Yahooooooo.....first tryer buat Ayam Penyet...menjadi..sedapppppp..mmg berbaloi recommendation dari K.Nor tu...mmg sedap...nak naknya diperap semalaman pergghhh masa goreng semerbak bebbbbbb....bole buat selalu masak ayam gini...sebut betul betul Ayam Penyet..mmg tak rugi sesapa yg nak cuba resepi ayam penyet ni..terima kasih K.Nor for the recommendation mu itewwww dan tak lupa juga penyumbang asal resepi ini...buat teman2 Lieza share resepi ni kat sini dgn menyalin semula resepi yg marbelesss ni dari dapur K.Nor Secubit Garam.
Psssttttt.....resepi sambal belacan nih mmg lain dari yg lain...tp fuhhhh malatoppppp...memenuhi citarasa Lieza n Mr.Hubby yg mmg suka kepedasan yg melampauuuu.
Sumber : Resepi4U.Com nak tgk kat SINI pun ada juga. klik jer kat link tu yer.
***** utk ayam ni Lieza guna 2 ketul paha yg macam dlm gambar tu, utk nasi lieza makan dgn nasi putih jer...yg lain semua lieza follow cuma kuantiti utk sambal tu lieza kurangkan sbb byk sgt tuh.
Psssttttt.....resepi sambal belacan nih mmg lain dari yg lain...tp fuhhhh malatoppppp...memenuhi citarasa Lieza n Mr.Hubby yg mmg suka kepedasan yg melampauuuu.
Sumber : Resepi4U.Com nak tgk kat SINI pun ada juga. klik jer kat link tu yer.
***** utk ayam ni Lieza guna 2 ketul paha yg macam dlm gambar tu, utk nasi lieza makan dgn nasi putih jer...yg lain semua lieza follow cuma kuantiti utk sambal tu lieza kurangkan sbb byk sgt tuh.
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
- (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)-
- Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.-kite suke! tp hati2 dgn cili tue. Edit ikut selera ye
- Sedikit minyak masak
- 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan
- 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup.
- Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
- Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.
- 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
- 3 ulas bawang putih
- satu btg kayu manis
- dua biji buah pelaga
- satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
- sedikit butter
- garam
- separuh kiub pati ayam/daging
- 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
- Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
- Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
- Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.
1 comment:
salam lieza,
memang sedap nasi ayam penyet ni..
akak dah lama tak buat..selalunya kalau kat sini ayam yang dah digoreng tu, diketuk dengan batu lesung, kasi smashed kan dia..itu sebab dinamakan ayam penyet(sebab kena penyek)..hehehe
Post a Comment