Wednesday, July 25, 2012

Kuih Lopes - Menu Iftar Ke 4



Semalam lieza buat kuih lopes ni resepi dari Tulip77 MyR, pestime lieza buat kuih ni sendiri..alhamdulillah jd dgn jayanya sedap dan lembut...memandangkan kami ni suka kuih lopes ni jd apa salahnya cuba buat sendiri kan...tak rugi pun bila kita cuba.. dan hasilnya mmg memenuhi citarasa sendiri... ok jom kita tgk resepi yg mudah ni.

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Lieza masak gulai nangka juga resepi dari HaSue.... jom kita tgk resepi.,.

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

600g nangka muda yang sudah dipotong2
1 tangkai cili merah*-boleh je kalau nak tambah cili padi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 sudu mkn belacan* -tumbuk bahan2 bertanda *
3 sudu mkn Kari ayam daging(hasue guna ayam brand)- bancuh dengan 1 cawan air
5-6 ketul sayap ayam-setiap satunya dipotong 4,bersihkan dan toskan.
3 sudu besar minyak masak
100ml susu cair @santan cair
Garam,gula/perasa(jika suka) secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan kari yang sudah dicampur dengan air. Kacau sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak. Gunakan api perlahan..pastikan kari2 betul2 masak.
  2. Apabila kari sudah masak, masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan jus ayam keluar sepenuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan nangka muda dan gaul sebati. Masak dengan api perlahan dan tutup periuk. Biarkan sehingga nangka kelihatan sedikit layu barulah tambahkan air sehingga menutupi paras nangka tadi.
  4. Masaklah sehingga nangka tadi benar2 lembut. 20-30 minit..Tambah air jika perlu.
  5. Apabila sudah masak,tambahkan susu cair atau santan, garam dan sedikit gula atau perasa secukup rasa.
    Biarkan sebati seketika,sebatikan rasa dan padamkan api.
  6. Sedap dihidangkan bersama ikan masin dan bersama lauk2 atau sayur kampung yang lain. Selamat mencuba!


Ikan kerisi masak taucu lieza guna resepi dari Tulip77 MyR juga... sedappppppp woooo.... bykkan cili padi lagi laaaaaa fuhhhh.....

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • 1 batang serai
  • 3 sb taucu kasar
  • 3 sb minyak
  • 700ml air
  • lieza tambah sedikit air asam jawa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam & kunyit. Goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan, masukkan bawang besar & masak hingga agak layu. Masuk pula taucu dan lada, kacau biar sekata.
  3. Selepas 5 minit,masukkan serai dan kacau lagi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa kuah jika tawar blh masukkan sedikit garam.
  4. Akhir sekali masukkan ikan perlahan2 ke dalam kuali dan biarkan ikan terendam di dalam kuah selama 10 minit dengan api perlahan.
  5. Siap utk dihidang, blh dihias dgn daun bawang

2 comments:

dZana said...

aslmkum lieza.. apa kbr.. bderet2 menu bbuka lieza.. meriah masa bbuka.. selamat berpuasa yer

tun_telani said...

mmg meriah betul menu berbuka kak liza.. tun masak simple2 je. nk gi berbuka puasa kt samarahan la. hihi