Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, August 20, 2012

Anak tak Cium Syurga


Sebagai ingatan utk diri sendiri juga utk pembaca sekalian....

lieza nak share artikal dari akhbar Metro Online ni...


KUALA LUMPUR: “Ibu bapa tanggungjawab semua anak. Sudah diterangkan di dalam al-Quran, sesiapa yang melawan atau menderhaka kepada ibu bapa tidak akan mencium bau syurga.

Itu kalau menderhaka atau melawan perintah ibu bapa mereka. Namun kalau ada yang sanggup mengabaikan ibu atau bapa kandung dan membiarkan mereka bersedih, sudah pasti dosa dilakukan itu sangat besar,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Malah, beliau berkata, jika anak lelaki sudah berkahwin, tanggungjawab terhadap ibu tidak pernah terlucut.

“Tanggungjawab anak perempuan yang sudah berkahwin terhadap ibunya terlucut dengan sendirinya jika berkahwin. Namun bagi anak lelaki, tanggungjawab itu tidak pernah hilang. Tiada alasan untuk mereka mengabaikan ibu bapa.

Meskipun dinyatakan bahawa tanggungjawab anak perempuan terlucut dengan sendirinya bila berkahwin, ia bukan tiket untuk mereka tidak ambil peduli terhadap orang tua. Sebagai seorang insan, kita punya naluri dan sifat kasih sayang terhadap orang terdekat seperti keluarga.


“Apabila sifat dan naluri ini hilang, perkara sebegini akan terjadi,” katanya.

Menurut Hassan, sesetengah anak mengabaikan ibu bapa kerana kurang berkemampuan, selain tidak mahu menanggung beban menjaga orang tua yang uzur.

Wednesday, April 11, 2012

My New Gadjet S



Tadaaaaas....ni ler Mr Singer gadjet terbaru yg dibeli oleh Mr. Hubby, model ni menggunakan 3 benang... utk jahit tepi biasa.....dan juga ada optional tapak yg dijual di kedai2 Singer.
Selain yg 3 benang ada juga model yg 4 benang yg mana model 4 benang boleh jahit tshirt
dan guna twin needle. Cuba tgk tshirt2 korang jahitan yg disambung cam jahit tepikan.. haaaa camtulah jdnya kalu guna model yg. 4 benang tu... ni mengikut keterangan oleh jurual singer yer..
Memandang masa bilanya lieza nak buat tshirtkan so beli jer la yg model 3 benang ....ni pun dah ok dan senang digunakan...harganya pun reasonable la...dlm RM 1252.00 cash ni harga model yg 3 benang 1 jarum dan kalau yg 4 benang 2 jarum tu lebih RM 100 dari harga yg 3 benang gitu...
Amat berbaloi kalau ada mesin jahit tepi ni...tak yah ler susah2 nak pergi kedai nak anto jahit tepi
kan...dan utk memudahkan lieza Mr. Hubby pun decided utk beli satu utk kegunaan lieza...
Happyyyyyyyy youuuu....selain memasak ni...menjahit pun satu terapi buat lieza...seronok bila tgk hasil dari tangan sendiri..bila masak boleh dimakan dan bila menjahit boleh diguna dan pakai..


Monday, April 9, 2012

Terlebih Koata 4GB Sudahhhhh...

Shooohhhhh shooooohhhhh.....wahhhhh byknya lelabah buat sawang sini....fuhhhh habuk pun tak kurangnya juga....
Sebenarnyakan mmg agak lama tak ber blog nih...bukan takat tu jer main masak2 pun agak kureng juga dua 3 menjak nih...masak pun main gitu gitu jer...yelahkan bila quantity mulut yg nak beria mkn tu tinggal sorang makanya...makanya apa2 jelah yg nak dimkn asal kenyang perut...
Dah ler lama tak ber blog tetiba timbul pulak Notification dari Pak Celcom yg mengatakan usage dah terlebih 4GB..asal nak buka website mesti kuar notification dari celcom(notification yg berbaur suruh kita tambah utk speed... nak duit ler kan) tp ignore jer lah.. so teruskan je lah dgn speed yg amat perlahan sbb dah terlebih koata tu kan..org kata letak siput pun.. siput lg laju tau...
Jadi terima jer lah seadanya sementar menunggu koata baru yg bermula 8hb... dan hari ni speed dah jd mcm biasa....normal...
Nak tahu kenapa??? oklah gini la kan... 2 3 menjak sebelum ni lieza dok rajin tgk youtube dok tgk cite Bella Calamidades.. sibuk dan excited nak tahu kisah seterusnya..dan juga rajin dan terlebih rajin download segala game kat Apps Store...At last amik koooo dgn mendownload dan tgk youtube bebanyak sampai terlebih sudah koata utk last month...biasanya kalu penggunaan yg normal tanpa byk mendownload dan beryoutube takkan terlebih koata pun... tp tu la kan mmg ngengada makcik nih kan...
Tapi takpelah walau pun terlebih koata tp masih bole buka wesite cumanya di reducekan kelajuan nya jer.. nak upload gambo pun berjanggut tunggu..
Hari ni dah mula koata baru so semuanya dah ok... yahoooooooooo
moral of the story... jgn mengada ngada tgk youtube dowload bagai.. tanpa sepadan yer.... hehehe padan muka kannnn..

Wednesday, March 11, 2009

Muffin

Masih Muffin yg sama cuma letak chocolate chip kat dlm n bekas muffin yg tinggi

Ni Muffin yg pernah aku buat ler ni..Basic Muffin

Utk kengkawan ku...kat bawah ni aku nak share ler info pasal Muffin ni..tp tu bukan hasil jari ku yg menaip tau..aku copy n paste dari salah satu blog masakan juga..aku paste kat sini utk korang yg maleh nak selak2 blog lain tu..saje nak share...kot ada yg maleh tetiba jadi rajin lak bila tgk cara2 penyediaan Muffin yg senang bangat nih...ok ler meh ler baca yer..

Muffin

Secara umumnya memang mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera. Mufin diklasifikasikan sebagai quick bread -quickly made and quickly eaten. Ia selalu dihidangkan untuk sarapan pagi atau untuk minum petang. Membuat mufin adalah ringkas sekali, cuma ikuti dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (muffin method) dan kaedah kek (cake-like method) .Manakala kek cawan pula adalah kek-kek kecil yang diperbuat dari adunan kek mentega, kek span atau lain-lain kek yang bersesuaian. Ini bermakna untuk membuat kek cawan, boleh menggunakan pelbagai jenis adunan kek.Tetapi kebiasaannya, kek cawan diperbuat dari adunan kek mentega seperti kek vanila, kek oren dan sebagainya. Perbezaan yang nyata antara mufin dan kek cawan ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias di bahagian atasnya .Manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising.


Mufin biasanya dibakar dalam tin mufin yang berlubang lapan atau 12. Anda boleh membeli tin ini di kedai-kedai bahan kek. Anda boleh menuangkan terus adunan mufin dalam tin mufin tetapi acuan hendaklah digriskan dahulu agar mudah dikeluarkan. Tetapi untuk nampak lebih cantik, gunakan cawan kertas samada yang kecil atau yang besar. Jika anda memilih cawan kertas tebal yang tinggi, anda tidak perlu menggunakan tin mufin.Susunkan ia terus atas dulang pembakar yang bersesuaian.


Jenis-Jenis Mufin

Terdapat dua jenis mufin iaitu mufin seakan roti (bread-like mufin) dan mufin seakan kek (cake-like muffin). Kedua-duanya mempunyai kaedah membancuh yang berlainan. Bagi mufin seakan roti, kandungan lemak dan gulanya adalah kurang dan isi dalamnya agak padat dan kasar seperti roti. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak masak, minyak jagung ataupun mentega cair. Mufin ini rasanya kurang manis,tidak berminyak dan cepat keras jika disimpan lebih satu hari. Oleh itu mufin jenis ini enak dimakan semasa masih hangat dan tidak tahan disimpan lama.


Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega. Gula dan mentega diputar hingga kembang dan berkerim, kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Tekstur kek lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.


Kaedah Membancuh Mufin

Disebabkan terdapat 2 jenis mufin maka terdapat pula dua kaedah membancuhnya. Kedah membancuh yang betul dapat menghasilkan mufin yang lembut, puncak yang bulat dan cantik bentuknya.

1. Membancuh Kaedah Mufin (Muffin Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan roti (bread-like muffin).Hanya sediakan dua mangkuk. Satu mangkuk untuk mencampurkan bahan-bahan kering dan satu mangkuk lagi untuk bahan-bahan basah. Untuk hasil yang lebih baik, bahan-bahan basah dituangkan dalam bahan kering dan gaul dengan sudu atau garfu perlahan-lahan hingga setakad basah saja.Adunan masih kelihatan berketul. Jangan digaul dengan kasar atau lama kerana glutin dalam tepung akan terbentuk dan menyebabkan mufin liat dan keras. Adunan mufin ini adalah pekat.


2.Membancuh Kaedah Kek (Cake-like Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan kek. Ia mempunyai kaedah yang sama seperti membuat kek mentega dimana mentega dan gula diputar hingga kembang dan berkerim. Kandungan gula dan mentega yang tinggi dalam mufin jenis ini menjadikan ia lembut, gebu dan isi dalam lebih halus berbanding mufin seakan roti. Selepas mentega dan gula dikrimkan,masukkan telur, tepung dan susu. Dalam mufin jenis ini penggunaan air susu lebih banyak berbanding kek mentega biasa. Adunan yang telah dibancuh hendaklah licin dan lembut.


Cara Penyimpanan
Untuk mufin seakan roti, ia hendaklah dimakan segera kerana jika disimpan lama ia jadi keras dan sudah tidak enak dimakan. Mufin seakan kek lebih tahan lama sehingga 2-3 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara atau dibungkus dalam plastik.

Wednesday, March 4, 2009

Perkakas

Bekas ni utk bakar Muffin yg tinggi sikit

Mould utk Tart


Sukatan yg menggunakan cawan..mcm2 ada dari sukatan utk 1 cawan hingga ke 1/4 cawan pun ada ...senang ada benda nih.

Saje ler paste gambo ni kat sini utk sesapa yg tak tau rupanya kan..dah aku ada apasalahnya share kat sini...tul tak....

Lemak sayuran or shortening

Ok..bagi sesapa yg tak tau rupa shortening or lelemak sayuran...ni ler rupanya yer..ni brand crisco..kadang tu ada dijual timbang...benda alah ni ni mcm marjerin tp warna putih...biasanya kalau nak buat donat, roti , pastri tart or kek ada digunakan shortening..