Thursday, May 10, 2012

Kek Batik Coklat


Dah begitu lama lieza tak buat kek yg berasaskan biskut marie ni tau..entah mcm mana terasa tingin pulak bila beberapa minggu sebelum ni ada nampak kat Dapur Ha Sue ada n3 pasal Kek Batik Coklat ni dan bahan2nya mmg dah ada dlm simpanan gobok tu....
Pada asalnya lieza nak buat ikut resepi yg hasue olah dgn meletakkan sebiji telur tu, dimana katanya kalau letak telur tu biskut tu agak lembut la.. mcm kebiasaan tu...tapi hasue kata yg tak letak telur nih iaitu mengikut resepi asal dari Milla MyR hasil kejadiannya mmglain sikit dimana biskutnya masih rangup dan coklatnya rasa ala2 Cloud9 gitu...
Pastukan.. pk punya pk why not lieza cuba resepi asal tu... ni pun dok teracun dgn promosi si Hasue nilah....yg dah berkali kali kali ke berapa die buat Kek Batik Coklat ni...


Dan hasilnya....tadaaaa.....mmg betul kata Hasue sedappp... dgn kerangupan biskut tu yg masih menyerlah dan coklatnya tu dah mcm Coklat Cloud9 gitewwwww... best mmg best ....
Kalu nak tgk kat Dapur Hasue korang klik SINI
siap ada tunjuk cara nak lapis biskut marie tu...wokeyyyy... jom pulak kita layan resepi nya pulak yg lieza copy pes dari Hasue

Resepi Asal dari Milla MyR

Kek Batik Coklat

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
.

1 comment:

tun_telani said...

kak lieza cayang... dh sembuh ke demam semua org? kalau xde selera pun, bila nmpk kek batik ni, sure masing2 laju je makan kan =)