Friday, August 12, 2011

Ikan Pari Masak Hijau

Ikan Pari Masak Hijau ni pun menu semalam...hmm tp lieza punya ni tak ler hijau sgt...cuma yg nampak cili hijau itewwww.....rasa ikan pari masak hijau ni sedap banget tau ngak...mmg tak rugi juga masak gini...lebih2 lg bila kepedasannya tu...fuhhh...resepi menu kali nih lieza jenguk kat dapur K.Yatie Sinar kehidupanku..lieza minta izin nak copy juga resepinya ni yer k.yatie.


Ikan Pari Masak Hijau

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 btng cili merah*
  • 4 btng cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.


4 comments:

Diana @ Melley Mey said...

diana mmg suka sgt kalau bab2 yg masak hijau nie.. dulu mmg x reti nak masak sndiri.. tp sejak ramai yang dok tayang... terus jatuh cinta... mmg sedap.. ikan pari masak hijau kat atas tu nmpk sedap tu... kalu makan masa berbuka mmg best nie kan

tun_telani said...

wahh.. tun x try lagi version ikan pari nih.. kt sini byk ikan pari. nnti nk try ^^

ady said...

as-salam
waahh..sedapnye pari masak hijau tu...sedap mkn dgn nasi panas2...

dZana said...

rajin lieza msk.. sejak puasa ni akk lum msk ikan lagi.. anak2 asyik nk ayam jer.. puasa2 mmg best msk2 camni.. bselera mkn..