Monday, March 31, 2014

Mee Bandung Muar


Kali ni Lieza cuba resepi Mee Bandung Muar pulak..resepi dari Blog Kak Azlita Masammanis...resepi ni berbeza dari yg pernah Lieza buat sebelum ni KLIK SINI utk rujuk resepi lain yg pernah Lieza masak.
Resepi yg berbeza tetapi rasa yg masih tetap maintan kesedapannya...Lieza suka sgt2....terima kasih buat empunya resepi.

MEE BANDUNG


Bahan kisar
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipoton, rendam hingga lembut dan kisar
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
 
300 gram daging ~ potong nipis
sedikit udang fresh 
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula - ita tukar gula melaka
air secukupnya  1 ikat sawi ~ dicelur
2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi
daun sup
tauhu goreng
bawang goreng
1 kiub daging - ita tambah
10 biji fish ball - ita tambah- lieza tak letak


CILI JERUK
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal 
1 sudu cuka

Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.  
Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
Masukkan 3 mangkuk air bersama daging
Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak
Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Ita masukkan terus fish ball, sawi dan tauhu.

Setelah siap semuanya, boleh lah taburkan bawang goreng, dihidang dengan mee, limau kasturi dan juga cili jeruk.


Sunday, March 30, 2014

Ayam Goreng Noorsha


Wahhh...rajin makcik yer..update blog...wakakakakaka...bukan apa, ni mood tgh berasap asap ni.....nanti tetiba mood hilang bukan kata asap hangin pun takder...mmg sunyi ler berhari hari..berminggu minggu takpun berbulan bulan lamaya....
Oklah hari ni Lieza nak share resepi Ayam Goreng yg sodap yg pernah menjadi perbualan hangat di FB dikalangan teman2 blogger masakan suatu waktu hari tu....resepi yang asalnya dari Noorsha dan telah di war warkan oleh Mas Duniaku ini mmg menjadi kegemaran anak2 Lieza...anak2 lebih suka mkn dgn nasi kosong dan sambal belacan...fuhhhh...terangkat weiiii..resepi ni Lieza follow jer apa yg Mas tambah tu.

Sumber : Mas Duniaku
Resepi asal : Noorsha

Bahan : 
 ( agak2 yerk ngan ayam tu )
ayam
kunyit hidup - ditumbuk
halia - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
cili
putih telur
tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam 
sedikit tepung beras - Mas tambah
secukup rasa - Mas tambah
sedikit minyak masak - Mas tambah
sedikit serbuk kari - Mas tambah
sedikit serbuk lada putih aji shiok  - Mas tambah
sedikit sos tiram Manggi - Mas tambah 


Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.

Sekian selamat mencuba....

Saturday, March 29, 2014

Panasonic Mixer Grinder MX-AC400




 Peralatan dapur yg baru Lieza miliki...senyum sampai ke telinga makcik ni weiiii...bila En. Hubby menggoffer utk membelikan Mixer Grinder ni.....apalagi..ok jer la jawabnya kan kan kan....
Tujuan Lieza post N3 ni bukannya nak lagak2 pun yer...takder maknanya pun kalau setakat ada Mixer Grinder ni nak riak riak...
Lieza terpanggil nak letak juga N3 pasal Mixer Grinder ni bila mana Lieza Google masa di awal2 nak cari siapakah  org yg pernah guna benda alah ni punya la tak jumpa...bila google asyik keluar yg dari Panasonic punya iklan jer...jd tujuan Lieza ni hanyalah utk berkongsi maklumat jer ok! not more than that...



Ok seterusnya....haaa selepas dah di keluarkan dari kotak ini ler rupa alat2nya....dari kanan yg dok tenggek atas sarangnya tu kan namanya Plastic Jar ...yg tu adalah utk buat juice dimana didalamnya siap ada penapis sekali jd segala hampas2nya tersekat kat dlm tu....nak blend kelapa utk dapat santannya pun boleh..air soya bean pun boleh..
Kalau you all nak buat apa2 juice dan nak tambah ais pun bole tp kena kluarkan dulu penapisnya...benda alah ni heavy duty yer bole kisar ais...
Ok yg depan sekali tu no 2 dari kanan tu namanya Jar Unit for Blending atau utk pengadunan...yg ni pulak seperti biasa lah nak blend apa apa pun bole juga...dlm keadaan suam2 pun bole cthnya nak blend cili bawang yg kita masak pastu bole jer nak blend..nak blend telur pun boleh dimana kita perlu tukarkan bladenya kepada Whipping Plate.. nak tgk whipping platenya...tgk gambo kat bawah ni....
Ok...2 unit Jar yg terakhir tu yg besar dan yg kecik tu adalah Wet n Dry ..kat belah kiri tu..bole dikatakan sama jer fungsinya..sbb kedua duanya boleh kisar makanan yg kering dan kedua duanya juga bole kisar makanan yg basah juga cth makanan yg kering ...kacang ker...cili kering hingga nak jadikan serbuk ker. kisar kacang hijau, kisar kopi, dan lain2 lagi lah yg you all nak kisar supaya sesuatu makanan tu jd serbuk..
Kalau makanan yg basah pulak you all bole kisar daging ke ayam ke udang ke....
cuma bezanya kalau korang nak kisar byk gunakan yg besar..kalau sikit mcm nak buat sambal belacan utk 2 org makan tu guna je lah yg kecil...begitulah seterusnya.

Ok ini diantara aksesorinya...no 1 dari atas tu namanya Fruit Pusher (Penolak buah) tujuannya ialah utk menolak buah ke arah blade..
No. 2 dari atas tu...ialah spatula utk you all korek2 segala dlm balang tu..dan kat blakangnya tu built in pemutar skru utk kita tukar blade.
dan akhir sekali tu yg bulat tu...itulah Whipping plate yg Lieza katakan td tu...utk digunakan sewaktu kita nak adun telur...
Confius tak?? tak yah nak confius2 senang jer once you all dah ada benda ni pandai ler nanti korang nak kerjakan...yg penting you all kena tahu alat ni mmg heavy duty.

Ok ini la rupa controllernya(switch buttons) yer puan puan..




Ok yer puan puan sekalian...ni cthnya...Lieza nak buat bumbu nasi goreng dan rasa malas nak tumbuk jd apalagi kita kluarkan la Jar yg kecil sekali tu masukkan bahan2nya..dan kemudian lieza pilih mode Pulse jd lah mcm kat gaambar bawah ni....kalau nak hancur lg you all bole pilih mode no 2 takpun 3 terus kat switch buttons tu...haaa kan senang kerja kita...yg bestnya  kejadiannya adalah sama seperti kita guna kan lesung...yelah kan kekadang mak kita slalu ckp..eh tumbuk la lg sedap rasanya...haaa camtu lah...skrg kita campak jer dlm mixer grinder ni.
Bila kita guna mixer grinder ni tidak menghilangkan  rasa mcm yg kita tumbuk hokey..sama jer...dont worry..mmg berbaloi..




Dah siapppppp...




Sekarang tiba lah masanya Lieza ucapkan selamat tinggal pada Philip Twist ni yg dah 10 tahun berjasa dgn Lieza utk kerja2 menyiapkan masakan Lieza hari2...kalau bukan kerana Philip Twist ni dah hampir rosak tak mungkin Lieza cari penggati lagi....bila mana Lieza guna blender yg kering tu tetiba kluar api la pulak tu yg ngeri makcik ni oiiii...walau apa pun Philip Twist ni pun satu brand yg terbaik juga bagi Lieza sbb dah 10 tahun Lieza guna, dan kisahnya Philip Twist ni adalah hadiah perkahwinan Lieza pd tahun 2004 pemberian dari beberapa org sahabat dari tempat Lieza pernah bekerja dulu di UEM Builders  (you know who are) terima kasih kat you all yg menghadiahkannya utk Lieza dan amat2 berguna sekali  selama 10 tahun ini...., Lieza mmg tak pernah beli Blender pun.. hanya menggunakan Philip Twist ni sahaja....oooooowhhhhh sedihnya...kenangannnnnnn..
Terima Kasih kalian dan Good Bye Philip Twist...Jasa Mu ku kenang...


###Penerangan Lieza diatas adalah berdasarkan apa yg Lieza guna pakai yer kawan2..jika ada info atau maklumat yg Lieza terlepas pandang boleh lah sekiranya kawan kawan komen dan share.

Opppsss..kalau kawan2 nak tgk video cara2 nak guna kawan2 bole juga tanya jer Encik Google yer nanti akan keluar youtube Masterchef Selebriti kita iaitu Dato Fazley mengunakan Panasonic Mixer Grinder.

Friday, March 28, 2014

Ayam Masak Halia


Kadang kadang menu yg simple2 macam ayam masak halia ni diserta kan sambal belacan nasi panas pun dah cukup tau...makan pun bole terlupa sesaat org sekeliling...sesaat jer tau....tak lebihhhh...
Oklah tak mau merapu byk2 sgt..jom kita layan resepi Ayam Masak Halia ni yer...
 Hasil menggoogle lieza ambik resepi ni dari Kak Yatie Sinarkehidupanku

Resepi Asal dari Chef Hanieliza

Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Wednesday, March 26, 2014

Puding Karamel Azie Kitchen


 Puding Karamel ni dah 2 minggu lepas Lieza buat....Lieza buat dlm loyang besar dan bila nak makan hanya ceduk2 dgn senduk jer..maka mcm tu la rupa dan keadaannya Puding karamel ni.....tapiiiiii....jgn dinilai dari rupa tau...sbb rasanya mmg sedap....seperti yg  Mas dari Duniaku katakan...terima kasih share resepi ni...(nak tgk yg Mas buat dlm bekas kecil2 boleh klik link tu yer)

 
 



Puding Karamel - Resepi II
Oleh: Azie Kitchen
Untuk: 20 bekas


Bahan :
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 telur - buang mata
Esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir - untuk dijadikan gula hangus
3 cawan air - untuk dijadikan gula hangus
 (Jika nak buat dlam loyang besar dan berniat utk mengurangkan air anda kena kurangkan jumlah gula juga...)

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Gula hangus ni memang cair yerk...
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.
 


Tuesday, March 25, 2014

Mee Hailam


Bila tekak dah jemu nak menjamah nasi makanya Mee Kuning pulak menjadi mangsa seterusnya...

Terfikir nak buat Mee Hailam utk hidangan hari ini...resepi ni utk 2 org makan sahaja jika nak buat byk ganda ganda kan lah dari resepi asal ni yer...asalkan menepati citarasa sendiri...

Sumber :  Intanredha MyR

Bahan-bahan ( 2 orang makan ) 

  • Sedikit daging lembu dihiris nipis. (Ikut suka berapa banyak. Kalau suka banyak, letaklah banyak, kalau tak, letaklah sikit. Kalau nak masukkan ayam boleh gak.
  • 10 ekor udang (sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya)
  • Bawang merah besar ( 1 labu - yang sederhana je dicincang)
  • Bawang kecil 2 ulas. (dicincang halus)
  • 1 sudu makan lada hitam (kalau nak pedas tambahlah lagi - ditumbuk, tapi janganlah sampai hancur sangat)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah)
  • bunga kobis
  • sawi
  • lobak (dihiris ikut bentuk sesuka hati orang yang masak)
  • 2 mangkuk air (air ni boleh tambah ikut banyak kuah yang kamu suka. tapi kalau kuah banyak kena tambah tepung jagung sikit lagi ( ikut kesesuaian kepekatan kuah)
  • Sedikit garam (jangan banyak sebab dah ada sos tiram dan kicap
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .(daging kalau rebus asing boleh juga tapi nanti kurang manis)
  3. Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap. Biar mendidih sekejap
  4. Masukkan udang
  5. Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Bila sudah agak pekat, tutup apinya.

Monday, March 24, 2014

Ikan Kembung Masak Taucu


Assalammualaikum......

Ikan Kembung masak taucu lagi la nampaknya  kali ni....pabila sudah buntu encik Google la kebiasaannya memberi cadangan...tak susah taip jer..kan kan kan..soo bila dah kluar pilih jer yg mana rasa berkenan di hati..kan mudah...
Dan menu yg menjadi pilihan Lieza ialah
Ikan Bawal Masak Taucu Bersama Terung Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
tapi lieza guna je la ikan kembung dan masukkan timun didalam....
 

Resepi Asal : Ikan Bawal Masak Taucu Bersama Terung Sumber resepi:
 Bahan-bahanya
2 ekor ikan bawal saiz sederhana ( potong dua bahagian) - ikan kembung
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar taucu
sedikit air asam jawa
1 biji terung panjang ( dibelah dua dan dipotong beberapa bahagian) - letak timun je
1 biji lada merah@lada hijau ( dihiris halus)
1/2 biji bawang besar ( dihiris nipis)
2 biji bawang merah

5 ulas cili padi ( jika mahu lebih pedas boleh tambahkan kuantitinya)

Cara-caranya

1. Goreng ikan bawal hingga garing dan ketepikan, kemudian goreng pula terung separuh masak, Hiris atau cincang halus, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia, kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh, kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan.

2. Selepas itu masukkan taucu dan kacau sebati, jika terlalu kering boleh masukkan setengah cawan air, kemudian masukkan pula ikan bawal dan terung yang telah digoreng tadi.

3. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa hirisan bawang besar dan hirisan lada merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau lagi, setelah lada merah dan bawang besar agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Saturday, March 1, 2014

Ikan Tilapia/Talapia Goreng Berlada



Assalammualaikum...

Kali ni Lieza nak share menu Ikan Tilapia atau Talapia Goreng Berlada, tapi share tgk dan juga share resepi je lah yer...
Bunyinya cam sama Goreng Berlada tapi yg lainnya ialah cara penyediaan bumbu tumisannya agak berlainan sedikit, ini bagi diri Lieza la yer sbb baru kali ni Lieza tgk cara yg berlainan dari yg Lieza buat sebelum ni, jadi apa salahnya kita cuba kan.


Haaaa utk resepi ni mmg ada kelainan rasanya tau...kalau tak caya cuba la dulu baru tahu perbezaannya....
Resepi ni Lieza ambik dari Dapur Periuktanah...terima kasih buat Kak Ann yg share respi yg mudah dan sedap ni...

Bahan- bahan

2 ekor ikan tilapia saiz sederhana (hitam atau merah...dua-dua boleh)- siang dan bersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi
**4 biji cili merah saiz XL
**4 biji cili hijau saiz XL
**3- 5 biji cili padi akar -ikut citarasa pedasnya
Bertnda** biarkan sebiji-sebiji, tak perlu dipotong

1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
1/2 sudu teh belacan siap dibakar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih- kupas kulit sahaja, tak perlu dihiris
1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang

sedikit minyak dan air
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkatdan ketepikan

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawangmerah dan bawang putih selama 3 minit atau bahagian luar cili dan bawang layu. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering. Kalau ditumbuk lagi bagus sebab kita tak nak tekstur sambal terlampau halus.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit air. Masukkan asam jawa xtraAdabi (atau 1 sudu besar air asam jawa) dan tumis hingga sambal pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.

4. matikan api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan... sedia dihidang..