Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Tuesday, August 11, 2020

Sambal Tempe aka Sambal Mertua

 
Sambal yg selalu dibuat oleh Mertua, dan menjadi kegemaran En. Suami, kita namakan Sambal Mertua...menggunakan tempe yg ditumbuk.
 
Bahan-bahan diperlukan:
 
2 genggam cili api/cili padi - nak lebih pun boleh atau nak tambah cili kering kisar pun boleh.
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar - dihiris
2 bungkus tempe - di tumbuk lumat
1 genggam ikan bilis
1/4 belacan - dari belacan yg besar n nipis
1 s/b pati asam jawa adabi dicampur sedikit air
5 biji belimbing buloh dibelah 2 atau tomato pun boleh
garam, gula dan air jika perlu..tak letak pun ok
 
Cara2
cili api, bawang merah n bawang putih di kisar,
tumiskan bahan2 kisar serta tempe yg telah ditumbuk lumat. Tumis dengan minyak yg byk.
biarkan sehingga naik minyak
masukkan ikan bilis, belacan, air asam jawa, garam dan gula.
akhir sekali masukkan belimbing buloh atau tomato n bawang besar yg dihiris .biarkan mendidih lama..sambil dikacau sekali sekala...sampai naik minyak
sedia di hidang
 

Saturday, June 16, 2012

Nasi Goreng Ikan Masin + Sambal Belacan Epal



Terliur dgn tayangan menu nasi goreng ikan masin ni kat dapur K.Nor hari tu... hari ni lieza merealisasikan impian tekak ni...hehehe...sekali buat satu rumah dok bau ikan masin ni.. semerbakkkkk...2 jam selepas pun masih meninggalkan kesan bau yg membuatkan hati meronta2 laparrrrrr... ngeh ngeh ngeh..
Kalau diikutkan semua masakan yg lieza tgk mmg buat terliur... tp seperti biasalah buat yg paling mudah nak buat, malas ke apa tak tau ler... tp gitu ler...jom la tgk resepi ni yg lieza amik kat dapur K.Nor secubitgaram...

Apalagi jom la masak menu ni sedappppppppppp!!!!!!


NASI GORENG IKAN MASIN
resipi : Che'Iza@Myresipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan ( 2 org )
3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.

Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.

Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/nasi-goreng-ikan-masin-ayam-ala-kepci.html#ixzz1xwZyQEUX



Bersama ni lieza mkn dgn sambal belacan epal hijau resepi dari dapur Izah Daut muffin lover yer... bukan izah ombak rinduuuuu ... hehehehe jom tgk resepi mudah yg mmg sedap bagi penggemar2 sambal belacan.... pestime juga tau lieza buat... mmg berbaloi mencuba...


SAMBAL BELACAN EPAL

1 biji cili merah*
6 ulas cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah kecil*
belacan sebesar ibu jari
epal hijau masam
garam & gula jika suka

Caranya:
Hiris bahan *. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar bahan hiris sehingga layu dan belacan.
Angkat dan tumbuk sehingga hancur. Cincang nipis epal hijau dan ditumbukkan sedikit ke dalam sambal tadi.
Kemudian rasakan dengan garam dan gula jika suka.

Thursday, September 22, 2011

Serunding Kelapa Berdaging

Ini menu dah lama lieza buat masa kat umah mertua hari tu...lieza buat sesama MIL utk hari raya....resepinya lieza amik dari MyR Kak Besah..cumanya hari tu terlebih sikit asam jawanya...tp rasa still ok...sedap dimakan dgn nasi...nasi impit juga pulut...

Bahan-bahan ( blh mkn & simpan.. )

  • 1 kg daging lembu - dipotong nipis.
  • 2 biji kelapa parut - putih nya saja.
  • 20 tangkai cili kering,11 bj bawang merah,7bj bawang putih,5 btg serai,3cm halia muda & 2cm lengkuas - dimesin halus.
  • 1 sudu mkn jintan manis, 1/2 sudu mkn jintan putih & 2 sudu besar biji ketumbar - dimesin.
  • 5 sudu besar gula.(blh kurangkn jika xsuka manis)
  • 1 sudu mkn air asam jawa & garam secukup rasa.
  • 1 senduk miyak masak.

Cara-cara

  1. dlm kuali, satukn kelapa parut,daging & bahan2 yg dimesin halus. ramas hingga sebati.kalau tkut tngan pedas,gaul je lh ngn sudip.
  2. masak dgn api sderhana.bila mendidih & air daging tlh keluar, tutup kuali smbil kecilkn api.biar daging merenih.
  3. bila airnya telah kering, tambahkn 1 senduk minyak masak.pada tahap ini,serunding kena dikacau selalu spya x hangus.
  4. masukkn pula rempah ketumbar,jintan yg tlh dimesin td, gula & garam. suaikn rasanya smbil dikacau selalu.
  5. bila serunding telah kering, daging tlh empuk & warnanya agak gelap bleh lh diangkat.bleh lh dimakan bersama pulut, nasi impit & jgk lempeng...

Tuesday, August 16, 2011

Pecal oh Pecal



Mengidam Pecal buat ler Pecal nih...sedapppp wooooo buat pedas2 mmg berapi2 mulut...sayur sayurnya ikut suka ler nak makan sayaur apa kan...tp kali ni lieza celur kangkung..taugeh..kacang panjang..goreng tempe n tauhu dan tak lupa hirisan timun...resepi ni lieza ambil dari Fidadaud MyR tp seperti biasa ler kadar byknya bahan2 tu lieza tak ikut sepenuhnya...byk tu wooo..jd lieza agak2 nya bahan2nya itu....ok la jom tgk resepi fidadaud nih..

Bahan-bahan ( Boleh dimakan untuk seisi keluarga )

  • 300 gm kacang tanah
  • 10 biji bawang merah
  • 10 biji bawang putih
  • 6 biji cekur @ kencur
  • 30 gm asam jawa
  • 1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
  • 100 gm cili api
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Terlebih dahulu : Goreng kacang tanah sehingga keemasan (betul-betul masak) dah kisar sehingga benar-benar halus. Ketepikan dahulu
  2. Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  3. Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  4. Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  5. Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  6. Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air 3/4 panas. (Air bergantung kepada kepekatan pencicah yang diinginkan. Tp, kalau cair, rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  7. Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan di tempat sejuk tp kering (peti ais ler). Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  8. TIPS: Sambal pecal ini biasanya untuk dicicah dengan sebarang ulam-ulaman seperti timun, pucuk ubi rebus dan kacang panjang.
### utk sekali makan lieza skip cara2 yg ke 4 tu dan seterusnya..dimana lieza blend kacang dan bahan2 yg digoreng tu sekali dan campur air masak sedikit..dan juga pati asam jawa..gula dan garam..blend sampai halus..kalau pekat bole tambah air panas sikit..
ni kes nak cpt dan utk sekali makan jer.

Wednesday, June 22, 2011

Sambal Tempoyak Petai

Sapa nak makan petaiiiiiiiiiiiii....tp tgk jer la yer...resepi lieza ambik kat SINI Resepidaria..rajin2 ler pegi kat situ yer...lieza tak leh nak copy sbbnya resepinya sekali dgn gambo2..pun lieza maleh lak nak taip.

Sambal Sayur Goreng My Mom Style

Menu ni bukan siarang langsung tp n3 menu tertunda..sbb lieza bagi laluan kat Makaroni hari tu..sayur goreng atau sambal goreng ni lieza buat ikut style Mak lieza buat cumanya mak lieza guna kobis tp lieza letak kacang panjang..sbb itu yg ada tp bole jer pun..

Bahan bahan
  • Kobis dihiris/kacang panjang
  • Tempe dipotong kecil dan digoreng
  • Tauhu dipotong kecil dan digoreng (jgn terlalu garing)
  • Kentang dipotong kecil dan digoreng
  • Suhun di goreng dahulu
  • Cili Api dihiris
  • 5 ulas Bawang Merah dihiris
  • 2 ulas Bawang Puith dihiris
  • Sedikit Udang Kering
  • sedikit kicap manis
Cara cara
  1. Tumis kedua dua bawang sampai naik bau.
  2. Masukkan cili api, udang kering dan sedikit kicap
  3. Masukkan Sayur Kobis atau kacang panjang bila separuh layu masukkan tempe, tauhu, kentang dan suhun.
  4. tambah garam dan gula secukup rasa, kacau goreng hingga sebati
  5. Sedia dihidang

Wednesday, May 18, 2011

Nasi Kuning + Sambal Nenas HSH + Gulai ikan tongkol + Acar

Buat lagi Nasi Kuning nih semalam...sempena cuti hari wesak semalam...heheheh...byk kali dah buat nih...mesti korang tau dah resepi gerangan siapakah ini....yg telah menjadi kegemaran kami sekeluarga....jom pegi SINI kalu nak tgk resepi yer...tp kali ni lieza gandingkan bersama Gulai Ikan Tongkol dari K.Nor juga..

GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang - yang ni lieza tak der..lieza guna kari biasa.
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

Dan juga lieza gandingkan bersama Acar seperti yg dibawah ni...klik SINI utk resepi yer..sbb dah byk kali juga lieza buat nih...

Utk Menambah kepowerannya lagi lieza buat Sambal Nenas dari Kak Ummi Home Sweet Home ...lieza nak share juga resepi sambal ni yer Kak Ummi...fuhh sedappp..

SAMBAL NANAS HSH
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 tangkai cili merah - buang biji dan potong kasar
  • 1/4 biji nenas madu - ambil empulur lembut sekali, potong kecil2
  • 2 inci belacan yang dibakar
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam kasar secukup rasa
  • sedikit air untuk kisar
Cara-Cara:-
  1. Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap.
  2. Kemudian masukkan nenas yang dipotong2 tadi dan kisar lagi...jangan terlalu halus.
  3. Seimbangkan rasa, dah hidang dengan nasi Mandhi, nasi minyak or nasi tomato pun sedap.

Wednesday, March 2, 2011

Cili Hijau Goreng Telur

Haiyaaaaa....ini hari aaaaaa makcik mkn cili woooooo.....hehehehe..kat umah ni sentiasa ada stok cili yang byk dari cili api....cili hijau...cili merah dan cili kering...mmg sentiasa ada..tak pernah tak dernya...kalau takder cili bukan lieza ler namanya...wakakakaka..
Memandang hari tu dah beli cili hijau yg byk maka tercapai lah sudah utk mencuba menu nih..hasilllllnyaaaa taraaaaa.....sedapppp tau...lieza buat pedas2 dan ada kasi derhaka sikit, sikit jer cuma tambah ikan bilis yg ditumbuk sekali dgn bebawang tu.....hmmm simple tp sedap ler kat lidah lieza nih...terima kasih kat HaSue tuan penyumbang resepi ni..akak nak share resepi ni kat sini yer...


Cili hijau Goreng Telur >> HaSue

Bahan2:
  • 10 btg cili hijau
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
  • Garam n perasa/gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.

Thursday, November 4, 2010

Puding Sambal Belacan Ayam Penyet


Puding sambal??? wakakakakakwakakaka....sambal ni kali kedua Lieza buat...dgn kadar byk yg sama tapi dlm masa 2 atau 3 hari dah bole abih tauuuu...jgn tak caya...sambal ni lebih dapat sambutan hangat dari kuih ker...puding ker...kek ker...tak caya???? betullllll...puding2 ker kek ni kurang jalan di tekak Mr. Hubby...tp kalau sambal...laju jer...haaaa...skrg..ambik bang yer...sebekas byk gini Lieza buat......actually ni resepi sambal ada sekali dgn nasi ayam penyet yg pernah Lieza buat hari tu...bole dikatakan sambal ni marbelesss ler...tu ygbuat lg tu...senang buat byk2..tu pun cepat habisnya...ok lah jom ler Lieza tepek resepi sambal ni sekali lagi yer...
Sesiapa tak mau buat byk bole kurangkan...apa yg patut..


Sumber dari resepi4U.com & K.Nor Secubit garam

Bahan2
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)-Lieza letak 8 biji jer
  • 10 biji Cili padi - yg ni lieza letak byk2
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris - lieza letak 6 biji jer
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4 - Lieza guna 3 biji yg besar2
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan

Wednesday, May 20, 2009

Sambal Ikan Bilis Cili Api



Bila dah jemu buat Sambal Belacan...buat ler Sambal Kicap.....bila dah jemu lak buat lak Sambal Kerosak versi MIL....dah puas buat segala sambal2 ni..buat pula Sambal Tumis..dah puas juga haa amik ko buat sambal nihhh...sumber dari MyR.... sambal ni pun sodap..berasap tinga den nih...sapa yg nak cuba bole ler yer....

Bahan-bahan

  • 20 biji cili api (digoreng)
  • 2 ulas bawang putih (digoreng)
  • 1 biji bawang besar
  • segenggam ikan bilis (digoreng)
  • secubit garam
  • 2 biji limau kasturi

Cara-cara

  1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam
  2. Masukkan ikan bilis, gaulkan dgn sudu, hancur2kan sedikit
  3. Perahkan limau kasturi, sedia utk dihidangkan :)