Tuesday, March 22, 2011

Taugeh Masak Kuah Kincam

Menu ni dah lama lieza nak buat tp asyik terlupa jer....masuk list dari memula K.Ayu post lagi baru skrg lieza buat....lieza suka beno berkuah gini..sampai banjiroooo pinggang makan..bole hirup hirup kuah nih..sedap woooo...terima kasih K.Ayu utk resepi mudah dan sedap ni...lieza copy yer resepinya...

TAUGE MASAK KUAH KINCAM
Bahan-bahannya
Resepi asal dari DIANA

500 gram tauge, dibersihkan-(Ayu gunakan taugeh kasar)
5 ekor udang
1 kotak tahu sutera, dipotong 6-(Ayu tak letak sebab tak ada stok)
1 ikat su’un, direndam
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris halus
7 batang cili padi thailand, dihiris-(Ayu ketuk aje)
2 sudu teh serbuk lada putih
8 sudu makan kicap-(Ayu gunakan 2 sudu besar kicap manis + 2 sudu besar kicap masin)
Bawang goreng
Daun sup, dibersihkan dan potong sepanjang 3 inci
Air secukupnya
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang dan cili padi thailand dan juga udang. Tumis sehingga bawang layu dan udang masak.
2. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih, diikuti dengan air sebanyak mana anda inginkan kuahnya. Kemudian masukkan juga kicap. Gaul rata.
3. Bila kuah mendidih, masukkan tahu, su’un, tauge, daun sup dan bawang goreng. Padamkan api dan tutup periuk.

Nota: Jika takut pedas boleh gantikan cili padi dengan cili merah. Tauge jangan dimasak terlalu lama nanti layu sangat tak sedap. D selalu menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang.
Sources:-From http://resipidiana.blogspot.com

5 comments:

tun_telani said...

assalamualaikum kak lieza =) tun pon suka makan tauge, biasa wat masak lemak je.. nnti nk try wat kuah nih. nama dia lucu laa.. x pernah dgr lg perkataan 'kincam' nih.. hihi

Ezadlieza said...

wsalam...tun...bole ler cuba...sedap ni..sesekali ubah2 selera syioookkk..dulu2 pun akak tau masak lemak putih jer...pas tu letak kepok ikan...hehehe

izahdaut said...

wooo..kak liezaaaa
memang nampak best giloss la.saya pun suka lauk gini.pedas2 sikit tu kan.sedap sedap..
akak..yang agar2 tu kan, kaknor ajor, bekas jely tu alirkan dengan air dulu sebelum letak agar2.nanti senang nak ketuk kuarkan dia bila dah beku.gitu ler kekdahnya.

Ayu said...

Assalam lieza,
dah jadi dah ya..hehe..banjirkan nasi dlm pinggan lepas tu kunyah cili padinya...buat anak2 kasi kuah ajelah..hehe..thanks lieza sudi cuba ya..

Ezadlieza said...

Izahhhh...mmg best izah weii nak naknya pedas2...woooo camtu ler kekdahnya nak cabut agar2 supaya tak luka yer...thanks izah share petua yg diturukan oleh k.nor tu..

K.Ayu...wsalam...mmg banjir ler kak mkn dgn masak gini...slurpppppp....sedap