Saturday, February 4, 2012

Ikan Siakap Kukus


Hari tu lieza masak Ikan Siakap Kukus..rasanya kalau nak kukus ikan ikan siakap lah yg paling sedap bila dikukus...tu citarasa lieza lah..sbb isinya lembut dan putihhhh jer...utk resepi ni lieza masak separuh dari seekor...hmmm cukup ke? cukuplahh utk sekali makan tgh hari kami berdua..itu pun jenuh juga nak ngabihkan...
Resepi ni lieza amik dari Dapurku Sayang Dayang Jack..tapi ada yg lieza skip sbb tak der stok ...cthnya tomato..takpelah janji sedapppp....sesapa nak cuba silakan..sedapppp woooo..ada rasa masam manis...mkn dgn nasi panas2...sambil kunyah cili padi....fuhhhh sedappp sedappp...thanks dayang...


Ikan Kukus/Stim

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

3 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Sedapnya ikan kukus tu.... Makan ngan nasi putih panas nie mmg bertambah nasi d buatnya... Sedaaap sedap!!!

dZana said...

akk pun lebih suke siakap dimsk begini.. panas2 makan.. pas tu ratah2 pulak... hishhh.. myesal pulak akk tak beli ikan ni malam tadi ..

KakAsma said...

waa step by step yer nak kuks ikan nih..mesti ada kelainan..bahan pun senang ajer nih lieza...sayangnye ikan lak takde...