bapa.
“Meskipun dinyatakan bahawa tanggungjawab anak perempuan terlucut dengan sendirinya bila berkahwin, ia bukan tiket untuk mereka tidak ambil peduli terhadap orang tua. Sebagai seorang insan, kita punya naluri dan sifat kasih sayang terhadap orang terdekat seperti keluarga.Menurut Hassan, sesetengah anak mengabaikan ibu bapa kerana kurang berkemampuan, selain tidak mahu menanggung beban menjaga orang tua yang uzur.
No comments:
Post a Comment