Saturday, March 1, 2014

Ikan Tilapia/Talapia Goreng Berlada



Assalammualaikum...

Kali ni Lieza nak share menu Ikan Tilapia atau Talapia Goreng Berlada, tapi share tgk dan juga share resepi je lah yer...
Bunyinya cam sama Goreng Berlada tapi yg lainnya ialah cara penyediaan bumbu tumisannya agak berlainan sedikit, ini bagi diri Lieza la yer sbb baru kali ni Lieza tgk cara yg berlainan dari yg Lieza buat sebelum ni, jadi apa salahnya kita cuba kan.


Haaaa utk resepi ni mmg ada kelainan rasanya tau...kalau tak caya cuba la dulu baru tahu perbezaannya....
Resepi ni Lieza ambik dari Dapur Periuktanah...terima kasih buat Kak Ann yg share respi yg mudah dan sedap ni...

Bahan- bahan

2 ekor ikan tilapia saiz sederhana (hitam atau merah...dua-dua boleh)- siang dan bersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi
**4 biji cili merah saiz XL
**4 biji cili hijau saiz XL
**3- 5 biji cili padi akar -ikut citarasa pedasnya
Bertnda** biarkan sebiji-sebiji, tak perlu dipotong

1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
1/2 sudu teh belacan siap dibakar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih- kupas kulit sahaja, tak perlu dihiris
1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang

sedikit minyak dan air
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkatdan ketepikan

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawangmerah dan bawang putih selama 3 minit atau bahagian luar cili dan bawang layu. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering. Kalau ditumbuk lagi bagus sebab kita tak nak tekstur sambal terlampau halus.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit air. Masukkan asam jawa xtraAdabi (atau 1 sudu besar air asam jawa) dan tumis hingga sambal pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.

4. matikan api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan... sedia dihidang..

No comments: