Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Muffin Coklat Kukus


Kabare semua...lieza minta maaf la byk2 dah lama tak buat lawatan dari dapur ke dapur.. kadang tu sempat post N3 jer.. dan jeling2 pandang pandang... skrg ni not in good mood...insyaallah ada masa nanti lieza akan dtg buat kacauuuuu mcm mat kacauuuu...
Oklah hari ni lieza buat Muffin Coklak Kukus... yg senang dan sedap...semua ni kerana Eryna Eryna dan Eryna... dah berkali2 suruh lieza buat kek coklat tapi lieza asyik dok tangguh2 dek kemalasan tp tetiba teringat nak buat muffin kukus yg mudah ni yg kacau2 dan campur campur...mana tidaknya asal lieza dok dapur mesti Eryna suruh buat kek coklat... lieza suruh mkn nasi, kek coklat yg dia minta...tp at last dpt ler menunaikan hajatnya tu... wah suka sgt si Eryna.. dlm byk2 kek hanya kek coklat yg die mkn dan suka jd ibunya buatkan lah juga...


Muffin coklat ni lieza pernah ternampak kat dapur Kak Ummi Kuantan dan utk resepi ni lieza hanya buat separuh adunan dan menggunakan acuan kuih lompang yg kecil... adalah dpt dlm 20 biji jer... cukuplah kan..


Jom tgk resepi yg mudah dan sedap ni...

MINI MUFFIN COKLAT KUKUS
Resepi: Maklang Azie
Sumber: CT Delima/Kak Ummi

Bahan A:-

  • 2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*akak guna minyak masak)
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco - lieza tak letak
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel).
#### utk separuh adunan lieza guna 1 cawan susu segar, 1/2 cwn minyak, 1 cawan gula castor, 1 biji telu juga..1 cwn tepung gandum, 1/8 cwn koko, 1/2 sk baking powder dan 1/2 sk soda biksrbonat. hmmm senang kan???#####

Wednesday, February 10, 2010

Muffin Chocolate Kukus

Muffin ni aku buat malam tadi resepinya amik kat umah Mak Lang....tp maaf la yer tinggai sebiji jer sempat berposing yg lain Enas dah bawa pegi sekolah...entah apa angin rajin aku datang...tgk bahan2 dah ada jadi masa Muaz tido2 ayam aku pun godek ler zap zup zap...siappppp...saje buat nak bawakan bekal untuk Enas ke sekolah...Muffin ni senang sangat nak dibuat..penyediaannya pun tak sampai ler 20 minit..Ok ler jom layan resepi Muffin ni...minta izin juga kat Mak Lang Corner utk CnP resepinya yerrr....

MUFFIN CHOC. KUKUS

Bhn A
  • 2 cwn susu cair
  • 1 cwn myk @ 250g butter cair
  • 1 3/4 cwn gula castor
  • 1 biji telur
Bhn B - ayak
  • 250g tepung superfine @ gandum - guna tepung gandum
  • 50g serbuk koko
  • 1st bpowder
  • 1st sbikarbonat
  • 1sb emulco - aku tak letak pun takder stok

Cara-Cara
  • Satukan A dan kacau sebati, guna whisker saje
  • Masukkan B dan gaul rata
  • Kukus 10'

Tips dari Mak lang
Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.

Wednesday, March 11, 2009

Muffin

Masih Muffin yg sama cuma letak chocolate chip kat dlm n bekas muffin yg tinggi

Ni Muffin yg pernah aku buat ler ni..Basic Muffin

Utk kengkawan ku...kat bawah ni aku nak share ler info pasal Muffin ni..tp tu bukan hasil jari ku yg menaip tau..aku copy n paste dari salah satu blog masakan juga..aku paste kat sini utk korang yg maleh nak selak2 blog lain tu..saje nak share...kot ada yg maleh tetiba jadi rajin lak bila tgk cara2 penyediaan Muffin yg senang bangat nih...ok ler meh ler baca yer..

Muffin

Secara umumnya memang mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera. Mufin diklasifikasikan sebagai quick bread -quickly made and quickly eaten. Ia selalu dihidangkan untuk sarapan pagi atau untuk minum petang. Membuat mufin adalah ringkas sekali, cuma ikuti dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (muffin method) dan kaedah kek (cake-like method) .Manakala kek cawan pula adalah kek-kek kecil yang diperbuat dari adunan kek mentega, kek span atau lain-lain kek yang bersesuaian. Ini bermakna untuk membuat kek cawan, boleh menggunakan pelbagai jenis adunan kek.Tetapi kebiasaannya, kek cawan diperbuat dari adunan kek mentega seperti kek vanila, kek oren dan sebagainya. Perbezaan yang nyata antara mufin dan kek cawan ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias di bahagian atasnya .Manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising.


Mufin biasanya dibakar dalam tin mufin yang berlubang lapan atau 12. Anda boleh membeli tin ini di kedai-kedai bahan kek. Anda boleh menuangkan terus adunan mufin dalam tin mufin tetapi acuan hendaklah digriskan dahulu agar mudah dikeluarkan. Tetapi untuk nampak lebih cantik, gunakan cawan kertas samada yang kecil atau yang besar. Jika anda memilih cawan kertas tebal yang tinggi, anda tidak perlu menggunakan tin mufin.Susunkan ia terus atas dulang pembakar yang bersesuaian.


Jenis-Jenis Mufin

Terdapat dua jenis mufin iaitu mufin seakan roti (bread-like mufin) dan mufin seakan kek (cake-like muffin). Kedua-duanya mempunyai kaedah membancuh yang berlainan. Bagi mufin seakan roti, kandungan lemak dan gulanya adalah kurang dan isi dalamnya agak padat dan kasar seperti roti. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak masak, minyak jagung ataupun mentega cair. Mufin ini rasanya kurang manis,tidak berminyak dan cepat keras jika disimpan lebih satu hari. Oleh itu mufin jenis ini enak dimakan semasa masih hangat dan tidak tahan disimpan lama.


Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega. Gula dan mentega diputar hingga kembang dan berkerim, kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Tekstur kek lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.


Kaedah Membancuh Mufin

Disebabkan terdapat 2 jenis mufin maka terdapat pula dua kaedah membancuhnya. Kedah membancuh yang betul dapat menghasilkan mufin yang lembut, puncak yang bulat dan cantik bentuknya.

1. Membancuh Kaedah Mufin (Muffin Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan roti (bread-like muffin).Hanya sediakan dua mangkuk. Satu mangkuk untuk mencampurkan bahan-bahan kering dan satu mangkuk lagi untuk bahan-bahan basah. Untuk hasil yang lebih baik, bahan-bahan basah dituangkan dalam bahan kering dan gaul dengan sudu atau garfu perlahan-lahan hingga setakad basah saja.Adunan masih kelihatan berketul. Jangan digaul dengan kasar atau lama kerana glutin dalam tepung akan terbentuk dan menyebabkan mufin liat dan keras. Adunan mufin ini adalah pekat.


2.Membancuh Kaedah Kek (Cake-like Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan kek. Ia mempunyai kaedah yang sama seperti membuat kek mentega dimana mentega dan gula diputar hingga kembang dan berkerim. Kandungan gula dan mentega yang tinggi dalam mufin jenis ini menjadikan ia lembut, gebu dan isi dalam lebih halus berbanding mufin seakan roti. Selepas mentega dan gula dikrimkan,masukkan telur, tepung dan susu. Dalam mufin jenis ini penggunaan air susu lebih banyak berbanding kek mentega biasa. Adunan yang telah dibancuh hendaklah licin dan lembut.


Cara Penyimpanan
Untuk mufin seakan roti, ia hendaklah dimakan segera kerana jika disimpan lama ia jadi keras dan sudah tidak enak dimakan. Mufin seakan kek lebih tahan lama sehingga 2-3 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara atau dibungkus dalam plastik.