Friday, November 6, 2020

Nasi Goreng Tomyam


Hari ni masak Nasi Goreng Tomyam

"NASI GORENG TOMYAM" by "MARIANA ZAINAL"

RESIPINYA
 
4 Cawan Nasi sejuk
3 S/B pes tomyam
Sedikit isi ayam - dipotong kecil
Sedikit udang - 10 ekor
1/2 batang lobak merah - dihiris 
Sedikit sawi (dihiris) - lieza tak letak gantikan kobis
Jagung muda - lieza tak letak
1 S/B sos tiram (tak letak pun takpe, jika letak lagi sedap)
12 biji cili padi ditumbuk - nak lagi pedas bole tambah
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 helai daun limau purut - di racik
2 senduk minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit Bahan perasa (optional) 
- Lieza tambah hirisan 2 batang serai dan 2 s/b cili kisar. 
 
 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan cili padi sehingga layu.
  2. Masukkan isi ayam, kacau sebentar
  3. Masukkan lobak merah dan jagung muda
  4. Masukkan pes tomyam, sos tiram dan udang, kacau ratakan.
  5. Masukkan sawi/kobis dan nasi, taburkan garam dan perasa
  6. Kacau hingga rata, sesuaikan rasa
  7. Sedia dihidang 
 

Thursday, October 8, 2020

Ayam Masak Halia Sos Tiram Ala Chinese



Lauk yang simple tapi menyelerakan....

Resepi sumber : FB

Bahan - bahan

Beberapa ketul paha ayam atau dada ayam di potong kecil
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Seinci halia - dihiris halus
Bawang Holland - dipotong baji
1 kiub ayam - optional
2 tbs Sos tiram
1 tbs Kicap manis
Cendawan Hitam/cendawan shitake - Lieza tak letak
5 biji cili api - dipotong kecil - optional siapa tak suka pedas, skip je
Daun sup dan daun bawang - utk hiasan 
 
Cara2 
  1. Tumiskan bahan2 yang telah dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan Sos tiram, kicap manis dan juga ayam
  3. Masukkan kiub ayam dan masukkan air yang secukupnya ikut keperluan selera masing2. Kemudian biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan cendawan. potongan  cili api dan bawang holland yg telah dipotong baji tadi. Biarkan sehingga masak, Siap
  5. Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup



 

Tuesday, October 6, 2020

Nasi Goreng Sosej


Nasi Goreng Sosej
Sumber : IG Airtangan_tunkuazizah

Nasi Goreng Sosej ni resepi dari airtangan_tungkuazizah, alhamdulillah anak2 suka.

Bahan2
Nasi 
Sosej - ikutlah nak byk mana- dihiris
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji telur
Cili api/cili besar - dihiris
Garam
Kicap lemak manis
Daun sup - dihiris

Cara2

- Goreng sosej yg telah dihiris hingga masak kemudian angkat.
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- masuk kan telur biarkan
- masukkan Nasi, sosej, cili, daun sup dan garam kacau balikkan...
- Last masukkan kicap dan kacau sebati
- sedia dihidang

Monday, October 5, 2020

Bihun Goreng Simple Kak Sabariah


Bihun Goreng Simple tapi rasanya yg sedap ala pasar malam...Alhamdulillah yang penting anak2 suka.

Bihun Goreng
Resepi Sumber : FB Kak Sabariah Bahasar

1 peket bihun di rendam 
1  mangkuk taugeh
Sawi
1 biji telur, didadar, guling dan potong
Perencah: fishball, fishcake - lieza tambah ayam
3 ulas bawang putih ketuk kasar 
Cili api ditumbuk - lieza tambah
Satukan:
1/2 cawan  kicap pekat 
3 sudumakan sos tiram 
1 / 2 cawan air 
2 sudu maoan sos cili - Lieza tambah
Gula garam perasa

Cara2
Tumis bawang, cili api dan perencah hingga naik bau 
Masukkan bancuhan tadi dan biar mendidih
Masukkan sawi,  bihun dan taugeh.
Tambah telur gulong tadi . 
Kacau hingga kering.

Sunday, October 4, 2020

Siakap Stim Ala Thai


Dah tua tua ni masakan yg di stimkan rasa cukup menyelerakan...contohnya Ikan Siakap ni ha...Lieza masak stim ala Thai je.

Resepi Siakap Steam ala Thai 
Sumber : MAHN Raihan Ishak

Kukus (30 minit) :
1 ekor ikan siakap
2 batang serai potong 2 (ketuk) buh dlm ikan
Dah siap kukus, buang air kukusan ikan.. Kuah pakai bahan2 bawah ni je. Nak elak rasa hanyir.

Kuah :
1 cawan air
2 Akar ketumbar
1 inci Halia (ketuk) 
3 biji Limau nipis / 1 biji lemon (perah amik jus dia je)  - Lieza guna serbuk limau
1 Kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula perang
Kalau suka masin sikit boleh tambah garam sikit

Rebus bahan kat atas sampai didih. Tutup api.
Tapiskan. Kemudian masukkan bahan di bawah : - yg ni liza tak tapis pun,

5 ulas bawang putih cincang
7 biji cili padi hiris halus
1 biji bawang bolland dihiris - lieza tambah
Daun ketumbar 

Angkat ikan yang dah siap kukus, tuangkan kuah cili tadi. Siap 😘

*ikan siakap dibasuh bersih, rendam dengan Air asam jawa + Limau + garam 15 minit lepas tu baru kukus.


Sunday, September 27, 2020

Ayam Masak Masam Manis

 
 Ayam Masak Masam Manis

Bahan- Bahan

Beberapa Ketul dada ayam {dipotong kecil} dan dilumur sedikit garam bersama 2 s/b tepung jagung
3 s/b sos tomato
2 s/b sos tiram
2 s/b sos cili
garam secukup rasa
1 biji bawang holland dipotong baji
5 biji cili api dihiris dua

Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji lada besar

Cara Memasak
 
1 - Goreng ayam sehingga masak, angkat dan tinggalkan sedikit minyak untuk menumis

2 - Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram serta bawang holland dan cili api yg dihiris.

3 - Goreng rata dan masukkan ayam serta biarkan seketika, tambahkan sedikit air jika perlu.

4 - Perasakan dengan garam, gula dan taburkan daun sup. Siap untuk dihidangkan.

Friday, September 11, 2020

Ayam Masak Thai

Ayam Masak Thai sahaja hari ini, bertemankan ulam ulaman.

Resepi Sumber: @Leezaramzi

Bahan2

Ayam - di potong kecil dan dilumur garam kunyit dan digoreng.
1 Biji Bawang Besar Holand + 5 ulas Bawang Putih dikisar halus bersama.
5 biji Cili Hijau Besar + 5 biji Cili Merah + Cili api(nak pedas letak byk)
2 Sudu besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Ikan
3 batang serai di racik halus atau dihiris halus
5 helai daun limau purut

Cara2

- Goreng Ayam dan angkat
- Tumis Bawang holand dan bawang putih yg dikisar hingga naik bau/ layu.
- Masukkan Cili yg telah dikisar sehingga naik minyak.
- Masukkan Sos tiram dan kemudian masuk kan ayam yg telah digoreng tadi, kacau balikkan.
- Masukkan Serai, daun limau purut dan sos ikan 
- Masukkan sedikit gula dan garam jika perlu( sos ikan dan sos tiram dah masin)
- Kacau dan sedia dihidang.

Tuesday, September 1, 2020

Ayam Masak Paprik

Anak2 paling suka Ayam masak paprik..
Resepi Sumber : LoveToCook

Bahan - bahan
  • 300gm ayam (Hubby guna bahagian keel ayam) ~ dipotong dadu
  • 5 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1/2 inci halia ~ dicincang
  • 1 biji tomato ~ dipotong
  • 4 1 biji carrot ~ dihiris
  • 1 inci panjang 30gm bunga kubis ~ dipotong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sb cili kering kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos cili
  • 1 sk sos ikan
  • garam secukup rasa
  • (Lieza tambah beberapa cili api yg diketuk utk tambah kepedasan)

Cara-cara memasaknya :-
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
  5. Masukkan tomato dan daun limau purut, Cili api, kacau rata dan padamkan
# Sayur sayuran boleh dipelbagaikan seperti kacang panjang, buncis atau putik jagung.

Wednesday, August 26, 2020

Electric Home Shower Panasonic

Setelah 11 tahun usianya...tiba masa kita tukar yang baru..dari Analog Controller ke Digital Controller. Alhamdulillah...

Friday, August 21, 2020

Apam Balik


Buat utk minum petang..Apam balik resepi Kak Wan Raudzah Wan Ismail...Terima Kasih Kak WanπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» 

Resepi sumber : Kak Wan Raudzah Wan Ismail FB

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula 
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
2 biji telur
1 cwn air
1/2 cwn full cream milk atau susu cair
sedikit pewarna kuning

Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan Susu, air, tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan pewarna kuning. Sebatikan, perap 10 hingga 15 minit.
Bahan tabur : Gula, creamy sweet corn dlm tin, kacang tanah tumbuk.(Lieza letak kacang tanah dan gula je)
Panaskan nonstick pan.Tak perlu sapu minyak.Tuang adunan, tabur bhn2 inti.Bila nmpk lubang2 kecil..terus lipat dua Dan angkat.Masa tgh panas sapu marjerin.

Wednesday, August 19, 2020

Telur Rebus Air Asam


Telur Rebus Air Asam yang pernah viral pada suatu ketika hari tuπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Resepi sumber Pn. Norul Haisyu FB

Telur Rebus
Air Asam🍲
*Cili api
*bawang besar
*tomato
Hiris ke cincang ke ikut suka.. 

-Asam jawa
-Garam ckup rasa
-Aji ckup rasa
-Air suam
Bancuh sebati.. Sebati kauπŸ˜…

Kupas telur bawah air paip sbb nk bg telur tu elok licin xkoyak2...toskan & Potong letak dlm mangkuk. Msukkan cili tomato n bawang. Tuang air asam.. Jgn makan trus.. Korg lek2 dlu.. 15 mnit gtu blh la mkn. Sbb dia dah meresap n sebati... 

Rasa dia lemak2 telur tu.. Ada masam, masin, pedas.

Monday, August 17, 2020

Somtam


Somtam betik ala thai...berkali2 buat menggunakan resepi dibawah...

Resepi sumber :FB MAHN Mashitah Salae 

Somtam - resepi utk sebiji betik

Betik muda di sagat..
1 biji bawang putih.
2 biji cili - nak pedas letak byk2
1 ikat kacang pnjang/ikutlah selera
1 biji tomato..hok besar 
2 sudu mkn udang kering - lieza sangai
1 gengam kacang tanah goreng tanpa minyk.lgi bnyk lgi sdap..
3 senduk kecik..Sos ikan/nampla
3 senduk kecik..Air limau nipis
3 sudu mkn gula perang
Carrot sagat sikit untuk tamboh warna..(tak letak)

Cara..tumbuk kn bawang putih biar hancur.masuk kn cili tmbuk hancur.masuk kn kacang pnjang tumbuk mnje..masuk tomato.kacang tanah.nampla/sos ikan.air limau nipis.nissan somtam/gula kabung.udang kering..gaul sebati..biar gula btl2 hancur..masuk kn betik.carrot..tumbuk mnje2 smbil gaul..rasa..siap
#nk tambah sdap masuk kulit limau nipis skli..

Tuesday, August 11, 2020

Sambal Tempe aka Sambal Mertua

 
Sambal yg selalu dibuat oleh Mertua, dan menjadi kegemaran En. Suami, kita namakan Sambal Mertua...menggunakan tempe yg ditumbuk.
 
Bahan-bahan diperlukan:
 
2 genggam cili api/cili padi - nak lebih pun boleh atau nak tambah cili kering kisar pun boleh.
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar - dihiris
2 bungkus tempe - di tumbuk lumat
1 genggam ikan bilis
1/4 belacan - dari belacan yg besar n nipis
1 s/b pati asam jawa adabi dicampur sedikit air
5 biji belimbing buloh dibelah 2 atau tomato pun boleh
garam, gula dan air jika perlu..tak letak pun ok
 
Cara2
cili api, bawang merah n bawang putih di kisar,
tumiskan bahan2 kisar serta tempe yg telah ditumbuk lumat. Tumis dengan minyak yg byk.
biarkan sehingga naik minyak
masukkan ikan bilis, belacan, air asam jawa, garam dan gula.
akhir sekali masukkan belimbing buloh atau tomato n bawang besar yg dihiris .biarkan mendidih lama..sambil dikacau sekali sekala...sampai naik minyak
sedia di hidang
 

Monday, August 10, 2020

Mee Hailam Hasniza Hassan

 

Bahan - bahan 
Utk Mee  11/2 bungkus
 
- 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
- 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
- Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
- 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
- 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
- 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
- 1 biji tomato dibelah 2
- 1-2 biji cili merah dipotong
- Kobis dihiris dan sawi dipotong
- Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
 
Cara cara

- Tumis bawang putih dan lada hitam.
- Tumis hingga kekuningan.
- Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada.     Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
- Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram
- Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
- Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan kobis dan bila sudah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.   
- Gaul rata kemudian masukkan mee.
- Gaul rata lagi kemudian boleh dihidang. 
 


Sunday, August 2, 2020

Ayam Masak Lemak Cili Api

 
Ayam Masak Lemak Cili Api
Resepi sumber : Norlailanazira Mohd Agos
 Bahan2
 
1/2 ekor Ayam
3 biji Kentang
Cili Padi - Ikut selera kepedasan memasing
Kunyit Hidup/serbuk kunyit
2 btg serai
Santan 
Daun Limau purut -Lieza gtak letak
 
Masak lemak cili api Negeri Sembilan style!
Cara-caranya:
1. Basuh Ayam dan masukkan kedalam periuk, kemudian masukkan serai yg sudah diketuk.
2. Blend atau tumbuk Cili dan Kunyit Hidup kemudian masukkan kedalam periuk bersama dengan ayam tadi. Masukkan sedikit air jika perlu dan biarkan ayam kecut bersama dgn cili tadi.
3. Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar. Saya pakai santan kotak je.
4. Masukkan kentang
5.Bila kentang dah empuk masukkan daun limau purut dan asam keping. Garam jangan lupa.
 

Saturday, August 1, 2020

Laksa Utara

 
'LAKSA UTARA' 
Resepi Sumber : Mariana Zainal FB

Kuahnya..
1 kilo ikan sardin @ selayang(nak guna ikan kembung pun boleh tp x lemak mcm ikan selayang)
(Lieza guna ikan kembong besor tu 5 ekor)
>rebus ikan...kemudian asingkan isi ikan drp tulang..kisar hingga betul2 halus..(sy masukkan isi ikan 1/2 jug blender pastu masukkan air hingga hampir penuh dan kisar..kemudian ulang kisar baki isi ikan tadi..tulang ikan sy kisar dan tapis..masukkan dlm periuk..
 
Bahan kisar
25-30 tangkai cili kering(x suka pedas bleh guna 25 pcs)
2 biji bawang besar
Sebesar ibu jari belacan nak 2
>kisar hingga halus..masukkan dlm periuk yg berisi ikan yg dah dikisar tadi..
 
Bahan lain
Secekak daun kesom
2-3 kuntum bunga kantan belah 4
12pcs asam keping(wajib ada)suka masam bleh letak lebih..
1 sdb garam(membukit yer)
Sedikit bahan perasa
Sedikit air
>masukkan semua bahan ni ke dalam bahan2 kisar tadi...tambah air..jgn cair..agak2 tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair...renehkan hingga mendidih dan asam keping kembang..sesuaikan rasa..
 
Bahan lain
1 paket laksa kering brand EKA(rebus hingga empuk)
Cili merah hiris nipis
Bawang besar hiris nipis
Timun hiris
Salad atau daun selom(sy x letak xde stok)
Telur rebus
 

Friday, July 3, 2020

Nasi Ayam Rafiza Idayu

 
 Cara2 buat Nasi Ayam Rafiza Idayu
Sumber : FB
 
 Tips penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.
 
1. Masak air hingga mendidih
2. Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
4. Api mesti besar.
5.Guna air yg banyak kerana kita akan menggunakan air rebusan utk Nasi, sup, sambal nasi ayam dan kicap nasi ayam

*Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.

Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan.

Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. 
 
Tips penting.

Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam.

Lemak paling banyak di bahagian b*nt*t ayam.

Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya
 
Bahan utama untuk menghasilkan NASI AYAM.

1. Beras
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Kiub pati ayam (optional)
5. Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
6. Lemak ayam
7. Air rebusan ayam
8. Serbuk kunyit 
 
Panaskan lemak ayam dalam rice cooker. Tutup. Biarkan lemak ayam bertukar dan mengeluarkan minyak.

Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yangvtelah ditumbuk halus.
Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
Masukkan beras. Perhatikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
Masukkan beras dan masak sebentar.
Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras.
Air ngam ngam dgn sukatan beras td sebab beras dah kembang masa kita rendam - CONTOH 1 LITER BERAS, 1 LITER AIR.
Kemudian pindah kan ke rice cooker - jika menggunakan rice cooker yer
Biarkan nasi masak seperti biasa.
 
RESEPI PERAPAN AYAM
=====================

Resepinya :
1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 3 sudu madu
3. 2 sudu sos tiram
4. 1 sudu kicap pekat
5. 1 sudu minyak bijan (optional)
6. Sedikit lada sulah
 
 
  *tidak perlu letak garam kerana sos tiram sudah masin - terpulang jika nak letak
 
Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
Perap ayam yang telah direbus tadi.

Panaskan minyak macam menggoreng ayam.

Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah.

Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan. - Lieza panggang guna pemanggang ajaib
 
Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam.

Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas.

Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa.

Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak
Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.    
 
 Resepi sambal nasi ayam.

1. 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa prepare tadi)
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 sudu jus limau nipis - lieza guna cuka
5. Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4. 4 sudu gula
5. 1 sudu kecil garam
6. Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)

7. 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (ayu tak letak, saje nak cuba resepi tanpa tepung jagung) - lieza tak letak tepung jagung sbb suka kecairan,
Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.

Tips : Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita  
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. - lieza letak cuka
 
Bahan sos kicap.
Ambil lebihan perapan ayam dan masak hingga mendidih. Tambah air rebusan ayam. Boleh dipekatkan dengan tepung jagung.
 
Bahan Sup
Lieza guna air rebusan ayam dan didihkan, kemudian masukan kiub ayam, bawang goreng dan tabuur daun sup dan daun bawang.
 
 
Siap dan boleh dihidang bersama salad2, timun dan tomato  

 

Wednesday, July 1, 2020

Jeruan

 
Bahan-bahan
  • 4 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam - tak letak pun sama jer rasa
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe - nak letak lebih pun ok..jd ler byk lauk tu nanti
  • 1 - 2 biji kentang
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 20 tangkai cili padi
  • minyak utk menumis

Cara2

  1. Hati ayam n pedal direbus sekejap supaya senang nak dipotong kecil2.
  2. Tempe, tauhu, kentang dipotong kecil dan di goreng dahulu.
  3. Bawang, halia, cili dihiris nipis.
  4. Tumis bawang, halia n cili sehingga naik bau.
  5. Masukkan hati n pedal, tutupkan dgn periuk sehingga hati n pedal tu lembut.
  6. Masukan santan n air.
  7. Kemudian masukan tempe, tauhu, dan kentang.
  8. MAsukkan sedikit garam, gula n serbuk perasa jika suka..biarkan mendidih..baru tutup api.