Thursday, February 14, 2013

Roti Poket Crispy





Bebaharu(bukan baru lg skrg "Baharu")hehehee...payah kan...panjang gitu..BAHARU..hmmm..takpelah sukahati ler kan..tp amat penting utk pelajar2 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia...
Berbalik pada tajuk kita diatas Roti Poket yer puan puan, cik cik, adik adik, bapak2, ibuk2 semua lah yg lalu sini...Roti Poket ni mmg mudah nak buat cuma menggunakan Roti Sandwich atau Roti Potong yg digelek nipis...disalut serbuk roti berintikan apa2 sahaja mengikut selera masing...
Utk yg lieza buat ni hanya menggunakan inti dari daging burger, mayonis, Jalapeno Cheese dan sayur kobis jer...tak payah cite panjang ler jom kita tgk jer resepi ni kat SINI dari K.Nor Secubitgaram.
Kalau malas nak selak...jom tgk yg lieza salin nih....

Psttttttttttttt.....Roti Poket ni si Muaz kata Nugget...heheheh sbb serbuk rotinya warna cam nugget..



CRISPY ROTI POKET resipi : K.Nor@SecubitGaram idea resipi : MamaZieza
Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti).  Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..

Tip2 K.Nor
* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun) ** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack).  Api biar sedang2 jer.. *** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.

No comments: