Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Puding Sagu Gula Melaka/Apong

Merajinkan diri buat puding nih..lama juga tak makan...yelah kan ni boleh jadi salah satu menu utk kita berbuka puasa di bulan ramadhan yg akan dtg nanti..
Resepi ni  Lieza ambil dari Dapur Kak Ummi HSH ..selamat mencuba bagi yg teringin nak buat.

Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya
  • (Lieza rebus dgn daun pandan jer)
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir1
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam*boleh ganti dengan susu sejat (*ummi guna ni)-(Lieza guna susu cair)
Cara Menyedia:-
Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.

Monday, June 3, 2013

Aiskrim Goreng

Mengabihkan roti yg ada, Lieza buat ler Ice Cream goreng....dah lama teringin nak buat dan sering kali hati tertanya2 di dalam hati (tak cair ker kalau digoreng ice cream nih) (dah ler minyak panas2 benor) tp selagi kita tak cuba buat mmg takkan tau kan...dgn ini Lieza merajinkan ler buat padahal tak ler susah mana sangat pun tapi kalau dah malehhhhhh mmg semuanya susahhhhhh....yg penting hati mau ikhlas nak buat, insyaallah menjadi la....
Resepi yg Lieza ambil dari Dapur Kak Zana, sbb Lieza pernah ternampak Kak Zana buat...apalagi skodeng2 lahhhh..dapur Inspirasiku Kak Zana. kalau rajin nak tgk klik CARA BUAT ICECREAM GORENG

AISKRIM GORENG
(Asal: Lina.pg)

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak untuk mengoreng

  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.

Friday, October 28, 2011

Yorkshire Pudding + Salad Udang

Hari ni tercapai juga hasrat hati utk mencuba Yorkshire Pudding bersama salad udang...First time lieza tahu menu nih...first time juga lieza makan menu ni....bagaimana pula rasanya??? 2 thumbs up tauu...sedapppp sgt2...anak2 mmg suka..bukan senang nak menepati selera anak2 lieza nih..alhamdulillah semua suka termasuk ler Mr. Hubby...sedap sedap dan mmg sedap...menepati citarasa tekak kami semua....terima kasih buat K.Nor Secubitgaram dan tak lupa juga buat Diana Skyblue's kitchen yg sudi berkongsi resepi yg dah jd kegemaran kami semua...
Bersama2 dgn Yorkshire Pudding ni...lieza gandingkan juga dgn salad udang nih...perghhh mmg sedap wooo....mmg tak sangka rasanya salad ni pun sedap....sampai Mr. Hubby kata bole buat biz nih..huahuahua...ok lah K.nor lieza nak copy resepi ni dari k.nor yer...



YORKSHIRE PUDDING
Resipi Asal ~ Food.com (
Olahan oleh ~ Diana@Sky Blue's Kitchen ( dalam tulisan berwarna merah )
sumber : K.Nor@SecubitGaram


1 cup beaten egg
1 cup plain flour
1/2 cup milk _ ( Diana gantikan dengan 1 tbsp susu pekat manis )
1/2 cup water _ ( Diana bubuh 1 cawan )
Salt
Pepper
1 -2 tablespoon cooking oil or 1 -2 tablespoon dripping

Lieza buat ni ikut cara Diana dgn menggunakan susu pekat manis bersama 1 cawan air..adunannya juga cair mcm adunan kita nak buat roti jala tu..sukatan telur tu lieza guna cawan metrik mmg cawan khas utk sukatan..telur yg lieza gunakan sebanyak 4 biji atau sampai cukup secawan...kemudian telur tersebut dipukul dgn handwhisk sahaja, lieza pukul dalam 5 minit lebuh kurang..dibekas lain ayak tepung bersama garam dan pepper tu...buat lubang ditengah masukkan aduna telur sikit sikit dan whisk sampai sebati, kemudian masukkan air/susu whiskkan sehingga sebati. Tutup adunan dan biarkan selama 1 jam.
Sebelum bakar..lieza panaskan oven pada 240 selama 10 minit..kemudian panaskan muffin tray yg telah di letakkan sedikit minyak dan juga disapu sekellilingnya selama 5 minit. keluarkan muffin tray tuangkan adunan sampai penuh..kemudian lieza bakar dlm 25 minit ikut suhu oven masing2 ..dah siap boleh dihidang dgn salad udang..utk muffin tray yg macam lieza nih dpt ler menghasilkan 12 biji yorkshire pudding.
Utk melihat dengan lebih detail dan tip2 yg berguna bole ler klik kat dapur k.nor dan Diana. yg lieza dah backllink kan diatas.

p/s Diana & K.Nor kalau tertinggal dan tersilap tolong yer..

masa tgh membakar


DIRECTIONS:

1
Preheat your oven to 240°C, 475°F or gas mark 9. ( If you are cooking roast beef and/or roast potatoes, make sure the beef has been removed to "rest" before carving and that the potatoes are moved down to the bottom shelf and NEED browning still. ).
2
Pour a scant amount of oil or dripping into your Yorkshire Pudding tins. ( A large roasting tin can be used too. If you do not have a Yorkshire Pudding tin which has 4 wide and shallow cups of about 4" in diameter, then use a large muffin tin.).
3
Put the tin into the pre-heated oven about 5 minutes before you want to cook the Yorkshire Puddings.
4
Empty the flour, salt & pepper into a large roomy bowl.
5
Make a dip in the centre and add the beaten eggs bit by bit, mixing as you go along.
6
Add the water/milk mixture gradually and whisk in between each addition.
7
Keep whisking until all the liquids have been added. The batter may still be lumpy - this does not matter.
8
Cover and leave to rest for up to 1 hour.
9
Just before cooking, whisk thoroughly again to break down any lumps & add some more air.
10
Carefully take out the tin/s. Pour the batter into the tin/s and QUICKLY return to the oven.
11
Cook for about 20 minutes until well risen and golden brown. DO NOT open the oven in the first 10-15 minutes or they will DROP!
12
If you have two tins cooking, rotate the tins from top to bottom shelves after the 10-15 minutes so they cook evenly.
13
Serve with Roast Beef and lashings of gravy.

Yg K.Nor buat:
3 bj telur A (tak cukup satu cawan ni jd K.Nor topup dgn sedikit susu fresh utk mencukupkan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula
minyak secukupnya utk disapu pd tin muffin

Link utk resipi2 Yorkshire Pudding yg boleh didapati kat blog Diana: (utk rujukan K.Nor dikemudian hari) Tq D :)
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/yorkshire-puddings.html
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/yorkshire-puddings-versi-2.htm

SALAD UDANG
sumber : Diana@SkyBlue'sKitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
200 gm udang _ d kupas dan bersihkan _ cincang halus
1/2 tbsp minyak zaitun
1/4 tsp serbuk cili
1/4 biji bawang besar _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
1 tangkai daun bawang _ d cincang ~ tak ada stok, k.nor gantikan dgn batang daun saderi
2 tsp jus limau kasturi
5 tbsp mayonis
1 tbsp susu pekat manis ~ tak ada stok gak, gantikan dgn 1/2 sudu teh gula
Garam
Serbuk lada hitam

Cara²
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan udang.. masak selama 2 - 3 minit d atas api kuat.
Masukkan daun bawang cincang dan gaul rata.. Tutupkan api dan angkat.
Campurkan mayonis, susu pekat manis dan jus limau kasturi.
Gaul sebati dan jika suka boleh d sejukkan d dalam peti ais.
Makan bersama Yorkshire Puddings atau roti.

Sunday, August 14, 2011

Koktail Custard Istimewa



Dah lama nak koktail2 camni..tp memandang nak makannya 2 org jer jd biar dulu ler...kebetulan semalam teman2 Mr. Hubby join berbuka puasa, lieza buat ler koktail ni...lieza tgk mcm2 cara dan pelbagai resepi utk koktail2 ni..salah satunya resepi ni yg lieza ambik dari dapur K.Nor Secubitgaram resepi asal dariMrs Shieza MyR...psssttt skrg puding keluaran dari K.Nor iaitu Puding Tauhunya itu tgh hangat dan dah femes wooooo....niat dihati nak cuba juga nih...asyik ternampak2 jer...tp bila tu lieza...takpe2 lieza nak link resepi dari umah K.Nor nih..supaya nanti lieza senang nak cari....bole yer k.nor...LINK PUDING TAUHU

KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
resipi :Mrs Shieza MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak

utk kuah custard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla
~ k.nor letak 1 sudu jer

Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi
## utk koktail ni lieza hanya menggunakan buah buahan dlm tin jer



Gambo kat bawah ni..inilah teruna2 yg berbuka puasa bersama lieza dan Mr. Hubby semalam...bujang n available..heheheh


Wednesday, June 29, 2011

Puding Roti Karamel Lagiiiii...

Semalam lieza buat lagi puding nih...sedapppppp...kali ni lieza tambah sikit gula hangusnya...fuhhh..panas2 ni sedap tul membelai tekak...gulllppppp...nak resepi klik SINI yer utk N3 yg sebelum nih...

Tuesday, May 10, 2011

Apple Crumble - N3 Tertunda

Masih lagi dgn N3 yg tertunda...maaf la yer..semua ni dah abih dah...dlm perut pun takder..hmmm kalau nak rasa acu cuba buat sendiri yer..
Apple Crumble ni sedap betul dimakan lebih lebih lg ada eskrim..dgn sos kastardnya..uishhhh...mmg sesuai kalau nak hidang kat tetamu2 sebagai dessert...
Terima Kasih kat K.Nor yg share resepi yg dicuba dari resepi Along Roz itewww..seperti biasa lieza nak share juga kat sini...

Apple Crumble
By: Roz@HomeKreation
Sumber : K.Nor Secubit Garam

Size: 6"x9" casserole
BAHAN2:
3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris
3 sb Gula Perang*
1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur)
75g Tepung
40g Mentega
1 sb Gula

SOS KASTAD:
250ml Susu Segar
1 sb Gula
1 sb Tepung Kastad
1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.
Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.
2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.
3. Bakar 180C selama 30 minit.
4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit. (k.nor masak cara double boiler)
5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.