Monday, February 20, 2012

Banana Chocolate Cake

Kek coklat lagi??? tapi ni bukan sebarang kek coklat yer....kek coklat ni berpisang tau dan lieza rasa kek ni mmg sedap mmg patut pun diberi 5 star oleh penggemar kek coklat berpisang nih..kek ni juga moist sgt sgt.. mmg besh lah...semasa membakar harum pisang tu semerbak satu rumah...sesiapa yg suka kek coklat berpisang jom ler cuba, mmg berbaloi baloi...
Resepi ni lieza ambik kat rumah Mamafami dan mamafami pulak ambik dari Joy Of Baking dan lieza pasti mesti dah ramai yg pernah mencuba resepi ni.. cumanya lieza jer yg baru nak cuba..ok jom tgk resepi dan cara yg mudah ni..

CHOCOLATE BANANA CAKE
Source : Joy of Baking

Ingredients :

2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
3/4 cup (75 grams) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2 cup (120 ml) milk
1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
1 1/2 teaspoons vanilla essence

Method :

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.

.

Pada sesiapa yg nak letak coklat ganache frosting bole cuba resepi dibawah ni yer yg lieza copy juga dari dapur Mamafami...utk kek ni lieza pun tak letak ganache juga sbb kek ni mmg dah sedap walaupun tak letak ganachenya.

CHOCOLATE GANACHE FROSTING (I didn't do this but just for my notes, I'll just paste it here as well)

8 ounces (227 grams) semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon (14 gram) unsalted butter

Garnish : (optional)
Dried banana chips

Method :

Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just to a boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When Ganache has completely cooled, beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.

Thursday, February 16, 2012

Super Fudgy Brownies

Hari ni lieza nak buat satu menu yg simple mudah nak buat tp sedap..utk bekalan Enas ke sekolah esok.. sbb katanya ada sambuta maulidur rasul disekolahnya..
Tertarik dgn Brownies yg K.Nor dok tayang hari tu.. nampak senang nak buat bahan pun ada..apalagi lieza godek2 ler sambil tgk cite telenovella Bella Calamidades..
Beberapa minit kemudian siapppp...cam tak sabar tau nak ngap..bila tiba masanya.... lieza ngap dan ngap... fuhhhhh sedap la... terasa chewy gitu.. ish mmg sedap bagi penggemar coklat tau.... tak rugi tau kalau cuba...resepi ni K.Nor kata dari Kak CT Delima yg K.CT telah olah dari sumber Martha Stewart..terima kasih buat semua yg share resepi yg sedap nih..dan lieza nak share kat sini pulak yer k.nor...copy yer yer yer..
SUPER FUDGY BROWNIES
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor
Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)- lieza guna buttercup dan skip garam
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips
Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips - lieza skip sbb anak2 tak suka
Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)
* K.Nor hanya guna 200gm gula perang dan bakar dgn suhu 170C - lieza pun letak 200 gram gula perang.



Tuesday, February 7, 2012

Kuah Yong Tau Fu


Dah lama tak makan yong tau fu..jadi hari tu lieza buat ler sikit utk melepaskan rasa teringin tu...senang sgt nak buat kuahnya...bahan2 lain tu ikut suka la..apa2 pun bole segala bebolal pun bole...jgn bola sepak..bola hoki sudahhhhh...nak tambah kangkung pun boleh..telur puyuh pun bole...alaahhh cam kat pasar malam tu lahhhh....buat sendiri ni rasa puas sikit..nak pedas ke nak byk ke nak sikit ke...semua boleh adjust sendiri kan...
Kuah ni dah byk kali la lieza buat tp kekadang malas nak letak n3 sbb dah byk kali tp kali ni sajer la rajin nak letak kot2 ada yg terlepas pandang kan...bole korang rujuk...resepi dari Minami Myr dan klik SINI utk n3 lieza yg lepas..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


Monday, February 6, 2012

Butter Bread Pudding


Semalam lieza ada buat butter bread pudding ni...masa dok godek dapur Dayang Jack tu ternampak la menu ni..tgk bahan2 senang jer dan dah mmg sedia ada susu..roti dan lain2nya..lieza ni kalau dikutkan bukan ler gemar sgt puding cam ni...tp bila tgk cam sedap jer dan caranya cam lain jer....rupa2nya puding ni dah ramai juga org buat...sekali tgk K.Nor pun dah mendahului mencuba butter bread pudding nih..pastu kat dapur Sheila Nshafeareen pun ada juga....siapa lg yer dah cuba...apa pun jom kita tgk resepinya yg lieza copy dari Dapur K.Nor...tp menu ni lieza buat separuh adunan jer...dan alhamdulillah Enas suka sgt lebih2 lagi masa panas2...dan lieza yg tak suka mkn pun jadi suka sbb lain dari yg lain..

BUTTER BREAD PUDDING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
8 keping roti
2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
mentega secukupnya
peanut butter secukupnya ~ k.nor gantikan dgn chocolate spread - lieza guna peanut butter
chocolate rice / chocolate chips secukupnya
kismis secukupnya - lieza tak letak
sedikit parutan kulit oren sunkist - optional - tak letak juga

Bahan A :
2 cawan susu segar/susu cair - lieza guna 3/4 cwn susu segar dan 1/4 air
1 sudu besar gula kastor
3 biji telur - lieza guna 2 biji
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B :
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
Potong roti kepada 4 bahagian.
Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Dibawah ni yg diolah sedikit oleh K.Nor
* k.nor guna 1 1/4 cawan susu cair + 3/4 cawan air
** kaedah k.nor bakar, 25 min pertama k.nor bakar cara water bath (spt dlm kehendak resipi).
kemudian keluarkan loyang berisi air dan juga loyang berisi puding roti.
masukkan balik loyang berisi puding roti dan bakar spt biasa utk 10 min lagi.


Sunday, February 5, 2012

Ayam Masak Pedas Simple


Bagi penggemar masakan yg simple tp sedap bole ler cuba menu ni...bagi lieza kalau makan nasi dgn lauk nih jer dah memadai..kena pulak nasi panas2...perghhhhh...Mr. Hubby lieza mmg suka menu camni...

Ayam Masak Pedas Simple


Bahan bahan
  • 3 ketul dada Ayam - Dipotong nipis atau ikut suka nak tebal mana
  • 1 Labu Bawang Besar - dipotong baji
  • 2 s/b Cili kering yg dah dikisar
  • 6 Biji Cili Padi - di ketuk
  • Cili Merah - dihiris
  • 2 Ulas Bawang Putih - diketuk
  • sedikit halia - dihiris
  • 1 s/b Sos Ikan
  • 1 s/b sos tiram
  • Garam dan Gula
  • Minyal utk menumis

Cara2

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kering kemudian masukkan ayam.
  3. Masukkan sos ikan serta sos tiram dan cili padi dan cili merah
  4. Jikan nak kuah yg byk bole ditambah sedikit air.
  5. Garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih

Saturday, February 4, 2012

Ikan Siakap Kukus


Hari tu lieza masak Ikan Siakap Kukus..rasanya kalau nak kukus ikan ikan siakap lah yg paling sedap bila dikukus...tu citarasa lieza lah..sbb isinya lembut dan putihhhh jer...utk resepi ni lieza masak separuh dari seekor...hmmm cukup ke? cukuplahh utk sekali makan tgh hari kami berdua..itu pun jenuh juga nak ngabihkan...
Resepi ni lieza amik dari Dapurku Sayang Dayang Jack..tapi ada yg lieza skip sbb tak der stok ...cthnya tomato..takpelah janji sedapppp....sesapa nak cuba silakan..sedapppp woooo..ada rasa masam manis...mkn dgn nasi panas2...sambil kunyah cili padi....fuhhhh sedappp sedappp...thanks dayang...


Ikan Kukus/Stim

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

Friday, February 3, 2012

Cucur Pisang Vs Cucur Durian

Pagi ni nak tayang kisah si cucur pisang dan cucur durian yg mana bayangannya pun dah tak nampak, bermakna...tiada dalam pinggan atau dimana2..yg ada hanya lah gambar sebagai bukti pembuatannya....ngeh ngeh ngeh....dan yg paling jelas ini ada lah menu tertunggak...

Ok lah...kita cite pasal cucur pisang ni dulu...biasanya lieza buat guna satu resepi jer yg sebelum ni kalau buat cucur pisang lieza letak soda bikarbonat..tapi kali ni try resepi lain yg menngunakan baking powder....pun lieza suka juga..kedua2nya mmg meninggalkan kesan terbaiiikkkkk dia anak tekak....ehhh kisah cucur pisang pun nak kecoh ke?? ishhh mestilah kan..apa2 saja resepi yg lieza cuba dari teman blogger lain, lepas tu memenuhi citarasa mesti lah nak share juga kat sini...mungkin ada org yg diluar sana masih tak tahu nak buat cucur yg sedap dan sebagainya lah kan....dulu2 pun lieza pun tak tahu camner nak buat cucur pisang yg cantik isi dalamnya supaya tak benyek2....skrg ni alhamdulillah byk resepi2 yg dikongsi oleh teman2 bloggers semua yg sangat berguna buat lieza...thanksss
Cucur Pisang ni lieza guna resepi dari E-Na Lovely Kitchen sesapa yg belum pernah pergi dapur beliau pergi ler singgah2 cuci mata yer...

JEMPUT-JEMPUT PISANG (4 orang)
Sumber : E-Na Lovely Kitchen

Bahan-bahan:-
• 1 cawan pisang yang dilenyek (2 atau 3 biji bergantung pd saiz)
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 1 sudu kecil baking powder
• minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali minyak ke dalam bekas. Kacau biar
rata.
2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik 2 sudu dan ceduklah
sikit-sikit dan masukkan ke dalam minyak panas.
3. Selalu balik-balikkan supaya jemput2 ni bulat dan comel.
4. Goreng sampai perang. Alas jemput-jemput dengan kitchen tissue selepas di angkat
dari kuali.
5. Siap untuk dimakan sebagai hidangan minum petang atau untuk breakfast.


Haaa ni cucur durian, pestime lieza buat cucur durian nih....sebelum ni tak pernah umur pun buat...wahhhh mmg berbaloi lieza buat, sedap juga rupanya...haiiii jakun sungguh lieza ni kan...org dah lama makan, lieza baru jer nak try...ini kes nak ngabihkan stok durian sebelum menjadi tempoyak dan hasilnya sgt berbaloi mencuba...resepi ni lieza guna resepi dari CMG Dapur Tanpa Sempadan
terima kasih...


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan gula halus
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan isi durian, lecek halus
1 1/2 cawan air (atau secukupnya)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa, mat guna 1 camca besar adunan untuk sebiji cucur, goreng 10 - 12 biji sekali buat, bergantung pada saiz kuali. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Hidanglan untuk minum petang...

Thursday, February 2, 2012

Nasi Lemak Tumis


Pertama kalinya nampak Nasi Lemak Tumis ni kat Dapur Izah Mapin...saborjer duluuu...ehhhhh tak sampai beberapa hari dah merebak bagaikan virus nasi ni menyerang...perghhhh dasatttttt..dan akhirnya lieza pun sambut juga virus nasi lemak tumis ni...perghhh sedap harum semerbak baunya...sesekali kan kalau buat kelainan pada nasi lemak ni mmg bebaloi..sedapppp...terima kasih pada penyumbang resepi dan penyebar2 virus nasi ni...heheheh...Izah..akak pun terjebak dan teracun dgn kata2 manis pasal nasi ni..tp mmg berbaloi dan sedap la izahhhh...akak nak minta izin nak sebar2 kan kat sini pulak...

NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Portugese Egg Tart - updated


Menu yg dah finish yer...baru nak post sini...hehehehe..biasalah...byk yg menghalang utk ngadap blog nih...bz dgn anak2...mcm2 ler...tp tak per..lieza share juga resepi Portugese Egg Tart ni walau pun dan abih dan tak nampak bayangnya lagi..tp resepi tetap ada tak gituuuu...taaaaapiiiiii lieza letak gambo dulu yer....nanti baru letak ler resepi...nanti sambung semula.....to be contd..

Bagi yg tak tau..ni ler puff pastry yg digunakan utk buat Portugese Egg Tart nih..bole didapati di supermarket Giant..

Oklah resepi Portugese Egg Tart ni lieza guna pakai resepi yg diolah oleh Mas Duniaku dan juga Noorsha 1001 Cerita 1001 Rasa...resepi ni lieza copy dari dapur Noorsha..utk resepi yg di bawah lieza hanya buat separuh adunan jer....

RESEPI TART TELUR PORTUGIS @ PORTUGUESE EGG TART

*Noorsha wat 1/2 adunan saja :) -


Bahan Untuk Crust :
1 paket puff pastry

Bahan filling :
1 cawan susu cair @ susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus (Noorsha letak 3/4 cwn saja)
1 cawan air
1 tbs tapung kastard(next time bubuh 2sb) - lieza letak 2 sb(terasa kastardnya sedapppp)
½ tsp vanilla essence



Cara membuatnya :

Untuk buat crust :
Ambik sekeping puff pastry dan tekan2 rata puff pastry ke dalam bekas tart. (Noorsha gelek dulu puff ni supaya nipis...so bila masak nanti ia tak terlalu mengembang dan adunan telur tak membuak tumpah).... Jika wat dalam mould tart,sekeping puff pastry tu boleh dapat 2 biji tart telur. Kalau pakai ramekin macam Noorsha, sekeping puff pastry cukup untuk sebiji ramekin, x perlu dipotong ya.. :)

Cara buat filling :
Pukul manja gula dan telur biar sebati.
Masukkan semua bahan filling yang belum lagi dimasukkan. Kacau hingga sebati dan tapis adunan filling tadi.
Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yang diletakkan puff pastry tadi.
Bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.
Selamat menjamu selera!