Friday, March 30, 2012

Agar-agar Santan


Buat agar2 santan yg ssedap dan mudah dan lagi tak letak telur pun bak kata Izah mmg menten kesedapan dan lemaknya... resepi ni lieza copy dari dapur IZah si pencinta Muffin...mmg sedapppp kan izahhhhhh...

AGAR AGAR SANTAN
resepi: kak Lina-pg


Bahan-Bahan:
1 paket agar2 serbuk 10g
1 ketul gula nipah *izah guna gula kabung
4-5 sb gula
secubit garam
2-3 helai daun pandan simpul
4 cawan air
200ml santan pekat (linapg gn santan kotak ayam brand)


Cara-Cara:
Masak agar2 bersama air, gula nipah dan daun pandan hingga agar2 dan gula nipah hancur.
Tambah gula putih, tunggu hingga gula hancur
Masukkan santan.Kacau hinggan mendidih.Tunggu sekejap.Pastu tutup api.
Tapiskan ke dalam loyang.Sejukkan sebentar.kemudian masukkan dalm esbok

Saturday, March 17, 2012

Baju Kurung Handmade





Kali ni lieza nak share cerita Pasal Baju Kurung Eryna ni... setiap hari Jumaat Eryna akan pakai baju kurung ke Tadika memandangkan baju kurungnya hanya ada 2 helai jd lieza dan Mr Hubby pergilah cari baju kurung yg readymade tp amat lah hampanya sbb baju kurung utk kanak2 tak byk pilihan yg ada cuma baju kurung yg bermanik manik bagai kiranya baju kurung moden l ah gitu, apapun beli la juga sepasang utk Eryna tp masih juga tak puas hati cari ler kain 2 pasang lagi utk ditempah pulak..
Memandangkan skrg mesti org dah tempah baju utk musim perayaan nanti kalu tempah entah bila nak siapnya kan.. jadi lieza terfikir nak buat sendiri lah baju kurung utk Eryna ni org kata bole jimat tak gitu kan...kalau tempah mesti Rm20 - 25 kan dah boleh beli kain sepasang lg..so lieza google2 ler tutorial sbbnya lieza ni bukan ler terror bab2 potong2 kain ni mmg zero lah..at last byk juga tutorial yg lieza jumpa cara2 dari awal utk buat baju kurung ni sampai ler cara mudah utk membuat lubang leher ni dan sebahagian link tutorial ni bole klik kat bawah ni..


Terrima kasih buat penyumbang penyumban tutorial ni sbb lieza dah bole siapkan 2 pasang baju kurung utk Eryna hanya berpandukan tutorial mereka ni...selepas ni tak payah la lg beli yg dah siap atau menempah lg baju kurung utk anak2..jimat, puashati dan bole buat bila2 masa.


Monday, March 12, 2012

Telur Udang kering

Masih mampu nak masak lg walaupun mood asyik terbabas jer...skrg ni amat2 jarang masak beria ia...biasalakan kalau superhero tiada disisi ni... masak pun alakadar ikut selera anak2... selera anak2 lieza ni senang jer... kalu boleh hari2 nak lempeng cicah kari tp mcm kejam ler pulak nak bagi lempeng jer kan..tp tulahkan kalu masak berbagai kang mau cik tong yg kenyang..
Takpelah kita lupakan cerita td.. meh pulang ke pangkal jalan(kata2 hikmat k.nor) hehehe...ni nak cerita pasal resepi telur udang kering ni...menu ni dah beberapa hari terhidang tau kat window blog lieza ni.. bila jeling ada.. bila jeling ada... ni tak leh jd ni meh ler lieza masak tgk pun sedap dan mudah jer nak buat mmg sesuai nak buat bila dlm keaadaan yg cam gini...
oklah resepi ni lieza tgk ada kat dapur Diana Sky Blue's Kitchen dan lieza nak share kat sini juga..


Bahan2

Beberapa biji telur _ ( terpulang nak berapa biji )
Udang kering secukupnya ( bubuh lebih banyak lebih sedap ) _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
Bawang merah _ dicincang
Bawang putih _ dicincang
Bawang besar _ dibelah dua dan dihiris nipis
Cili boh / serbuk cili _ ( Diana guna serbuk cili )
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Cara²

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Campurkan serbuk cili, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan sebiji telur dan biarkan seketika tanpa digaul ( klik SINI untuk rujuk step by step ).
  4. Setelah kelihatan telur separuh masak.. barulah digaul rata dengan bahan² yang telah ditumis tadi. Buat begini sehingga telur habis.
  5. Angkat dan sesuai dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas, nasi lemak atau roti.



Wednesday, March 7, 2012

Muffin Coklat Kukus


Kabare semua...lieza minta maaf la byk2 dah lama tak buat lawatan dari dapur ke dapur.. kadang tu sempat post N3 jer.. dan jeling2 pandang pandang... skrg ni not in good mood...insyaallah ada masa nanti lieza akan dtg buat kacauuuuu mcm mat kacauuuu...
Oklah hari ni lieza buat Muffin Coklak Kukus... yg senang dan sedap...semua ni kerana Eryna Eryna dan Eryna... dah berkali2 suruh lieza buat kek coklat tapi lieza asyik dok tangguh2 dek kemalasan tp tetiba teringat nak buat muffin kukus yg mudah ni yg kacau2 dan campur campur...mana tidaknya asal lieza dok dapur mesti Eryna suruh buat kek coklat... lieza suruh mkn nasi, kek coklat yg dia minta...tp at last dpt ler menunaikan hajatnya tu... wah suka sgt si Eryna.. dlm byk2 kek hanya kek coklat yg die mkn dan suka jd ibunya buatkan lah juga...


Muffin coklat ni lieza pernah ternampak kat dapur Kak Ummi Kuantan dan utk resepi ni lieza hanya buat separuh adunan dan menggunakan acuan kuih lompang yg kecil... adalah dpt dlm 20 biji jer... cukuplah kan..


Jom tgk resepi yg mudah dan sedap ni...

MINI MUFFIN COKLAT KUKUS
Resepi: Maklang Azie
Sumber: CT Delima/Kak Ummi

Bahan A:-

  • 2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*akak guna minyak masak)
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco - lieza tak letak
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel).
#### utk separuh adunan lieza guna 1 cawan susu segar, 1/2 cwn minyak, 1 cawan gula castor, 1 biji telu juga..1 cwn tepung gandum, 1/8 cwn koko, 1/2 sk baking powder dan 1/2 sk soda biksrbonat. hmmm senang kan???#####

Saturday, March 3, 2012

Apam Polkadot


Assalammualaikum.....
Dihari yg ceria lieza nak menceriakan lagi suasana bagi bertambah lagi ceria dgn kehadiran Apam Polkadot dot dot dot....pertama kalinya lieza buat mmg sangat2 berpuashati dgn rasanya yg lembut dan sedap...
Sebenarnya dah lama teringin nak buat.. org kata dah lama dok usha usha sampai ke polkadot dah bertukar ladybird angry bird dan mcm2 ler..tp baru hari ni sampai seru...itupun berpoloh2 makcik niha.. almaklumler bukanya professional dlm bab2 deco ke apa ke.. mmg out terkial2 habis...nasib ler buat separuh adunan, kalu tidak dot dot kemana apam entah kemana...tp sebagai peringatan utk diri sendiri lakan tak boleh buat kalau Muaz tak tido lagi.. biasalakan si Muaz ni yg masih brestfeed lg nih..kang tak pasal2 bantat apam yg nak dibuat... jadi camtu lieza kena pastikan Muaz line clearrrr...kan kan kan kan Muazzzzz..
Berbalik cite apam nikan mmg lembut la mcm kuih putri ayu tekturnya... rasa pun sedap.. utk apam ni lieza letak filling seri kaya jer.. pun dah sedap...dan resepi ni lieza ambik dari dapur Nani yg Life is Beatiful..sbb kat dapur Nani ni resepi apam ni dlm sukatan cawan dan Nani buat separuh adunan...senang nak ikut takyah dok fikir2 nak bahagi tolak... terima kasih Nani yer... akak nak copy ler resepinya pulak.. next time nak buat senang dah bole rujuk kat dapur sendiri.



resepi : write2fatin
olahan : nuwairani

Bahan :
3 biji telur gred A (dari peti sejuk) -nani guna 2 biji telur gred C
2 1/4 cawan tepung gandum -nani guna 1 cawan penuh
1 1/2 cawan gula halus -nani guna 1/2 cawan je
3/4 cawan susu segar -nani guna 1/3 cawan
1 sk esen vanila
3 sk baking powder -nani guna 1 1/2 sk
1 sk ovalette
filling secukupnya -nani guna jem blueberry
pewarna
paper cups medium -nani guna saiz kecil
acuan lompang

Cara :
  1. Masukkan telur, gula, ovalette, esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. -nani mula dengan level 1 kemudian tambah kelajuan sikit2 sehingga no 5.
  2. Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima. -nani perlahankan dulu mixer, baru masuk susu dan tepung + baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lebih kurang 7-8 minit.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing2.
  4. Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. -masa ni boleh panaskan kukusan.
  5. Sediakan paper cups yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang supaya apam tak melepek nanti.
  6. Picit adunan ke dalam 1/2 paper cup.
  7. Letak filling di tengah2 (guna piping bag supaya kerja lebih mudah).
  8. Picit adunan sehingga 3/4 penuh menutupi filling tu.
  9. Buat dot dot sesuka hati ye.
  10. Kukus selama 15 minit untuk acuan medium. *nani guna acuan paling kecil tu jadi masa mengukus lebih kurang 7 minit dengan api perlahan supaya apam kita tidak mekar ye.