Monday, March 7, 2011

Gulai Lemak Nangka K.Nor


Adoiiiii...lemak nangka lama tak makan...sungguh menyelerakan dimakan bersama ulam petai yg masak, kacang botol dan telur masin...uishhhh....lupa jap segala...tp jap jer tau...pastu iingat balik...hehehe...gini ler pada kebiasaan masakan camni lieza masak cuma letak bahan2 basic jer cam bawang..cili padi..ikan bilis...kunyit...tp kali ni resepi k.nor ni agak berbeza..ada letak lada hitam dan juga belacan...ternyata ada bezanya..sesekali kita beralih arah pada resepi2 yg lain mmg berbaloi...org kata tukar2 selera...tak gitu k.nor...terima kasih yer k.nor...sedap juga rupanya bila masak lemak letak lada hitam n belacan nih...lieza nak share juga ler kat sini...

Resepi ni lieza amik kat MyR tau K.nor..
sumber K.Nor Secubit Garam

Bahan2
  • 500gm nangka muda
  • 3 cawan santan- tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
  • 2 sb isi ikan - boleh diganti dgn ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 sk serbuk lada hitam - kalau suka pedas boleh ditambahkan lg
  • secubit belacan
  • garam dan gula

Cara-cara

  1. Panaskan air dan celur nangka muda yg telah dipotong dan dibersihkan. Kemudian toskan.
  2. Bawang merah, kunyit, belacan dan isi ikan ditumbuk lumat. Bagi yg malas tu bolehlah dikisar dalam blender dan masukkan sedikit santan.
  3. Masukkan kesemua bahan - nangka muda, bahan2 yg ditumbuk/dikisar, serbuk lada hitam, santan, garam dan gula (secukup rasa) ke dalam periuk dan masaklah dengan api sederhana.
  4. Masaklah hingga mendidih dan hendaklah dikacau supaya tidak pecah minyak.
  5. Lauk ni sedap dimakan panas2 dgn nasi putih.. tambah lagi kalau ada ikan panggang dan sambal belacan..

3 comments:

Nieza said...

uishhh sedapnya msk lomak ni kak...dah bawa pinggan dh ni nk tumpang lunch sini boleh?..hehe

K.Nor said...

salam lieza, lain org lain cara masaknya kan.. dan sesekali tukar cara masak mmg tak merugikan.. insyaallah.. mekasih ya try menu ni, dah lama k.nor tak buat gulai lemak nangka ni.. pekena dgn sambal belacan sedap ni

Ezadlieza said...

Nieza..hehehehhe...patut ler akak ternampak ada lebih semlm....

K.Nor...salam kembali..betoi tu k.nor..sbb cara masakan org ni berlainan kan....sbb dari kecil ikut stail masakan org tua kita..sesekali bila ubah sedappppp..