Thursday, October 27, 2011

Ikan Merah Stim 3 Rasa

Alahaiii...lauk yg dihidang ni dah habis yer..baru boleh lieza letak N3 nya..asalnya Bb Celcom ni ada problem hampir 2 minggu..heran sungguh..tetiba hari ni terlintas nak call careline Celcom..saje ler nak tahu kenapa dan mengapa..kot2 pemancar rosak ker...kualinya jatuh ker kan..siapa yg tahu kan...byk juga ler soklan2 yg tak masuk dek akal yg ditanya pada lieza...penyudahnya tetiba line internet dah ok..alhamdulillah...
Ok la resepi ni lieza dah pernah buat..tp yg sebelumnya lieza goreng kan ikan tu...tapi kali nih lieza cuba stimkan nya pula...sedappppp...resepi ni juga lieza amik kat dapur K.Nor Secubitgaram yg dah brapi kali buat menu nih...



SIAKAP STIM 3 RASA
- lieza guna ikan merah
resipi : Norzailina Nordin
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah)

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ k.nor guna sos ikan - lieza guna sos plum
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

2 comments:

tun_telani said...

sedapnyer!!! tun xpenah stim ikan merah. pasni kepala dia tun wat kari, badan dia stim cam gini. nyum!

Ezadlieza said...

Tun..akak pun pestime buat ikan stim2 nih...lebih2 lg ikan merah pestime beli tun...sedap juga rupanya stim menyetim nih..