Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Sunday, February 24, 2019

Cucur Badak Mariana Zainal


"CUCUR BADAK"
Resipi sumber : Mariana Zainal

1 kg ubi keledek
Tepung gandum secukupnya
Sedikit garam
Cara..
Rebus ubi keledek hingga empuk.. toskan dan biarkan betul2 sejuk..pastikan sejuk yer.. kalo suam nanti kena guna byk tepung.. x sedap liat.. masukkan dlm besen..tumbuk2kan guna anak lesung sampai ubi sebati.. tabur garam.. masukkan tepung gandum sikit2..hingga x lekat dijari..bulat2kan..masukkan inti..leperkan sedikit.. buat hingga siap dan goreng guna api sederhana hingga garing..
(Jika nk buat frozen.. goreng seketika aje.. biarkan sejuk dan simpan dlm peti sejuk)
Bahan inti
1 biji kelapa parut ( amik putih aje)
3 sdb jintan manis ( tumbuk)
5-6 sdb udang geragau ( basuh bersih dan toskan)
3 sdb gula pasir
1 sdt garam
1 senduk minyak masak utk menumis
Bahan kisar
6- 7 tangkai cili kering ( ikut suka pedas)
5 batang serai
1 biji bawang besar
3 sdb biji ketumbar
Caranya
Panaskan minyak..tumis bahan kisar.. jintan manis.. udang geragau.. gula dan garam hingga naik minyak.. masukkan kelapa parut.. guna api sederhana. . kacau hingga sebati dan jadi seperti serunding..sesuaikan rasa.. tutup api..

Thursday, June 25, 2015

Karipap Doh Tun Telani


Lieza buat karipap sebagai juadah sampingan berbuka,,,,suka dgn resepi doh dari Tun Telani ni, menepati citarasa kami seisi keluarga. 
Bahan-bahan ( dlm 35biji ) 4 cawan tepung 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak) 1/2 cawan minyak (panaskan) 3/4 cawan air 1/2 sudu kecil garam Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin 2 biji kentang besar- dadu 1 labu bawang besar- dadu 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk 1/2 inci halia- ketuk 2 sudu besar cili giling garam/gula secukup rasa 1 biji limau nipis Cara-cara Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak masukkan sardin (sekali dgn sos dia) masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Bahan-bahan ( dlm 35biji )


  • 4 cawan tepung
  • 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
  • 1/2 cawan minyak (panaskan)
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin
  • 2 biji kentang besar- dadu
  • 1 labu bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk
  • 1/2 inci halia- ketuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam/gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara


  1. Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan.
  2. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau
  3. masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan sardin (sekali dgn sos dia)
  5. masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah.
  6. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..
Bahan-bahan ( dlm 35biji ) 4 cawan tepung 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak) 1/2 cawan minyak (panaskan) 3/4 cawan air 1/2 sudu kecil garam Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin 2 biji kentang besar- dadu 1 labu bawang besar- dadu 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk 1/2 inci halia- ketuk 2 sudu besar cili giling garam/gula secukup rasa 1 biji limau nipis Cara-cara Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak masukkan sardin (sekali dgn sos dia) masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan-bahan ( dlm 35biji ) 4 cawan tepung 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak) 1/2 cawan minyak (panaskan) 3/4 cawan air 1/2 sudu kecil garam Untuk Inti: 1 tin sederhana sardin 2 biji kentang besar- dadu 1 labu bawang besar- dadu 2 ulas bawang putih- hiris halus/ketuk 1/2 inci halia- ketuk 2 sudu besar cili giling garam/gula secukup rasa 1 biji limau nipis Cara-cara Untuk doh: panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. Untuk inti: tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sampai naik bau masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak masukkan sardin (sekali dgn sos dia) masukkan kentang dan air yg agak banyak (kene tunggu kentang empuk). sentiasa gaul2. jgn tinggal atas dapur, nnti hangus bahagian bawah. bila kentang dh empuk, perasakan garam n gula. masak sampai kuah kering. tutup api dn perah limau nipis..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Thursday, May 7, 2015

Wantan Goreng


 

First time buat wantan ni, lintang pukang kejadian bentuk wantan ni...tp takpelah janji sodap dan anak๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰ suka sgt..lenkali boleh buat lagi..
resepi ni lieza rujuk di Dapur Tun Telani..sila sila lah bertandang ye.... utk lipatan wantan ni bole tgk kat Dapur Linapg ye..



Wantan Ayam Goreng
resepi: chef sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar - tun guna bahagian dada, dadukan
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair 
  • 1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah(lieza tak letak sayur)
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah (lieza tak letak juga)
  • garam secukup rasa
  • Lieza tambah daun sup dan bawang dihiris halus

Cara2 
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.


Wednesday, March 18, 2015

Apam Mentega


Resepi Apam Mentega yg  selalu Lieza gunakan..dah byk kali Lieza buat apam mentega ni sgt2 sedap..terima kasih kat Sofea dari After 6am.

Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
1 cawan gula castor ~akak ltk 3/4 cawan - lieza pun guna 3/4 juga
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
perap selama 1/2 jam.
panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Sunday, June 29, 2014

Kuih Ketayap


Bulan puasa teringin pulak nak mkn kuih ketayap ni...memandangkan nak buat pun senang jadi Lieza meringankan masa  meringankan tenaga la juga nak buat ni...
Resepi ni dah pernah lieza share dulu..mmg senang mudah dan yg penting kejadiannya mmg kita suka..walau pun lieza sedikit derhaka cuma guna air sahaja. bukan santan tp hasilnya sedap di tekak lieza.


Kuih Ketayap
Lieza dpt 6 biji utk saiz frying pan 8"
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)- lieza guna air jer
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara

untuk inti;
 Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk kulit; 
Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.(lieza guna air terus campur kedalam tepung jer) Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Saturday, April 19, 2014

Masalodeh/Vadai

Selamat berhujung minggu yer kawan kawan....adik adik..makcik makcik dan semuanya....
Semalam adalah cuti Good Friday di sini, jadi Lieza merajinkan diri utk mencuba membuat kuih vadai ni..alhamdulillah menjadi dgn jayanya...rangup di luar dan lembut didalam...syiokkkk wooo bila gigit mengigit dan tergigit cili....perghhhh...sgt2 puas hati dpt dgn byknya..boleh la 4 kali mkn sama byk dengan kuantiti didalam gambar tu yer...yg lainnya liza goreng sekejap dan frozen kan..bukan movie Frozen yer.
Resepi ni Lieza ambil di Dapur Cendana Kasih sgt senang nak buatnya...campak campak jer.....haaaa apalagi pergilah beli kacang dal yer buat cpt...(bagi yg minat ler mkn kuih ni).
terima kasih Cendana Kasih

Bahan-bahan :
300gm kacang dal
1 bj bawang besar - potong dadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari - potong halus
2-3 tangkai cili kering - potong halus
Garam secukupnya
1/2 biji telur
secubit tepung ubi - liza tak letak
Minyak utk menggoreng

Caranya :
- Rendam kacang dal selama 4 jam atau 1 malam
- Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dal didalam blender
- Masukkan bawang dadu, cili kering, daun kari, jintan manis dan lain2. Gaul hingga sebati.
- Basahkan tapak tangan, letakkan 2 sudu besar bancuhan, bentukkan seperti bebola dan leperkan.
- Goreng dalam minyak yg panas sehingga kekunigan.

Friday, January 31, 2014

Waffle

Skrg terasa nak makan waffle bole lah buat sendiri kan...dgn menggunakan Waffle Ajaib adik beradik pemanggang ajaib gitu...senang sgt gunakan waffle ajaib ni..hanya letak diatas dapur gas jer...pandai2 ler adjust api dapur tu yer...

Untuk resepi waffle ni lieza try resepi dari SINI..next time lieza nak follow resepi yg diberikan bersama2 waffle ajaib ni...jom tgk resepi yg lieza copy paste ni.

Waffle
Sumber dari : Sally

Bahan-bahanya:
2 cawan tepung gandum apa2 brand pun boleh..
3 sudu besar butter (Sally pakai buttercup) - dicairkan
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu yis mauri-pan
2 cawan susu full cream Dutch Lady.. u ols nak pakai brand lain pun bleh
1 sudu besar esen vanilla
1 Cawan air panas... (tambah ler sket2 secukupnya. Jgn cair sgt.. jgn pekat sgt.. sedang2 sajer)
Cara-cara membuatnya:

Mula2 panaskan butter... 3 sudu buttercup dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan dengan api yang perlahan. 
Masukkan semua bahan2 di atas bersama butter yg dicairkan di dalam blender .
Air tu jgn masukkan lagi... Blend ler semua bahan2 tadi... agak2 lekat tu.. u ols tambah air panas sikit2.. dan kacau dgn sudu... dan tekan blender tadi... tambah ler air sikit2 smpi ler adunan cantik.. dah siap adunan.. 

Lieza biarkan adunan selama setengah jam baru lah mulakan aktiviti mewaffle.




Inilah rupa Waffle Ajaib tu....bukan sekadar bole masak Waffle..tapi mengikut buku yg di sertakan Waffle ajaib ni juga bole di gunakan utk membuat kuih bakar...cara berlauk dan sebgainyalah kan...ikut kretiviti anda semua...sekian

Sunday, June 16, 2013

Apam Beras

Sudah sekian lama tak buat apam.....disebabkan Muaz suka Apam jadi Lieza buat la biar Muaz makan dgn puasnya....mmg puas sungguh dia makan...sekali hadap 4 ketoi dia makan ni belum lagi sambil main sambil makan....tapi kalau kakak2nya tak brapa nak layan jadi Lieza dgn Muaz jer lah yg berebut makan....hmmm sedappppp wooooo .
Utk resepi ni Lieza buat separuh adunan jer dan hasilnya dpt ler 37 biji guna acuan lompang.

Sumber resepi dari Cha MyR

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi- 1cawan
  • 2 cwn tepung gandum- 1 cawan
  • 2 cwn tepung beras - 1 cawan
  • 1 cwn brown sugar- 1/2 cawan
  • 3/4 cwn gula - 1/2 cawan
  • 2 1/2 cwn air - 2 cawan
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)- kekal 1 sudu kecil
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Monday, October 1, 2012

Donat Gebu Izah Muffin

Assalammualaikum semua.....

Lama tak jengok sini....byk betul kekangan kekangan yg membuatkan tuan umah tak sempat nak hadap blog....masak masak cuba masakan itu dan ini mmg ada tp tak sempat utk di kongsi disini...
Ok ler tak yah buang masa dgn meleret2 panjang yer...
Kali ni lieza nak share satu lagi resepi donat yg lembut sangat..sbb apa lieza kata sangatttttt sbbnya donat ni kalau dah seharian pun masih lembut dan anak2 makan pun kesedapan...bukan setakat rasa sahaja tapi bahan2 yg digunakan mmg mudah tp dpt menghasilkan donat yg lembut yg membelai gigi yg kian longgar...longgarr lah sangat yerrrr...
Resepi donat ni kongsi oleh Izah Muffin Lover...bagi yg tak pernah terjah cer cer terjah yer...terima kasih Izah.....

 
DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: izah

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin


Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.


penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


Lieza mempelbagaikan adunan donat ni buat pizza juga...pun sedap dan lembut....

Wednesday, September 12, 2012

Kuih Ketayap



Pestime buat kuih ni biasanya lieza beli jer...tp teringin buat sendiri dan ternyata lebih puas hati...
Resepi dari Princessharyati MyR ni mmg sedang elok jer utk kami anak beranak yg mkn...

Kuih Ketayap


Bahan-bahan ( 3-5 orang )
utk kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)- lieza guna air jer
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara

untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Wednesday, July 25, 2012

Kuih Lopes - Menu Iftar Ke 4



Semalam lieza buat kuih lopes ni resepi dari Tulip77 MyR, pestime lieza buat kuih ni sendiri..alhamdulillah jd dgn jayanya sedap dan lembut...memandangkan kami ni suka kuih lopes ni jd apa salahnya cuba buat sendiri kan...tak rugi pun bila kita cuba.. dan hasilnya mmg memenuhi citarasa sendiri... ok jom kita tgk resepi yg mudah ni.

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Lieza masak gulai nangka juga resepi dari HaSue.... jom kita tgk resepi.,.

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

600g nangka muda yang sudah dipotong2
1 tangkai cili merah*-boleh je kalau nak tambah cili padi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 sudu mkn belacan* -tumbuk bahan2 bertanda *
3 sudu mkn Kari ayam daging(hasue guna ayam brand)- bancuh dengan 1 cawan air
5-6 ketul sayap ayam-setiap satunya dipotong 4,bersihkan dan toskan.
3 sudu besar minyak masak
100ml susu cair @santan cair
Garam,gula/perasa(jika suka) secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan kari yang sudah dicampur dengan air. Kacau sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak. Gunakan api perlahan..pastikan kari2 betul2 masak.
  2. Apabila kari sudah masak, masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan jus ayam keluar sepenuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan nangka muda dan gaul sebati. Masak dengan api perlahan dan tutup periuk. Biarkan sehingga nangka kelihatan sedikit layu barulah tambahkan air sehingga menutupi paras nangka tadi.
  4. Masaklah sehingga nangka tadi benar2 lembut. 20-30 minit..Tambah air jika perlu.
  5. Apabila sudah masak,tambahkan susu cair atau santan, garam dan sedikit gula atau perasa secukup rasa.
    Biarkan sebati seketika,sebatikan rasa dan padamkan api.
  6. Sedap dihidangkan bersama ikan masin dan bersama lauk2 atau sayur kampung yang lain. Selamat mencuba!


Ikan kerisi masak taucu lieza guna resepi dari Tulip77 MyR juga... sedappppppp woooo.... bykkan cili padi lagi laaaaaa fuhhhh.....

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • 1 batang serai
  • 3 sb taucu kasar
  • 3 sb minyak
  • 700ml air
  • lieza tambah sedikit air asam jawa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam & kunyit. Goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan, masukkan bawang besar & masak hingga agak layu. Masuk pula taucu dan lada, kacau biar sekata.
  3. Selepas 5 minit,masukkan serai dan kacau lagi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa kuah jika tawar blh masukkan sedikit garam.
  4. Akhir sekali masukkan ikan perlahan2 ke dalam kuali dan biarkan ikan terendam di dalam kuah selama 10 minit dengan api perlahan.
  5. Siap utk dihidang, blh dihias dgn daun bawang

Tuesday, July 24, 2012

Kaswi Pandan Lemak - Menu Iftar Ke 2




Salam Ramadhan utk semua... selamat menjalani ibadah puasa buat semua pengunjung2 blog ini sama ada dikenali atau tidak dikenali..
Kaswi pandan lemak ni lieza buat pada hari ke 2 kita berpuasa so menu ni utk juadah berbuka ler...selain tu lauk pauknya lieza cuma masak lemak pucuk ubi dan sambal sotong yg kebanjiran... ada terlebih rajin ckit lieza buat ler 2 ketul Roti John ...
Oklah yer jom kita tgk resepi kuih kaswi pandan lemak ni yg resepi asal dari Kak Besah MyR tp lieza ambik kat Dapur Mas Duniaku..
lieza rasa sudah ramai teman2 blogger yg lain dah mencuba resepi ni... cuma lieza yg ketinggalan ketapi... tut tut tut... kecehhh kecehhhhhh...(merepek pulaknya)
komen utk kaswi ni bagi tekak lieza mmg sedap dan pestime lieza buat terasa lemak2 dan kewangian pandan tu sungguh tergoda...

dengan sg

Kaswi Pandan Lemak
Sumber : HaSue, Kak Q dan Kak Naz

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu - Mas guna tepung jagung
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai - Mas guna 2 cawan air untuk dapatkan kaswi yang goyang2 inul...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 biji telur - x kira saiz
beberapa titik pewarna hijau.

secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur.
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup.
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.
aramecubi.


Resepi lemak pucuk ubi ni biasa2 jer mesti semua org tau buat...begitu juga sambal sotong yg kat bawah ni.... kan kankan



Resepi Roti John ni Klik SINI je lah yer sbb dah berkali2 lieza buat... lieza dah stick dgn resepi dari Hanamemories ni.