Hari ini genap la 2 tahun penyiaran Secubitgaramnor67.blogspot.com...selama 2 tahun inilah pelbagai perkongsian menu2 masakan dan apa2 sahaja yg dipaparkan oleh tuan rumahnya telah menarik minat semua yg bertandang disini termasuk la Lieza ni haaaa....org kata kalau buka internet mesti nak singgah kat Secubitgaram nih...tak tau ler kenapa...Aura apakah yg ada sehingga lieza rasa tak jemu2 nak singgah...Aura masakannya ker...Aura photo2nya yg sentiasa menarik minat...atau mungkin Aura tuan rumahnya yg peramah ...sentiasa melayan pembaca2nya yg setia menegur di ShoutBox tu juga tak pernah lokek berkongsi ilmu masakan..tak tau ler nak ckp camner...mmg berbaloi ler kalau singgah tak rugi wooooo...apakata sesekali kalian terjah ler SecubitGaramNor67 mmg berbaloi baloi dan sentiasa menyuntik semangat nak masak berbagai2 jenis menu...Akhirkata semoga K.Nor terus success bersama SecubitGaram...dan terimalah award diatas tanda persahabatan dialam maya dan tanda sokongan utk SecubitGaram terus bersama2 kami semua.
Thursday, March 31, 2011
Kurma Daging
Menu semalam lagi...aduh tak sempat nak post semalam..hari ni pun bole jer la kan...Kurma Daging...fuhhhh...segar jer bila makan...masih tak rasa jemu berbanding dgn kari..Mr.Hubby pun suka kurma2 ni...jom layan resepi style lieza masak kurma..sempoi jer..
Bahan bahan
- Daging dihiris
- 2 biji kentang - dipotong bucu
- 1 labu bawang besar - dipotong bucu
- 5 ulas bawang merah*
- 1 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 10 biji cili padi - letak sbb nak pedas*
- Sebungkus rempah kurma yg kecil - dicampur sedikit air
- 2 biji tomato - dipotong 4
- Sedikit Minya utk menumis
- 1 cawan santan
- Blend semua bahan2 yg bertanda *
- Kemudian tumis bahan2 yg diblend tadi sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kurma, biarkan sehingga naik minyak.
- Masukkan kentang dan daging biarkan sehingga empuk.(masukan sedikit air)
- Masukkan santan..garam serta gula sedikit
- Apabila dah didih masukkan bawang hiris, tomato dan beberapa biji cili.
- sedia dihidang..
Sambal Sotong
Alahhh ni menu semalam ni....lama sungguh lieza tak masak sambal sotong dua tiga menjak ni...apa kes??? ni gara2 asik2 masak yg bersos plum jerrr..ketagihan tahap tak boleh di tulun nih..tp mmg sedap la weiiii...maka kali ni lieza buat ler sambal sotong yg dah lama lieza lupakan..hehehe...jom ler jamu mata jer yer..sbb sekalian teman2 pun mesti dah tau cara2 nak buat sambal sotong ni kan...yg penting ikut selera tekak...kankankan..
Wednesday, March 30, 2011
Maggie Goreng Hijau Berapi K.Ummie lagiiiiii
Wah siaran ulangan nih...kalau dah sedap 10 kali buat pun ok jerrrrr...menu simple dan sedap ni Lieza buat masa Mr. Hubby balik KL Ahad hari tu..tak sempat nak post sbb Mr. Hubby memerlukan khidmat broadband ni semasa di KL so broadband nih pegi outstation juga..hehehehe....begitulah citenya..
Menu ni adalah menu dari K.Ummie Kuantan yg Home Sweet Home tu..dah pernah lieza buat hari tu..kali ni lieza letak segenggam cili api...peh tu kebetulan daun sup nya warna hijau tua...tu yg nampak lg hijooo tu....tp kan pedasnya haaaa amikkk koooo mmg pedas berapi2 sampai terasa paneh mulut nih haaaa...perggghhh sedapppp terima kasih laaa K.ummie yer...lieza sukerrrr..
Nak tgk resepi nya KLIK SINI utk N3 lieza yg lepas yer.....nak tgk kat rumah Kak Ummie jom jalan2 SINI macam2 ada lagi tau tinggal rajin dan tak rajin jer..

Friday, March 25, 2011
Nasi Kuning K.Nor Style
Hari ni menu Nasi Kuning yer puan puan...mmg sempoi jer nak buat nasi kuning ni zasssss ajer siapppppp...sekali tgk dah mcm pulut kuning lak yer....apa2 jer ler janji sedapppp....terima kasih K.Nor yg mengepost N3 Nasi Kuning beserta resepinya nih.....senang tul nak buat..bahan2 pun tak susah...Disamping gulai ayam...lieza juga buat acar timun mentah utk digandingkan bersama nasi kuning nih...dahhh jom layan resepi lak yer...pas ni bole cuba buat...K.Nor , lieza nak copy resepi ni yer....
NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak
Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..

Gulai Ayam ala Gulai Ikan Tongkol
Sebenarnya resepi gulai ayam ni lieza ikut resepi Gulai Ikan Tongkol/aya dari K.Nor..sampai ke lieza...dimagickan jd aye....hehehhe bole jer kan k.nor.....rempah tu lieza ganti serbuk kari adabi jer..memandangkan kat sini takder rempah nasi dagang tu...gulai ni lieza makan bersama Nasi Kuning juga...perghhhh sedap..jom kita salin resepi gulai ni...
GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang) - lieza ganti ayam
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
(step yg ni lieza skip ler sbb lieza guna ayam)
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang - lieza ganti dgn kari adabi
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

Thursday, March 24, 2011
Sup Telur
Hari ni masak sup telur yg paling sempoi tp sedap dimakan begitu sahaja...dgn nasi apatah lagi kan...oleh kerana tekak tak selesa bersama hidung pun tak selesa (laki bini batuk selsema) lieza masak ler sup telur..sedap tul hirup panas..segar jer rasanya..resepi ni dah lama lieza ternampak kat dapur K.Nor Secubit Garam..tp mengikut katanya resepi ni diambil dari Dapur Izah yg love muffin tu..peh ti Izah ni pulak amik kat dapur kak Hanieliza..haaa panjang kan citenya...jgn pening2 pk yer..jom tgk resepi yg lieza copy dari dapur k.nor ni haaa..
SUP TELUR by K.Liza
sumber : Izah
Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] ~ tak ada stok, k.nor letak kobis
air secukupnya
minyak
garam
sedikit soo hoon yg direndam -saya tambah (k.nor tak letak)-lieza tak letak juga
Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
##Utk sayuran tu lieza letak jer apa yg ada..bunga kobis..tomato pun lieza letak..

Tempe Goreng Rangup lagiiiiiii...
Hari ni goreng lagi tempe rangup ni..mmg dah ketagih makan tempe goreng bersalut nih..mmg rangup dimakan panas2 oppppppsss chop chop...bukan ler panas yg baru diangkat dari kuali tu yer nanti melepuh lak bibir tu kang..sapa yg susah..akakkkkkk juga..
Resepi ni lieza ikut style dari Cikgu Hana Jawa (jawa ler pulak sbb dia dah balik mesia dah tak dok jepun lg dah)ampun yaaaa Hana...jom ler tgk resepi nih...adoooiii kapla tgh berat ler pulak...KLIK SINI utk n3 lieza yg lepas..tp takpe lieza copy semula ler..
psssttt tempe ni makan dgn sambal kicap yg pedas2 perghhh sedap..

- 5 keping tempe
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar ketumbar
- 3 ulas bawang putih
- serbuk kunyit
- sedikit garam dan air
- BHN UTK SAMBAL KICAP
- segengam cili padi- leh tambah cili merah utk kurangkan pedas
- 2 ulas bawang putih
- gula
- kicap - hana gune jalen manis
Cara-cara
- Potong nipis tempe. Serongkan sedikit.
- Tumbuk bwg putih dan ketumbar.
- Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga macam batter nak goreng pisang.
- Panaskan minyak, renjiskan sedikit adunan tepung.
- Celupkan tempe ke dalam adunan tepung. kemudian goreng hingga kekuningan.
- Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Masukkan dlm mangkuk dan buh kicap. Cicah dengan tempe goreng tadi.
Wednesday, March 23, 2011
Egg Tart ...Tat Telur
Sebenarnya lama sudah teringin nak makan Egg Tart ni..tp pk 2 hingga 10 kali nak membuatnya...pertamanya....mesti Muaz nak tido sambil nak ngemping...kang kul brape nak siap...keduanya rajin ke nak buat nih....arggghhhh kalau pk mmg tak jadi...buat jer ler lieza...amik koooooo....dah siap ponnnnn...dah siap adun doh..mmg betul bagai dikata Muaz nak ngemping sambil bercakap...NAKKKKKK NAKKKKKK (nak apa tu mesti korang tau punya kan) kena layan die dulu sampai tido...baru ler lieza sambung semula operasi mengetart....alhamdulillah siappppp...
resepi egg tart kali ni lieza amik dari MyR juga iaitu dari zlinda_mz kalau dulu punya egg tart lieza guna resepi dari Hanis MyR..(klik sini) tp kali ni saje jer nak cuba resepi org lain..alhamdulillah kejadiannya amat disenangi tekak...dan mata yg memandang...apa kata kita salin resepinya dulu yer...salin dan copy...
Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh ) lieza guna bekas kecik jer
bahan utk crust :

- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula halus
- 1/2 teaspoon baking powder
- 1/4 teaspoon garam
- 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2 utk menyenangkan bila digaul dgn tepung)
- 2 biji telur
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan air
- 1 tbs tapung kastard
- ½ tsp vanilla essence
Cara-cara
- Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
- Masukkan butter. Sebatikan.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. buat hingga menjadi bentuk doh.
- Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
- Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
- Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
- Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
- Selamat menjamu selera!
Sayur Bening + Ikan Goreng Jer??
Seawal pagi tanya Mr.Hubby..."bang..bang hari ni agak2 abg nak lieza masak apa?" lalu Mr. Hubby buat wajah sambil berpikir "hmmmm...masak sayur bening dan ikan goreng jer lah" aduhaiiiii...sempoi sungguh kan selera laki ku ini...kalau ler disuruhnya buat ayam golek..maunya lieza yg tergolek golek nak menyediakannya...haruuuu...dan maka itu ler hari ni lieza masak sayur bening kacang panjang campur suhun sikit...goreng ikan...sambal belacan dannnnnnnnnn tgk bawah niiiii...
1
2
3
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
1
2
3
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
Tuesday, March 22, 2011
Taugeh Masak Kuah Kincam
Menu ni dah lama lieza nak buat tp asyik terlupa jer....masuk list dari memula K.Ayu post lagi baru skrg lieza buat....lieza suka beno berkuah gini..sampai banjiroooo pinggang makan..bole hirup hirup kuah nih..sedap woooo...terima kasih K.Ayu utk resepi mudah dan sedap ni...lieza copy yer resepinya...
TAUGE MASAK KUAH KINCAM
Bahan-bahannya
Resepi asal dari DIANA
500 gram tauge, dibersihkan-(Ayu gunakan taugeh kasar)
5 ekor udang
1 kotak tahu sutera, dipotong 6-(Ayu tak letak sebab tak ada stok)
1 ikat su’un, direndam
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris halus
7 batang cili padi thailand, dihiris-(Ayu ketuk aje)
2 sudu teh serbuk lada putih
8 sudu makan kicap-(Ayu gunakan 2 sudu besar kicap manis + 2 sudu besar kicap masin)
Bawang goreng
Daun sup, dibersihkan dan potong sepanjang 3 inci
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang dan cili padi thailand dan juga udang. Tumis sehingga bawang layu dan udang masak.
2. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih, diikuti dengan air sebanyak mana anda inginkan kuahnya. Kemudian masukkan juga kicap. Gaul rata.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tahu, su’un, tauge, daun sup dan bawang goreng. Padamkan api dan tutup periuk.
Nota: Jika takut pedas boleh gantikan cili padi dengan cili merah. Tauge jangan dimasak terlalu lama nanti layu sangat tak sedap. D selalu menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang.
Sources:-From http://resipidiana.blogspot.com

Ikan Bersos Thai
Aiseyyyy...kepala terasa berat ler pulak....selsema mula menguasai diri...jangkitan dari anak2 ler pulak....tp takpe masih gagah lagi ni...anak anak kul 8 mlm dah menghamba diri kat bantal dah..si ibu dan ayah buat ler apa yg patut kan....salah satunya berblog ler apa lagi kan...
Hari ni lieza masak Ikan Bersos Thai....resepi dari CMG tp lieza ceduk dari umah kak Umie Kuantan..salah sorang lg blogger yg maintain kemudaannya...kak umie lieza copypes yer..betul ler kata kak umie mmg world laaaaahhh..

Bahan (resepi asal):-
- 1 ekor ikan bawal sederhana besar (*ummi guna 2 ekor ikan selar)- lieza guna ikan bawal gak
- 1 batang serai - dititik
- 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
- 1 cm lengkuas - dititik
- 1 cm halia - dititik
- 3 biji bawang merah - dihiris
- 2 helai daun limau purut - dihiris halus
- 2 camca besar sos ikan
- 1 1/2 camca besar cuka makan
- 3 biji merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 1/2 camca besar gula *
- (bahan bertanda * ditumbuk lumat)
Cara Memasak:-
Ikan yang telah dicuci bersih, digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing. Angkat dan alihkan dalam pinggan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Masak sebentar hingga kuah agak pekat dengan api perlahan. Tak perlu masukkan garam dah. Tuang sos tadi atas ikan yang telah digoreng
Monday, March 7, 2011
Gulai Lemak Nangka K.Nor
Adoiiiii...lemak nangka lama tak makan...sungguh menyelerakan dimakan bersama ulam petai yg masak, kacang botol dan telur masin...uishhhh....lupa jap segala...tp jap jer tau...pastu iingat balik...hehehe...gini ler pada kebiasaan masakan camni lieza masak cuma letak bahan2 basic jer cam bawang..cili padi..ikan bilis...kunyit...tp kali ni resepi k.nor ni agak berbeza..ada letak lada hitam dan juga belacan...ternyata ada bezanya..sesekali kita beralih arah pada resepi2 yg lain mmg berbaloi...org kata tukar2 selera...tak gitu k.nor...terima kasih yer k.nor...sedap juga rupanya bila masak lemak letak lada hitam n belacan nih...lieza nak share juga ler kat sini...
Resepi ni lieza amik kat MyR tau K.nor..
sumber K.Nor Secubit Garam
Bahan2
Resepi ni lieza amik kat MyR tau K.nor..
sumber K.Nor Secubit Garam
Bahan2
- 500gm nangka muda
- 3 cawan santan- tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
- 2 sb isi ikan - boleh diganti dgn ikan bilis
- 3 ulas bawang merah
- 1/2 in kunyit hidup
- 1 sk serbuk lada hitam - kalau suka pedas boleh ditambahkan lg
- secubit belacan
- garam dan gula
Cara-cara
- Panaskan air dan celur nangka muda yg telah dipotong dan dibersihkan. Kemudian toskan.
- Bawang merah, kunyit, belacan dan isi ikan ditumbuk lumat. Bagi yg malas tu bolehlah dikisar dalam blender dan masukkan sedikit santan.
- Masukkan kesemua bahan - nangka muda, bahan2 yg ditumbuk/dikisar, serbuk lada hitam, santan, garam dan gula (secukup rasa) ke dalam periuk dan masaklah dengan api sederhana.
- Masaklah hingga mendidih dan hendaklah dikacau supaya tidak pecah minyak.
- Lauk ni sedap dimakan panas2 dgn nasi putih.. tambah lagi kalau ada ikan panggang dan sambal belacan..
Daging Grill Pedas
Hari ni lieza buat lagi dan lagi daging grill pedas nih...cuba tgk betul2 gambo nih...hehehe hari ni letak cili api hijau jer...sbb tu nampak takder kalerpul tu...apa pun mmg marbeles ler ini daging....resepi bole klik SINI yer lieza dah pernah buat dlm jangka masa terdekat ari tu...btw terima kasih sekali lg buat K.Nor Secubit garam.
yg sudi share resepi ni.
yg sudi share resepi ni.
Friday, March 4, 2011
Maggie Goreng Hijau Pedas @ Berapi
Menu tgh hari ni...Mee Maggie..hehehe..jemulah makcik bile makan nasi jer nih...sesekali mkn mee mcm ni sedap woooo....lebih2 lg kalau pedas2...fuhhh mmg terangkat beb...makan pulak dgn kepok goreng uishhh...sedap sedap...
Pertama kali tgk Kak Ummi Kuantan dok post n3 maggi goreng hijau pedas berapi ni mmg dah pk nak buat dah tp tunggu jumaat baru nak buat...sbb hari jumaat mmg suka masak sempoi2 jer..tup tup tgk K.Ayu S'pore dah buat...aishhh lg teruja ...resepi ni mmg lain dari yg biasa lieza buat, tu lg bersemangat nak try tu..alhamdulillah sedap kak ummi oiiiiiii.....mmg berapi...(ooooohhh kak ummi lieza nak copy resepi kat sini pulak yer...)

Bahan:- (untuk 4 - 5 orang)
- 4 bungkus mee Maggie - patah-patahkan (x perlu ambil perencahnya) - lieza guna maggie yg mmg takder perencah tu
- 2 pokok daun bawang *
- 1 pokok daun sup *
- 5 tangkai cili padi *
- 1 cawan air * (bahan * dikisar bersama)
- 1 labu bawang besar - didadu
- 4 ulas bawang putih - dicincang
- 200 gm isi ayam - dipotong kecil
- 1 ikat sawi - dipotong
- 1 sudu kecil lada hitam biji yang telah dikisar
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 3 sudu besar kicap cair
- 2 keping tauhu - digoreng dahulu dan dipotong nipis
- 2 biji telor - digoreng scramble
- 1 biji lada benggala - dipotong dadu
- 2 1/2 cawan air
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng
- sedikit daun bawang - untuk tabur
Cara Memasak:-
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam, lada hitam dan serbuk lada sulah, kacau.
- Masukkan daun bawang dan daun sup yang telah diblend tadi.
- Tambah juga 2 1/2 cawan air lagi dan kicap cair,
- Bila telah mendidih, masukkan maggie dan garam secukup rasa, kacau gaul maggie hingga lembut dan airnya kering.
- Masukkan tauhu dan lada benggala, kacau rata.
- Bila telah hampir masak, masukkan pula sayur sawi dan telor scramble dan kacau lagi biar semuanya rata dan maggie betul2 masak elok.
- Tutup api dan hidangkan dengan taburan daun bawang... selamat mencubaaa...!
Thursday, March 3, 2011
Senangin Bersos Plum
Sotong dah...udang dah.....kali nih lieza guna ikan pulak...ikan senangin bersos plum utk menghabiskan saki baki sos plum tu...alhamdulillah sedap...idea ni juga lieza ambik kat dapur K.nor secubit garam yang ada terhidang Tenggiri bersos plum...sedap juga kalau kita guna ikan kan k.nor..mmg ketagihan masakan ni...caya la CMG resepi die buat org ketagih nak masak slalu...nak tgk resepi klik SINI sbb lieza dah pernah buat..cuma gantikan dgn ikan jer..
Gandingan dgn ikan senangin bersos plum tu lieza masak ler sayur kangkung goreng belacan..terliur takkk??? ada lg nih..nak tak? hehehhe..resepi??? senang jer mesti ibu2 bapak2 diluar sana sudah expert masak sayur camgini kan...takpelah layan jer sayur ni yer..
Tetamu Tidak Diundang
Hari ni lieza didatangi tetamu yg tak diundang..alahai..seram sungguh lieza...tgh lieza dok sibuk utk nak buang sampah..tetiba lieza nampak ada benda melingkar di luar grill belakang umah...alamak sssssnaaake ler pulakkkk...aduhhh...ini kali ke 3 dah dia dtg menziarah..memula dulu dlm pantang kan Eryna...masa tu ular tedung selar warna hitam ada ler sebesar lengan Muaz...masa tu mak ada kat sini...nasib ler mak nampak...mak siap spray2 dgn ubat nyamuk lagi tu..heheheh...pastu lieza call bomba..tp die sempat melarikan dirinya...
Org kata kalau dtg dlm mimpi anak dara, ada org nak meminang tp kalau dlm nyata..apa pulak yer...tak kan ler ada org nak pinang mak dara lak...huahuahua mungkin tidakkkkk...
Tapi yg memula tu mmg besar sikit ler yg singgah tu...kali k2 kecik besar kelingking...pas tu yg kali ni besar ibu jari kaki ler...camtu ler lebih kurang...cuba tgk gambar kat bawah....(sempat lg tu amik kamera) tp kami tak pukul pun biar jer die berlalu dgn selamat dan sihat..

Wednesday, March 2, 2011
Udang Lemak Jintan
Udang lemak jintannn...udang lemak jintan ....udang lemak jintaaaannnnnnn,,sape mau angkat tangannnn....hadoiiiiii...makan kalau tak hengat maunya kami laki bini ni nak menambah nasi...tp sabar sabar...berhenti sebelum kenyang itu ler prinsipnya....
Menu kali ni mmg sedap tau...mmg berbaloi lieza cuba resepi Kak Ummi Kuantan nih dan mmg patut juga masuk kat majalah Jelita pun...dari segi rasa mmg ada kelainan dari biasa..ini turut diakui Mr. Hubby..sedap katanya...apalagi kombang ler idung ni kan...bila org puji...makin rajin ler nak mencuba resepi2 teman2 blogger ni...btw...Tahniah dan terima kasih buat Kak Ummi..

Utk resepi ni lieza ternampak K.Nor Secubit Garam yg telah sudi berkongsi bersama resepi dari Kak Ummi yg diambil dari majalah jelita keluaran March tu.....thanks K.Nor sbb sudi juga sharekan resepi ni kat dapur K.Nor...psstttt lieza nak cari juga ler majalah ni utk simpanan...oh ya K.Nor...lieza nak juga panjangkan resepi ni kat dapur lieza juga yer...muahhhh...
UDANG GALAH LEMAK JINTAN
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1/4 bj nanas muda ~ k.nor guna 7 bj belimbing buluh
sedikit minyak masak
2 cawan santan cair
4 ekor udang galah/udang besar ~ k.nor guna udang biasa - lieza pun guna udang biasa
sedikit garam
1 cawan pati santan
4 bj cili padi ~ dibelah dua
6 biji cili merah ~ dibelah
Bahan ditumbuk halus:
2 sudu teh jintan manis
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
Cara2:
Potong nanas kecil2 dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kaserol dan tumis bahan tumbuk di atas api perlahan. Kacau hingga wangi.
Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
Bubuh nanas dan udang galah, kacau.
Masukkan garam bersama pati santan, cili padi, cili merah dan kacau hingga mendidih.
Angkat dan hidang.

Cili Hijau Goreng Telur
Haiyaaaaa....ini hari aaaaaa makcik mkn cili woooooo.....hehehehe..kat umah ni sentiasa ada stok cili yang byk dari cili api....cili hijau...cili merah dan cili kering...mmg sentiasa ada..tak pernah tak dernya...kalau takder cili bukan lieza ler namanya...wakakakaka..
Memandang hari tu dah beli cili hijau yg byk maka tercapai lah sudah utk mencuba menu nih..hasilllllnyaaaa taraaaaa.....sedapppp tau...lieza buat pedas2 dan ada kasi derhaka sikit, sikit jer cuma tambah ikan bilis yg ditumbuk sekali dgn bebawang tu.....hmmm simple tp sedap ler kat lidah lieza nih...terima kasih kat HaSue tuan penyumbang resepi ni..akak nak share resepi ni kat sini yer...

Cili hijau Goreng Telur >> HaSue
Bahan2:
Bahan2:
- 10 btg cili hijau
- 1 btg cili merah
- 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji telur ayam
- Garam n perasa/gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
- Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
- Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
- Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
- Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
- Masukkan garam n perasa/gula.
- Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
- Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.
Tuesday, March 1, 2011
Sambal Ayam Goreng
Hari ni masak biasa2 jer..main campak2...dah poning nak masak apa...nak google tak dan...nak blogwalking pun tak sempat juga....penyudahnya masak camni jer ayam ni...pedas tergolek weiii...tp takpe asalkan Mr.Hubby sukerrrr...tu yg penting..
Bahan2
Dada Ayam - di lumur serbuk kunyit dan sedikit garam
Segenggam Cili Padi*
4 btg cili hijau - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih*
1 inci belacan
1/2 inci halia*
* diblend
Cara2
Ayam digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg di blend sampai naik bau.
Masukkan belacan.
Masukkan Cili dan Bawang yg dihiris biar agak layu.
Masukan sedikit air. perasakan dgn garam dan gula
Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi.

Lawan dgn lauk ayam tu lieza masak Sayur petola bening...lagi senang ...tumbuk bawang dan ikan bilis..kalau malas...potong jer pun bolehh...pas tu masukkan kedlm periuk berisi air...biarkan mendidih, masuk kan sayur...rasakan masin....dah siapppppppp...mcm menu org bersalin..hahahha..tp mmg masyuk makan dgn sambal yg pedas2 tu...perghhh...sekian ler utk hari ni...
Daging Grill Pedas
Awas yer...ni menu smlm sesapa yg dtg umah mmg dah abih dah...psssttttt...daging masak cemgini sedap la weiiiii....dgn kepedasan yg melaumpaui citarasa anda hehehehe..yelah lieza mmg suka masak pedas yg melampau...kalau tak cukup pedas...cili mentah jd mangsa...
Berbalik pada cite daging ni...sesapaa yg nak mencuba silakan la yer..mmg berbaloi sgt kalau buat sedapppppp sampai gigit gigi tau...sbb apa????? lieza buat sikit rasa tak cukup tu yg sampai gigit gigi...huahuahuahua...tp serius weiii sedap sedap sedap, thanks K.Nor kerna menyudikan resepi ni di kongsi bersama...dan minta izin kesekian kalinya mengopy paste yer k.nor...wokey jom layan resepinya...cuba tauuuu..sesambil tu jom ler intai intai menu ni kat dapur K.Nor yer..

DAGING GRIL PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram
250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris # resipi asal letak serbuk cili kasar - lieza letak cilipadi
Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

Subscribe to:
Posts (Atom)