Ramadhan hari yg ke3, lieza masak Ikan siakap 3 rasa dan sup sayur campak2...untuk resepi ikan siakap ni lieza masih menggunakan resepi yg sama juga... klik SINI yer...utk N3 terdahulu..atau pun tgk ler kat bawah ni lieza paste semula.
Ikan Masak 3 rasa
Sumber: Sunkist MyR
Bahan2
- Seekor ikan kerapu- lieza guna ikan siakap
- 2 biji bawang putih - dicincang halus
- 5 biji bawang merah - dicincang halus - lieza guna bawang besar
- 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
- 2 biji tomato - dipotong dadu
- 2 kerat nenas - di potong dadu
- 2 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Sedikit daun ketumbar
- 1 sudu besar tepung jagung
- serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
- Minyak
- lieza tambah hirisan daun limau purut
Cara-cara
- Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
- Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
- Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
- Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
- Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Sup sayur ni lieza buat cuma tumis bawang putih n bawang merah yg dicincang halus dan tumis dan letak serbuk lada putih... masukkan air secukupnya pastu letak 1 sk serbuk ayam tumix, akhir sekali bila dah mengggelegak masukkan sayur... siappppp.
No comments:
Post a Comment