Sunday, September 27, 2020

Ayam Masak Masam Manis

 
 Ayam Masak Masam Manis

Bahan- Bahan

Beberapa Ketul dada ayam {dipotong kecil} dan dilumur sedikit garam bersama 2 s/b tepung jagung
3 s/b sos tomato
2 s/b sos tiram
2 s/b sos cili
garam secukup rasa
1 biji bawang holland dipotong baji
5 biji cili api dihiris dua

Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji lada besar

Cara Memasak
 
1 - Goreng ayam sehingga masak, angkat dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis

2 - Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram serta bawang holland dan cili api yg dihiris.

3 - Goreng rata dan masukkan ayam serta biarkan seketika, tambahkan sedikit air jika perlu.

4 - Perasakan dengan garam, gula dan taburkan daun sup. Siap untuk dihidangkan.

Friday, September 11, 2020

Ayam Masak Thai

Ayam Masak Thai sahaja hari ini, bertemankan ulam ulaman.

Resepi Sumber: @Leezaramzi

Bahan2

Ayam - di potong kecil dan dilumur garam kunyit dan digoreng.
1 Biji Bawang Besar Holand + 5 ulas Bawang Putih dikisar halus bersama.
5 biji Cili Hijau Besar + 5 biji Cili Merah + Cili api(nak pedas letak byk)
2 Sudu besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Ikan
3 batang serai di racik halus atau dihiris halus
5 helai daun limau purut

Cara2

- Goreng Ayam dan angkat
- Tumis Bawang holand dan bawang putih yg dikisar hingga naik bau/ layu.
- Masukkan Cili yg telah dikisar sehingga naik minyak.
- Masukkan Sos tiram dan kemudian masuk kan ayam yg telah digoreng tadi, kacau balikkan.
- Masukkan Serai, daun limau purut dan sos ikan 
- Masukkan sedikit gula dan garam jika perlu( sos ikan dan sos tiram dah masin)
- Kacau dan sedia dihidang.

Tuesday, September 1, 2020

Ayam Masak Paprik

Anak2 paling suka Ayam masak paprik..
Resepi Sumber : LoveToCook

Bahan - bahan
  • 300gm ayam (Hubby guna bahagian keel ayam) ~ dipotong dadu
  • 5 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1/2 inci halia ~ dicincang
  • 1 biji tomato ~ dipotong
  • 4 1 biji carrot ~ dihiris
  • 1 inci panjang 30gm bunga kubis ~ dipotong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos cili
  • 1 sk sos ikan
  • garam secukup rasa
  • (Lieza tambah beberapa cili api yg diketuk utk tambah kepedasan)

Cara-cara memasaknya :-
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
  5. Masukkan tomato dan daun limau purut, Cili api, kacau rata dan padamkan
# Sayur sayuran boleh dipelbagaikan seperti kacang panjang, buncis atau putik jagung.