Friday, September 11, 2020

Ayam Masak Thai

Ayam Masak Thai sahaja hari ini, bertemankan ulam ulaman.

Resepi Sumber: @Leezaramzi

Bahan2

Ayam - di potong kecil dan dilumur garam kunyit dan digoreng.
1 Biji Bawang Besar Holand + 5 ulas Bawang Putih dikisar halus bersama.
5 biji Cili Hijau Besar + 5 biji Cili Merah + Cili api(nak pedas letak byk)
2 Sudu besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Ikan
3 batang serai di racik halus atau dihiris halus
5 helai daun limau purut

Cara2

- Goreng Ayam dan angkat
- Tumis Bawang holand dan bawang putih yg dikisar hingga naik bau/ layu.
- Masukkan Cili yg telah dikisar sehingga naik minyak.
- Masukkan Sos tiram dan kemudian masuk kan ayam yg telah digoreng tadi, kacau balikkan.
- Masukkan Serai, daun limau purut dan sos ikan 
- Masukkan sedikit gula dan garam jika perlu( sos ikan dan sos tiram dah masin)
- Kacau dan sedia dihidang.

No comments: