Thursday, November 4, 2010

Puding Sambal Belacan Ayam Penyet


Puding sambal??? wakakakakakwakakaka....sambal ni kali kedua Lieza buat...dgn kadar byk yg sama tapi dlm masa 2 atau 3 hari dah bole abih tauuuu...jgn tak caya...sambal ni lebih dapat sambutan hangat dari kuih ker...puding ker...kek ker...tak caya???? betullllll...puding2 ker kek ni kurang jalan di tekak Mr. Hubby...tp kalau sambal...laju jer...haaaa...skrg..ambik bang yer...sebekas byk gini Lieza buat......actually ni resepi sambal ada sekali dgn nasi ayam penyet yg pernah Lieza buat hari tu...bole dikatakan sambal ni marbelesss ler...tu ygbuat lg tu...senang buat byk2..tu pun cepat habisnya...ok lah jom ler Lieza tepek resepi sambal ni sekali lagi yer...
Sesiapa tak mau buat byk bole kurangkan...apa yg patut..


Sumber dari resepi4U.com & K.Nor Secubit garam

Bahan2
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)-Lieza letak 8 biji jer
  • 10 biji Cili padi - yg ni lieza letak byk2
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris - lieza letak 6 biji jer
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4 - Lieza guna 3 biji yg besar2
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan

2 comments:

K.Nor said...

wahhh dah jd tokey sambal belacan nih :)

Lieza said...

wakakakakak...K.Nor...nak niaga sambal belacan jer ler...hahaha