Thursday, October 6, 2011

Sardin Masak kicap Pedas

Sebenarnya ni lauk semalam..amik gambo guna Hp letak kat FB malas nak upload copy jer ler gambo yg dari FB ni ha...lieza tak duli nak juga letak resepi yg mudah dan sedapni ...lain dari kebiasaan yg lieza buat...tgk k.nor dok post kat FB...zasssss lieza terus ke dapur masak juga sardin gini....terus makan....maklum ler Big bos takder makan pun lewat..masak pun ala kadar jer...ok ler jom tgk resepi dari K.Nor Secubitgaram..lieza copy juga lah...

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.

2 comments:

tun_telani said...

tun dh lama sgt x makan nih.. mmg terliur habis laa nih..wiken ni nk gi beli sardin lah.

Ezadlieza said...

Tun...akak suka juga sardin ni...kalau masak buat pedas2mmg ler mkn tak hengat...