Sunday, December 11, 2011

Ayam Percik


Firsttime lieza buat ayam percik nih...rasanya mmg memenuhi citarasa tekak kami...utk resepi ni lieza hanya menggunakan 2 ketul peha ayam jer...jadi bahan2nya tu lieza adjust ler sikit2 dgn mengurangkan kadar hanya utk keperluan 2 ketul ayam yer...dan ayam ni lieza bakar atas frying pan..kalau nak bakar dalam oben pun bole juga...
ok lah resepi ni lieza follow dari Sajiemas MyResepi dan terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap nih.

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

2 comments:

tun_telani said...

kak lieza cayang!!!! bestnyer bersiaran dr kampung terchenta nii.. sejukkkkk.. sejuk2 ni dpt pekene ayam percik kaw2 dr oben best nihh..

Chik Mimi said...

wah best ni lieza lama akak tak buat M maha besar ni muahhhaaa