Thursday, March 31, 2011

Kurma Daging


Menu semalam lagi...aduh tak sempat nak post semalam..hari ni pun bole jer la kan...Kurma Daging...fuhhhh...segar jer bila makan...masih tak rasa jemu berbanding dgn kari..Mr.Hubby pun suka kurma2 ni...jom layan resepi style lieza masak kurma..sempoi jer..

Bahan bahan
  • Daging dihiris
  • 2 biji kentang - dipotong bucu
  • 1 labu bawang besar - dipotong bucu
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 10 biji cili padi - letak sbb nak pedas*
  • Sebungkus rempah kurma yg kecil - dicampur sedikit air
  • 2 biji tomato - dipotong 4
  • Sedikit Minya utk menumis
  • 1 cawan santan
Cara cara
  1. Blend semua bahan2 yg bertanda *
  2. Kemudian tumis bahan2 yg diblend tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kurma, biarkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan kentang dan daging biarkan sehingga empuk.(masukan sedikit air)
  5. Masukkan santan..garam serta gula sedikit
  6. Apabila dah didih masukkan bawang hiris, tomato dan beberapa biji cili.
  7. sedia dihidang..
Mudahkan....

3 comments:

Chik Mimi said...

Akak suke ngan kurma,selalunya kalau buat kurma suka buat sambal tomato kerisek lawanya perghhhh sedapnya pecah dietku

Unknown said...

sedapnya lauk kurma ni kak..lama tak msk kurma ni...

Lieza said...

Chik mimi...akak...camner sambal tomato kerisek tu....cam sedap jer bunyinya tuh

Nieza...akak mmg suke masak kurma...kadang tu mkn dgn roti juga..