Wednesday, April 14, 2010

Egg Paratha Roll



Roti Paratha ni selain buat Sardin Puff/Tuna Puff segera..bole juga di buat Egg Paratha Roll..Egg Paratha Roll ni resepi asalnya dari Gert....dan dah ramai yg mencubanya..mmg simple, Cepat n Mudah...sesuai dibuat bekpes atau minum petang..kekadang pepagi kalau nak cepat, bole ler buat gini...hari ni bekpes aku buat ler Egg Paratha ni utk bekalan Enas pegi sekolah..merangkap bekpes Mr. Hubby...kebetulan ada lebihan kari ayam..bole ler di cicah dgn kari yer....apapun jom tgk resepinya yg aku amik kat umah K.Nor Secubit Garam yg dah 2 3 hari dapurnya tak berasap..nak tau kenapa pegi ler jelajah dapurnya...so K.Nor lieza nak panjangkan resepi ni pulak kat Dapur lieza yer...

EGG PARATHA ROLL
Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus - tak letak nanti Enas dok belek2 dan tak mkn pulak.
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha - aku guna planta jer
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)
  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.

2 comments:

E-na Zarina said...

Salam..
E-na buat ni juga smlm tp lum n3 lg..hihi

Ezadlieza said...

Salam kembali E-na..

Dah buat yer..meh ler tepek..cpt2..bole liza jamu mata lg dgn egg paratha roll E-na lak...